KUALA LUMPUR - Setelah Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dibebaskan secara teknikal oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 atas tuduhan bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar, nama itu mula dilupakan.
Sebenarnya nama Sukma Darmawan tidak menonjol sebelum ini, walaupun dia telah menjadi adik angkat Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1970-an lagi. Nama Sukma mula disebut pada tahun 1993, apabila Tun Mohd Haniff Omar, ketika itu Ketua Polis Negara memberi taklimat secara tertutup kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, mengenai kebimbangannya akan wujud elemen asing ke atas bakal PM, Anwar Ibrahim.
Dalam taklimat yang diadakan pada 9 Oktober 1993, Haniff memberitahu Dr Mahathir tentang kebimbangannya andainya Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan terdedah kepada tindakan peras ugut kerana berhubungan dengan dua orang warganegara asing.
Kedua-dua penama itu adalah Sukma Darmawan dari Indonesia dan Munawar Annes, warganegara Pakistan yang mendapat status kenegaraan Amerika Syarikat.
Kedua-dua nama ini mula terkenal di Malaysia pada tahun 1998, apabila Sukma ditahan polis pada 6 September, manakala Munawar Annes pula ditahan pada 15 September untuk membantu siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Klik di sini
Pada 19 September 1998, Sukma dan Munawar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila mereka berdua tampil membuat pengakuan bersalah di mahkamah seksyen, Kuala Lumpur membenarkan diri mereka diliwat oleh Anwar. Kedua-dua mereka dihukum penjara enam bulan setiap seorang. Klik di sini
Selepas dibebaskan dari penjara Munawar telah kembali di Amerika Syarikat, manakala Sukma pula tidak diketahui statusnya sama ada masih menetap di Malaysia atau telah kembali ke Indonesia.
Namun pendedahan blogger GAP pada tahun 2008 mengesahkan Sukma masih lagi berada di Malaysia. GAP mendedahkan foto-foto ekslusif sebuah restoran mewah milik Sukma di Pavillion, Jalan Bukit Bintang.
Kes ini mula terbongkar apabila cakap-cakap berlegar di kalangan ahli perniagaan mengatakan Anwar memiliki sebuah restoran Turki mewah di Bukit Bintang.
Apabila disiasat, restoran itu bukan kepunyaan Anwar tetapi kepunyaan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang bekerjasama dengan seorang lelaki muda Turki yang selalu dipanggil 'Jihan'
Restoran mewah itu terletak di Tingkat 6, gedung membeli belah mewah di Pavillion, kelihatan lengang tanpa pengunjung, tetapi dapat beroperasi seperti biasa.
GAP mendakwa kos sewa bulanan restoran itu mencecah 35 ribu sebulan dengan hiasan dalaman serba mewah yang diimport dari luar negara. Klik di sini
Spekulasi mula bertiup, dari mana Sukma memiliki kekayaan untuk menampung kos membiaya restoran mewah itu sedangkan restoran itu sendiri kekurangan pelanggan ? Apakah benar kos itu ditampung oleh Anwar seperti yang dicakap-cakap oleh ahli-ahli perniagaan yang pernah mengunjungi restoran mewah itu ?