Monday, February 1, 2010

Wan Azizah alibi pertama Anwar..ADIL News sebar sms

KUALA LUMPUR - Nama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, adalah saksi alibi pertama berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

"Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam SN Nair dan Partners," katanya.

Pihak polis terpaksa membuat kenyataan berkenaan kedudukan Wan Azizah, apabila Presiden PKR itu menyatakan ketidakpuasan hatinya ekoran dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan kepada pihak polis pada 26 Januari lalu.

"Saya tertanya-tanya kerana ada satu minggu lagi tempoh perbicaraan tersebut bersambung, kenapa saya diarahkan untuk memberi kenyataan walaupun sudah berbuat demikian dahulu," kata Wan Azizah selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR. Klik di sini

Dalam kenyataan balas pihak polis, pihak mereka terpaksa mengambil keterangan sekali lagi daripada daripada Wan Azizah kerana terdapat percanggahan di antara kedua pihak peguam Anwar berkenaan dengan kedudukan Wan Azizah sebagai alibi.

Sivarasa Rasiah, salah seorang peguam Anwar mengatakan beliau tidak pasti adakah Wan Azizah disenaraikan atau tidak sebagai alibi ketika membuat kenyataannya, manakala Sankara Nair pula mengesahkan Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai 13 alibi kes liwat Anwar.

Ramai pemerhati politik berpendapat, sepatutnya kekeliruan senarai alibi kes Anwar tidak berbangkit, jika perkara itu diselaraskan oleh pihak peguam Anwar.

Sebelum ini Edmund Bon, salah seorang peguam Anwar mendakwa mereka mempunyai alibi dalam justifikasinya memohon semua dokumen sebelum perbicaraan.

"Sepatutnya Wan Azizah tidak melenting dipanggil sekali lagi oleh polis kerana itu merupakan prosedur biasa, lagi pun Wan Azizah adalah saksi alibi pertama. Lain lah jika Wan Azizah tiada di tempat kejadian dan mereka-reka cerita sudah tentu dia akan marah kerana dia sudah tidak ingat keterangan pertama pada dua tahun lepas", kata sumber dalaman.

Hari ini, satu SMS disebarkan oleh pihak ADIL NEWS menggesa orang ramai hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 2 Februari (Selasa), jam 9 pagi untuk menyokong Anwar Ibrahim.

Jika berdasarkan SMS ini, bermakna pihak PKR sudah bersedia untuk menerima hakikat bahawa esok merupakan tarikh perbicaraan kes liwat penasihat umum PKR itu, walaupun sebelum ini, pihak peguam Anwar melakukan pelbagai teknik untuk terus menangguhkan perbicaraan.

Lima hari lepas pihak Anwar telah memfailkan satu lagi petisyen memohon agar perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Namun sebelum itu bergantung kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneruskan perbicaraan atau menangguhkan kes tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin mempunyai kuasa untuk meneruskan perbicaraan esok dan dalam masa yang sama peguam Anwar boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan