Thursday, May 21, 2009

Anak Raja Petra dihalau dari rumah 18 tahun lalu..

Raja Petra Kamaruddin, penulis blog terkenal Malaysia-today berkata anaknya Raja Azman telah dihalau dari rumah kira-kira 18 tahun yang lalu dan hidup bersendirian sejak dibuang daripada keluarga.

Raja Azman, kini 32 tahun, meninggalkan keluarga sejak di sekolah menengah dan sejak itu, "sering dirundung masalah akibat hidup bergelendangan di lorong-lorong belakang Kuala Lumpur.," kata Raja Petra.

"Tidak dapat dielakkan lagi, hidup merempat di jalanan seperti budak nakal menjadikannya seperti sekarang," katanya lagi.

"Anak kami telah diberikan amaran, jika dia terjerumus dalam masalah, itu terserah pada dirinya sendiri. Dia tidak boleh mengharapkan keluarga yang ditinggalkannya membela nasibnya."

Raja Azman - ditangkap pada 6 Mei - mengaku bersalah memecah masuk ke dalam rumah, mencuri wang, telefon bimbit, jam tangan dan sebuah motosikal antara 20 Mac hingga 5 Mei lalu.

Beliau dilaporkan dibenarkan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan tersebut - tetapi tiada siapa datang menjamin - dan mahkamah menetapkan 19 Jun untuk menjatuhkan hukuman.

Kata Raja Petra, lebih baik mempertahankan prinsipnya seperti disuarakan dalam artikel-artikelnya di Malaysia Today daripada merasuah polis untuk membebaskan Raja Azman.

"Sebagai seorang bapa, itulah keputusan paling berat yang saya terpaksa ambil. Ia lebih sukar bagi Marina (Chin Abdullah), ibu yang melahirkannya.

"Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara," coretnya dalam artikel terbaru 'My most sincere apology to the nation'






Baca selanjutnya..

Pemuda PAS tidak puas hati prestasi MB Selangor

Pemuda Pas Selangor telah mendesak kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar diwujudkan satu lagi jawatan Exco yang bertanggungjawab menjaga kepentingan belia dan aktiviti sukan di negeri itu, memandangkan profolio itu sebelum ini kurang berkesan mengatasi permasalahan tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Mohd Sany Hamzan berkata jawatan Exco baru itu perlu diwujudkan sebagai alternatif terbaik kerana Abdul Khalid selaku Menteri Besar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak tidak mampu menjalankan fungsi exco belia dengan lebih berkesan.

Menurutnya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, cadangan supaya Abdul Khalid melepaskan portfolio yang dipegangnya itu telah dipersetujui 22 perwakilan Pas Selangor semasa membahaskan ucapan bekas Ketua Pemuda Pas, Sallehan Mukhyi pada Persidangan Pemuda Pas Negeri, 10 Mei lalu.

Khalid Ibrahim ketika mengulas gesaan itu mencadangkan agar PAS membawa usul itu dalam persidangan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Julai ini dan biarkan ahli Dewan yang akan tentukan.

Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, usul berkenaan memberi kesan buruk kepada kerajaan negeri kerana mengeluarkan perbelanjaan berlebihan dan memperlihatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti hilang kredibiliti serta menggambarkan terdapatnya ketidaksefahaman dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), di Selangor.



Baca selanjutnya..

Wednesday, May 13, 2009

Ulama atau professional : Siapakah kelompok pembaharuan ?

Dr. Asri Zainal Abidin dalam kolum minda mufti Mstar online merumuskan sekiranya kemelut ulama dan professional tidak dapat ditangani dengan baik dalam PAS, maka akan muncul kelompok ketiga yang dinamakan kelompok pembaharuan.

“Jika sesetengah tokoh agamawan yang memperjuangkan negara Islam tidak lebih terbuka, mereka akan menghadapi masalah, atau bercakaran sesama sendiri apabila tiba ke peringkat perlaksanaan Islam itu dalam alam realiti. Akhirnya, kelompok pembaharuan akan muncul di tengah-tengah mereka “ , tulisnya dalam artikel bertajuk “ ulama atau Profesional jadi pemimpin ?”

Walaupun, bekas Mufti tidak menjelaskan lebih lanjut siapakah dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan golongan pembaharuan itu., namun berdasarkan maksud tersirat, beliau tidak mahu PAS akhirnya dikuasai oleh golongan pembaharu, akibat pergeseran sesama sendiri itu.

Pada hari ini, istilah 'golongan pembaharuan' lebih sinonim dikaitkan dengan golongan Islam Liberal.



Baca selanjutnya..

Friday, May 8, 2009

Nik Aziz akui tulisan anaknya benar

Sehingga kini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menafikan tulisan anaknya di blog bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS' adalah tidak benar.

Nik Abdul Aziz tidak pernah mengkritik tulisan anaknya, sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Nik Abduh yang dianggap sudah cukup matang dalam politik PAS.

Mursyidul Am PAS, berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti,lapor Bernama hari ini.

Dalam tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, beliau mengecam pembantu-pembantu sesat ayahandanya yang telah memberi maklumat salah bertujuan untuk melaga-lagakan ayahandanya dengan Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Tulis Nik Abduh “Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya”

“Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka”, tulis Nik Abduh lagi.

Sebelum itu Nik Abduh mengakui ayahandanya telah ‘menegur’ supaya tidak membiarkan kekeliruan tulisannya berlarutan.

Tetapi maksud ‘menegur’ Nik Aziz bukanlah bererti ‘marah’ kerana makna ‘menegur’ harus dilihat dalam versi Kelantan yang tidak menafikan perkara itu benar, tetapi tidak mahu berlarutan hingga memudaratkan parti.

Hal ini diperkukuhkan lagi, selepas Nik Abduh dipanggil oleh Dewan Ulama PAS Kelantan berkaitan dengan tulisannya itu, selepas itu Dewan Ulama PAS Kelantan telah mengeluarkan kenyataan media yang selaras dengan nada Nik Abdul.

Kemudian disusuli oleh kenyataan media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Setiausaha PAS Kelantan yang mengecam Husam sebagai dalang berkocaknya kepimpinan dalam PAS.
Baca selanjutnya..

Nik Abduh dicabar Abdul Latif bertanding Ketua Pemuda PAS Kelantan

Anak YAB Nik Abd.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh dicabar oleh Abdul Latif bin Abdul Rahman bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pada 9 Mei (Sabtu) ini.

Tindakan Abdul Latif mencabar Nik Abduh itu disifat seperti melangkah bendul dan tidak menghormati kepimpinan parti, tulis penulis Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam artikel terbaru di blognya bertajuk, “Surat Merah Kepada Nik Abduh dan Abdul Latiff.

Hujah ini bersandarkan factor usia dan jawatan dalam parti yang disandang oleh Nik Abduh lebih berkaliber berbanding dengan Abdul Latif.

Nik Abduh berusia, 39 tahun dan berjawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, berbanding dengan Abdul Latif yang lebih muda dan berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan..

Menurut penulis blog itu lagi selepas Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan meninggalkan jawatan itu sepatutnya diisi secara tertib oleh Timbalan Ketua (Nik Abduh) tanpa perlu dicabar oleh pihak-pihak lain.

Menurut penulis itu lagi, cabaran Abdul Latif merebut jawatan Ketua Pemuda akan mengukuhkan lagi spekulasi bahawa Husam Musa sedang menyusun grand design untuk merebut jawatan, termasuk Ketua Pemuda yang sepatutnya disandang oleh anak YAB Nik Abdul Aziz.

Abdul Latif dikatakan proksi kumpulan Erdogan yang sering disebut-sebut berketuakan Husam Musa.
Baca selanjutnya..

Sunday, May 3, 2009

Nik Abduh selar golongan ‘belawak biawak’ sebar fitnah

Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan fitnah yang mengatakan beliau telah dipanggil oleh Lembaga Tribunal Dewan Ulama PAS Kelantan dan beliau telah diarahkan untuk menarik balik artikelnya bertajuk ‘kerja bodoh’ yang pernah disiarkan di blog sebelum ini.

“Khabar angin itu tidak benar. Itu kerja orang yang menyebarkan fitnah. Kerja ‘belawak biawak’ (lawak bodoh)”, katanya dalam tulisan terbaru dalam blognya bertajuk “Sebelum anda dimamah fitnah”.

Nik Abduh mengakui beliau telah dipanggil oleh Dewan Ulama PAS Kelantan untuk membuat penjelasan lanjut mengenai maksud sebenar artikel di blognya itu.

Beliau turut menyatakan perasaan gembiranya kerana dapat menjelaskan perkara sebenar dan berharap akan dipanggil lagi oleh Dewan Ulama PAS Kelantan.

Beliau menegaskan Dewan Ulama PAS Kelantan yang diketuai oleh al Fadhil Al Ustaz Dato Mohamad Daud Iraqi tidak pernah mengarahkannya untuk menarik balik artikel yang pernah disiarkan dulu.

Malah tegasnya, Dewan Ulama PAS Kelantan telah mendapat penjelasan sebenar dan turut bersetuju dengan pendedahannya itu.

Buktinya menurut Nik Abduh, selepas pertemuan itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohamad Daud telah mengeluarkan kenyataan pada 30 April menggesa agar Presiden dan Timbalan Presiden PAS perlu di kalangan ulama.

“Saf kepimpinan yang ada sekarangi wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama. Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," kata Ketua Dewan Ulama Kelantan.

Kepimpinan PAS sekarang diketuai oleh Datuk Haji Hadi Awang sebagai Presiden dan Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden.

Baru-baru ini, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS telah menyuarakan hasrat untuk menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden, sekiranya dicalonkan.
Baca selanjutnya..