KUALA LUMPUR - beberapa blog, the unspinners, kumbang, parpukari dan bigdotcom melaporkan serentak sekitar jam 8.45 pagi ini bahawa satu mesyuarat perancangan sulit telah diadakan pada malam tadi sekitar jam 8:30 hingga 9:45 bertempat di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Kuala Lumpur bertujuan menyelaraskan strategi menghadapi perbicaraan liwat Anwar pagi ini.
Mesyuarat sulit yang dinamakan "Mesyuarat Penyelarasan Sempena Bicara Kes Liwat" itu dipengerusikan oleh Wan Azizah Wan Ismail memutuskan :
1. Besok (maksudnya hari ini) Karpal Singh akan mohon sapina ke atas Najib/Rosmah sebagai saksi
2. Esok penyokong PKR akan melakukan kekecohan untuk pancing polis.
3. Kalau polis bertindak, maka cerita polis ganas akan diguna untuk menarik sokongan rakyat
4. Shamsul Iskandar Mat Akin dilantik sebagai Field Commander
Berdasarkan apa yang dibincangkan semalam dengan apa yang terjadi pagi ini, ternyata pendedahan maklumat blog-blog itu mempunyai asas kebenaran.
Pagi ini selepas mahkamah putuskan kes ditangguhkan ke sebelah petang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar sekitar jam 10.20 pagi mendakwa akan menyeret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri ke dalam kes liwatnya, manakala Karpal Singh pula memohon penangguhan dengan alasan mahu menemui Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.
Sedikit berbeza, mesyuarat semalam memutuskan Karpal Singh sendiri akan memohon sapina terhadap Najib dan Rosmah, tetapi yang berlaku hari ini, Karpal memohon untuk membuat semakan memohon dokumen. Namun Anwar mengesahkan perancangan Wan Azizah itu dalam kenyataan medianya itu.
Terdapat juga provokasi yang dilakukan oleh 100 orang penyokong PKR yang diketuaai oleh Tian Chua dengan menaikkan spanduk-spanduk dan cubaan untuk mengadakan ceramah di sekitar lobi Mahkamah Tinggi.
Setakat ini, semua perancangan yang dilakukan semalam telah menemui kegagalan.