KUALA LUMPUR - Isu penerimaan dana asing mula diperkatakan semula apabila Raja Petra Kamaruddin membangkitkan soal dana dari Soros yang dikaitkan dengan Ezam Dan Anuar Shaari dalam artikel terbarunya The Corridors of Power, di laman web Malaysia-Today.net. Klik di sini
Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar menafikan terima wang dari George Soros, seperti yang didakwa oleh ketua editor Malaysia-today tersebut.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan Soros. Tidak mungkin Soros beri wang kepada saya. Wan Azizah, Azmin dan Khalid Jaffar perlu tampil beri jawapan berkenaan isu ini", kata Anuar dalam emailnya yang dihantar kepada AIDCNews.
AIDCNews juga turut menerima email penafian daripada Ezam Mohd Nor, seorang lagi individu yang dituduh oleh Raja Petra.
"Tuduhan itu tidak benar. Saya tidak pernah berjumpa dengan Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil Soros ataupun organisasi Soros Open Society.Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan pun dari kenyataan di atas maka haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka ke atas saya", kata Ezam.
Ezam menyangkal dakwaan Raja Petra itu dengan menafikan berjumpa Soros, sebaliknya berjumpa dengan wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.
Menurut Ezam lagi, bukan beliau dan Anuar Shaari sahaja yang hadir dalam pertemuan dengan wakil-wakil senat Amerika Syarikat itu, tetapi dua orang bekas pegawai kanan Anwar juga turut hadir. Mereka adalah Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit Anwar dan Adlin Murtadza, bekas Setiausaha Akhbar Anwar.
"Setahu saya trip jumpa Soros adalah trip lain yang diketuai oleh Wan Azizah bersama dengan Azmin Ali dan Khalid Jaffar. Trip itu diatur oleh Elizabeth Wong yang memang diketahui dalam parti sebagai penghubung Soros dengan PKR", kata Ezam lagi.
Dakwaan berlakunya pertemuan wakil PKR dengan Soros berlaku pada tahun 2003. Mereka yang didakwa bertemu dengan Soros adalah orang-orang kepercayaan Anwar, iaitu isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, bekas Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali dan bekas Setiausaha Akhbarnya, Khalid Jaafar yang kini merupakan Pengarah Institut Kajian Dasar, badan pemikir milik Anwar.
Menurut Ezam individu yang mengatur pertemuan itu adalah Elizaberth Wong, yang ketika itu aktif dalam NGO yang dikenali sebagai SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan HAKAM (Hak Asasi Manusia).
Satu sumber lain pula menyebut pertemuan itu diatur oleh Tian Chua dan Elizaberth Wong yang sama-sama aktif dalam SUARAM dan HAKAM.
"Apabila Ezam menyebut Elizaberth Wong, bermakna ia berkait dengan Tian Chua, kerana Eliz dan Tian merupakan dua individu yang sering bergerak dalam satu pasukan. Hubungan Eliz-Tian dengan Soros memang sudah diketahui umum", dakwa sumber tersebut.
"Dari segi logik, Soros atau mana-mana penaja Anwar akan lebih percaya kepada Wan Azizah atau anaknya, Nurul Izzah, berbanding dengan bekas-bekas pegawai Anwar. Dari segi hieraki, selepas Wan Azizah dan Nurul Izzah barulah Azmin Ali atau Khalid Jaafar", dakwa sumber itu lagi.
Perkara yang sama pernah diperkatakan oleh Ezam dan Anuar Shaari sebelum ini, bahawa Wan Azizah di atas kapasiti isteri Anwar dan Presiden PKR merupakan individu yang paling layak berurusan dengan penaja seperti Soros.
Satu sumber lain menyebut selain dana dari Soros, Anwar juga menerima dana daripada sebuah yayasan Amerika Syarikat, Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan oleh Anwar sendiri.
Dana Foundation for the Future yang bertujuan untuk mengembangkan demokrasi di Timur Tengah turut disalurkan kepada Yayasan Aman Malaysia, sebuah yayasan milik Anwar di Malaysia.
Yayasan Aman beribu pejabat di Unit G801, Block G, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Jalan 16/11 Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya Selangor. Di pejabat ini juga terletaknya pejabat Bendahari PKR.
Selain di Petaling Jaya, Yayasan Aman juga turut mempunyai cawangan di Kubang Semang, Pulau Pinang dalam parlimen yang diwakili oleh Anwar sendiri.
Pada 13 Julai 2007, ketika Anwar masih menjadi Pengerusi dan Presiden Foundation for the Future, Setiausahanya bernama Nathaniel Tan telah ditahan oleh polis di pejabat Yayasan Aman, Phileo Damansara, Petaling Jaya.
Nathaniel Tan merupakan Setiausaha Anwar untuk Foundation for the Future.
Sebab itu, ketika Wan Azizah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding pada Julai 2008, Wan Azizah mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.Klik di sini
Sudah tentu jawatan Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia mempunyai nilai yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan ahli Parlimen Permatang Pauh. Wan Azizah bersedia melepaskan jawatan ahli parlimen tetapi tidak bersedia melepaskan jawatan Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman.