Monday, May 31, 2010

Karpal 'berjudi nasib' dengan soalan di luar tuduhan

Karpal Singh, Ketua Pasukan Penguam bela Anwar hari ini 'berjudi nasib' dengan bertanyakan soalan-soalan yang di luar skop pertuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Soalan-soaln Karpal hari ini, tidak menjurus kepada persoalan pertuduhan tersebut, sebaliknya lebih fokus kepada peribadi dan latar belakang saksi utama itu.

Persoalannya sejauh manakah kaedah ini membantu Anwar untuk membersihkan diri daripada menjawab bahawa Anwar tidak meliwat Saiful pada tarikh, tempat dan masa seperti dalam pertuduhan itu.

Karpal: What is the name of your sister?
Saiful: Saidati

Karpal: Azlan bapa?
Saiful: Ya

Karpal: Bila Azlan bercerai dengan ibu?
Saiful: Saya darjah 1, umur 7 tahun

Karpal: Selepas bercerai itu ada contact dengan kamu dan sister?
Saiful: Ada

Karpal: Itu tidak benar bukan?
Saiful: Benar

Karpal: Saiful dan Saidati diabaikan?
Saiful: Tidak benar

Karpal: You are a good muslim?
Saiful: I’ll try my best

Karpal: Ada minum arak?
Saiful: Tidak

Karpal: Ada bila-bila masa melakukan zina?
Saiful: Tidak

Karpal: Saidati dah berkahwin?
Saiful: Tahun lepas dia dibawa lari ke Thailand, saya tidak tahu dia berkahwin atau tidak. Saya tidak pasti samada perkahwinan itu sah atau tidak. Saya tidak tahu dia kahwin atau tidak.

Karpal: Ada kenal Faiz bin Khairi?
Saiful: Kenal, dia yang bawa lari adik saya.

Karpal: Ada surat akuan dari Faiz bin Khairi. Kami ada surat akuan itu.
Saiful: Saya tidak tahu

Karpal: We don’t want to call your sister sebagai saksi, we want to spare her, please tell the truth.
Saiful: Yes

Karpal: Or your father for that matter?
Saiful: Yes

Kaedah Karpal mengalihkan skop pertuduhan ini pernah digunakan oleh Christhoper Fernando, Ketua Penguam bela Anwar untuk kes liwat 1999, ketika Anwar dituduh bersubahat dengan adik angkatnya Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi isteri Anwar.

Ketika itu Fernando mengalihkan isu kepada 'teori konspirasi' tanpa menjawab tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar. Kesan daripada kaedah itu, Fernando dianggap sebagai 'hero' di kalangan para penyokong PKR, tetapi Anwar dijatuhi hukuman bersalah meliwat Azizan oleh pihak mahkamah.

Adakah Karpal juga mahu meniru taktik Fernando dengan mengalihkan isu kepada 'teori konspirasi' dan 'pembunuhan peribadi saksi utama' supaya menjadi hero di kalangan para penyokong Anwar, tetapi dalam masa sama membuka ruang yang lebih luas untuk Anwar kembali ke penjara Sungai Buloh ? Baca selanjutnya..

Karpal sudah mati akal untuk soal Saiful

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi menyaksikan kebuntuan Ketua Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Soalan-soalan Karpal masih berlegar tentang soalan sama yang pernah disoal sebelum ini. Karpal begitu kecewa kerana cubaan mengaitkan kes liwat ini dengan 'teori konspirasi' yang didakwa membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razab yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri juga gagal. Akhirnya Karpal membuat kenyataan bodoh dengan menyalahkan Datuk Najib kerana tidak membuat laporan polis walaupun mengetahui Saiful diliwat

Karpal: Pada 24 Jun 2008, ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri?
Saiful: Ada

Karpal: Ada buat aduan pada dia?
Saiful: Ya

Karpal: A very serious complaint?
Saiful: Ya

Karpal: Iaitu kamu diliwat dengan tidak kerelaan awak?
Saiful: Ya

Karpal: Adakah PM memberikan apa-apa nasihat?
Saiful: Beliau agak sceptical tetapi lepas dicerita dengan detail, PM kata tidak boleh buat apa-apa sebab ini masalah peribadi dengan Anwar dan ianya melibatkan masa hadapan saya.

Karpal: Aduan yang sama dibuat kepada Radwan?
Saiful: Ya

Karpal: Aduan yang sama kepada Ezam?
Saiful: Ya

Karpal: Diliwat tanpa kerelaan?
Saiful: Ya

Karpal: Dato’ Mumtaz?
Saiful: Ya

Karpal: Ada orang lain?
Saiful: Tuah

Karpal: Lain?
Saiful: Rahimi dan seorang guru agama

Karpal: Siapa Ustaz ini?
Saiful: Saya tak tahu nama dia, dia guru agama pakcik Tuah saya.

Karpal: Ada beri nama semasa siasatan?
Saiful: Saya panggil Atuk

Karpal: Orang ini wujud?
Saiful: Kalau tidak silap, dua tiga bulan lepas dia dah meninggal
[Galeri awam ketawa]

Karpal: Ada buat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan PM dan orang-orang lain tadi?
Saiful: Ada

Karpal: Insiden yang diceritakan kepada Timbalan PM, Radwan, Ezam dan Mumtaz?
Saiful: Kejadian kali terakhir buat laporan polis merangkumi semua kejadian.

Karpal: Did you lodged a police report?
Saiful: Ada


Karpal: Tiada sesiapa nasihat untuk buat report?
Saiful: Tidak

Karpal: Jika apa yang diceritakan tadi, iaitu membuat aduan serius, diliwat tanpa rela kepada Timbalan PM, mengikut undang-undang seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah, Timbalan PM diwajibkan buat laporan polis, do you know that?
Saiful: Saya tidak tahu

Karpal: Jika Timbalan PM tidak buat laporan itu, dia melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 202 Kanun Keseksaan? Timbalan PM boleh dipenjarakan?
Saiful: Saya tidak tahu

Karpal: Jika tidak tahu saya beri ajaran sekarang, apa yang dinyatakan oleh kamu adalah sesuatu yang serius, Timbalan PM tidak buat laporan polis, kamu diliwat dengan tidak kerelaan

Mohd Yusof: Ini soalan atau kenyataan?
Hakim: Tanya soalan
Karpal: This is soalan, this is not a comment
Hakim : Teruskan

Selepas Karpal selesai menyoal balas saksi utama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai barisan pendakwaan, memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi seterusnya iaitu para doktor yang terlibat memeriksa saksi tersebut.

Karpal mempersoal tindakan pihak pendakwa yang akan membawa saksi para doktor tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada pihak peguam bela.

Karpal juga memohon kepada mahkamah agar keterangan para doktor ditangguhkan dahulu kerana pihaknya ingin melawat sekali lagi kondomiunium yang didakwa berlakunya tempat liwat tersebut.

Mahkamh ditangguhkan jam 10.24 pagi bagi membolehkan pasukan penguam bela Anwar sekali lagi melawat lokasi dan disambung semula jam 2.30 petang.


Namun semasa sesi petang, prosiding yang sepatutnya disambung semula, ditangguhkan semula tidak sampai 15 minit semasa prosiding dijalankan.

Mahkamah memutuskan menangguhkan perbicaraan hari ini kepada esok bagi membolehkan pihakpenguam bela berkunjung semula ke lokasi kejadian, setelah didakwa kunjungan pada sebelah tengahari gagal.

Esok mahkamah dijangka akan bersidang pada sebelah petang, kira-kira pukul 3.30 petang, kerana pada jam 2.30 petang pihak penguam bela masih lagi berada di lokasi kejadian.

Difahamkan acara melawat lokasi esok hanya disertai oleh pasukan peguam bela Anwar, tanpa disertai oleh hakim dan pasukan pendakwa.

Baca selanjutnya..

Thursday, May 27, 2010

Rayuan Semakan Anwar dapatkan DNA Saiful ditangguh - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar keputusan panel terdahulu yang mengisytiharkan bahawa Anwar tidak berhak mengakses dokumen-dokumen penting, termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pemecatannya daripada semua jawatan Kabinet, 12 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar permohonan itu sementara menunggu alasan penghakiman terhadap satu kes yang diputuskan pada 25 Februari lalu.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 25 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar untuk menyemak keputusan mahkamah itu yang sebelum ini telah menolak permohonan Penasihat Umum PKR itu untuk dibekalkan dokumen-dokumen penting, termasuk sampel DNA Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat Anwar, pada peringkat pra-perbicaraan kes tersebut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin juga memutuskan bahawa Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan tidak memperuntukkan bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah itu.

Turut sama bersidang adalah Hakim Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Datuk Heliliah Yusof.

Hari ini juga, Karpal Singh yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut memfailkan semakan permohonan Anwar meminta mahkamah mengisytiharkan pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir adalah menyalahi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Anwar tidak berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi dan juga rayuannya di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.


Baca selanjutnya..

Saturday, May 22, 2010

Benarkah Ahmad Lutfi Othman penulis pertama yakin Anwar terlibat skandal seks ?

Penulis Khas Majalah Tamadun, Edisi Disember 1998 mempersoalkan motif serangan penulis Ahmad Lutfi Othman ke atas peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bukunya bertajuk "Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Poitik" (Penerbitan Pemuda, September 1998).

Penulis menyenaraikan empat fakta yang terkandung di dalam buku "Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Poitik" yang menggambarkan keyakinan Ahmad Lutfi bahawa Anwar terlibat dalam skandal seks dan bukannya konspirasi politik, seperti yang didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Fakta pertama : Ahmad Lutfi sering mengulangi pertanyaan "mengapa Anwar tidak menafikan tuduhan ke atas beliau" di dalam buku tersebut.

Fakta kedua : Ahmad Lutfi mempertikai pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar yang menafikan menulis surat menuduh Anwar melakukan hubungan sulit. Ahmad Lutfi menulis; "Melalui buku Khalid Jefri, pihak polis yang menyiasat kes ini telah berjaya memaksa Ummi dan Azizan menandatangani surat-surat yang diperlukan oleh Anwar untuk menutup pekung, tembelang dan perbuatan munafik beliau ini"

Fakta ketiga : Ahmad Lutfi secara ringkas menyebut keputusan ujian DNA Azmin dan Shamshida berkenaan dengan status anak mereka, Afifa dengan menulis 'pihak polis menafikan membuat ujian DNA' yang sekali gus mempercayai bahawa ujian penentuan status Afifa tidak sempurna.

Fakta keempat : Ahmad Lutfi mempersoal niat Anwar terhadap Dr Mahathir. Tulisnya, "Apakah benar kerana mahu menjaga hati PM, maka Anwar berdiam diri walaupun kehormatannya diinjak ? Atau pun Anwar menaruh harapan agar PM bertindak sewajarnya untuk menutup kes tersebut. Bukankah selama ini isu seks boleh dikompromi Mahathir; jika kes Rahim dan Vijandran dapat diuruskan dengan baik, masakan kes Anwar tidak boleh diselamatkan ?

Penulis Majalah Tamadun menyelar keempat-empat intipati dalam buku Ahmad Lutfi itu yang dianggap tidak sehaluan dengan fikrah haraki (PAS).

Ketika Ahmad Lutfi menulis buku itu (pada September 1998), Anwar telah pun dipecat dari UMNO dan kepimpinan PAS mengambil sikap menyokong Anwar, walupun sebelum ini, ketika Anwar masih dalam UMNO, kepimpinan PAS mengambil sikap sebaliknya.

Ahmad Lutfi, sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda merupakan wartawan Harakah yang aktif menulis mengkritik Anwar sebaik sahaja ura-ura tokoh itu bakal ditabalkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Buku kritikan pertama Ahmad Lutfi terhadap Anwar bertajuk "Anwar Lawan Ghaffar" yang diterbitkan pada tahun 1993.

Semasa Anwar menjadi TPM, hampir keseluruhan pimpinan tertinggi PAS mengkritik kredibiliti Anwar sebagai bakal PM. PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan oleh Anwar sebagai Menteri sebagai berwajah FIRAUN. Ahmad Lutfi sendiri menulis kritikan kerasnya dalam buku "Memo Buat Bakal PM" yang diterbitkan pada Ogos 1993.

Ketika munculnya skandal Anwar yang dibongkar oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen PAS merupakan antara individu PAS pertama yang mempercayai kesalahan moral Anwar.

Ketika Mohamad Sabu diwawancara oleh Ahmad Lutfi pada 14 Jun 1998 (dua bulan sebelum pemecatan Anwar daripada UMNO), beliau berkata "dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas".

Sejak dari itu, Mohamad Sabu secara konsisten menggelar Anwar sebagai 'Anwar Al juburi', di pentas-pentas ceramah PAS sehingganya ke tarikh pemecatan Anwar dari UMNO pada 2 September 1998.



Ketika
Baca selanjutnya..

Thursday, May 20, 2010

PAS Perak perkukuhkan kerjasama dengan Paderi

PERAK - YB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak hari ini mengambil inisiatif yang lebih mantap untuk mengukuhkan kerjasama dengan paderi-paderi Kristian di Perak.

Bertempat di Hotel Hillcity, Nizar mewakili PAS Perak dengan mengadakan dialog dengan Dr Teoh mewakili paderi Perak.

Secara jujur Dr Teoh mengakui jika jemputan majlis sebegini dilakukan tiga tahun dulu mungkin mereka tidak hadir.Tetapi dalam konteks Pakatan Rakyat hari ini, imej eksremis Islam sudah tidak wujud lagi.

Katanya lagi keterbukaan PAS menyebabkan masyarakat bukan Islam mula menerima PAS sebagai rakan kongsi politik.

Dalam dialog itu, dua isu pokok yang menjadi konflik Islam/Kristian iaitu isu Murtad dan Kalimah Allah telah disepakati secara bersama.

Program dialog ini sebagai merealisasikan slogan 'PAS For All'.

Baca selanjutnya..

Thursday, May 13, 2010

Siapa nasihatkan Saiful buat laporan polis ?

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu sebelum saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia telah meminta nasihat daripada beberapa orang.

Karpal bertanya lanjut, siapakah 'beberapa orang itu'. Saiful memberitahu beberapa orang itu adalah Mumtaz, Pakcik Tuah(bapa saudaranya), Ezam Mohd Nor dan seorang guru agama.

Saiful menjelaskan, dia mengambil masa dua hari sebelum dia membuat laporan yang dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia satu keputusan yang besar dan melibatkan maruah serta masa depan dirinya.

Pendedahan Saiful itu dibuat ekoran soalan Karpal yang bertanyakan kenapa Saiful memilih tarikh 28 Jun untuk membuat laporan polis, sedangkan dia diliwat oleh majikannya(Anwar) pada 26 Jun.

Kemudian Karpal memohon sesi soal jawab seterusnya dijalankan secara tertutup (in camera) kerana ia menjurus kepada kejadian liwat tersebut.

Mahkamah memutuskan prosiding disambung jam 2.15 petang ini secara tertutup (in camera).



Karpal mula menyerang peribadi Saiful

KUALA LUMPUR - Prosiding yang bersambung pagi ini menyaksikan 'kemarahan' peguam bela Anwar, Karpal Singh dengan menyerang peribadi saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Karpal menggunakan bahasa gertak, provokasi dan penghinaan untuk menimbulkan kemarahan saksi utama itu yang sebelum ini dilihat tenang dan tidak gugup semasa berhadapan dengan Karpal.


Karpal: adakah benar anda penyokong kuat Barisan Nasional especially UMNO.

Mohamed Yusof bangun membantah: Apa ni penyokong kuat?

Peguam Cara Negara II merujuk seksyen untuk membantah soalan Karpal ke atas Saiful yang boleh menjejaskan, mencadangkan kepada mahkamah. Sama ada penyokong UMNO atau tidak, itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh tertuduh.

Saiful mengakui sokong BN tapi mengundi Sivarasa dan Elizabeth Wong dari PKR.

Karpal : Sokong BN tapi undi PKR. Pengkhianat bukan?

Saiful : It's a free country.

Karpal berkata: Jelas Saiful tidak boleh dipercayai.

Karpal ulang sekali lagi: Sokong BN, undi PKR. Pengkihanat. Itu awak tak boleh nafikan.

Karpal mendakwa Saiful pembohong, pembohong besar.

Saiful menjawab: Tidak bersetuju.

Karpal juga bertanyakan Saiful benarkah dia lahir dari keluarga rosak (a broken family).

Mohamed Yusof mempersoalkan apakah relevan dan pentingnya soalan Karpal kepada Saiful dengan bertanya soalan Saiful datang dari sebuah keluarga yang pecah belah (broken famili), ibu bapa bercerai.

Mahkamah tolak permohonan Karpal tunggu keputusan rayuan

KUALA LUMPUR 13 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bela, Karpal Singh, untuk menangguh prosiding sementara menunggu keputusan rayuan ditolak, atas alasan tiada keperluan istimewa dan keputusan yang dibuat semalam dibuat sewaktu prosiding, tidak boleh dirayu.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden membantah penangguhan prosiding perbicaraan kes liwat yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Karpal berhujah mereka memohon untuk dibekalkan dengan sesalinan bukti-bukti dan senarai saksi saksi yang sebelum ini pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam permohonan dokumen tersebut.

Semalam, perbicaraan yang sepatutnya disambung jam 2.30 petang ini tertangguh hingga ke 3.40 petang kerana kelewatan tertuduh dan pihak peguam bela dengan alasan mereka terlambat kerana membuat rayuan membantah keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk mendapatkan keterangan beramaran, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam permohonan ke Mahkamah Rayuan itu, Anwar memohon agar prosiding kes di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu pelupusan rayuannya itu.

Sepanjang prosiding pagi ini, mahkamah terpaksa berhenti rehat sebentar sebanyak tiga kali, kerana sikap Karpal Singh yang nampak jelas mahu menangguhkan kes tersebut.


Baca selanjutnya..

Wednesday, May 12, 2010

Ancaman bunuh, Saiful buat laporan polis



KUALA LUMPUR - Saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis apabila menerima ancaman bunuh melalui facebook pada 12.47 tengahari hari ini. Ketika itu Saiful baru selesai memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk sesi pagi.

Ancaman itu berbunyi "DAH BERSEDIAKAH ANDA - DE..WA NAK TANYA LU, LU PASTI KE LU BOLEH HIDUP ESOK, JANGAN AIBKAN ORANG,MONYET PUN JANGAN" dihantar oleh seorang yang bernama Badrul Hisham.

Di dalam profil Badrul Hisham tiada gambar disertakan, hanya gambar kenderaan dengan nombor pendaftaran BGB 49 serta gambar keluarga.

Menurut Saiful, beliau membuat laporan di Balai Polis Sentul hari ini kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarganya.

Saiful yang mendedahkan perkara ini melalui blognya, www. mohdsaifulbukhari.blogspot.com tidak menolak kemungkinan, ancaman itu dibuat ekoran ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu dengan keterangan-keterangan yang membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

"Ini merupakan ancaman kedua, selepas ancaman pertama pada Februari lalu". katanya.

Baca selanjutnya..

Anwar failkan permohonan gantung prosiding kes liwat

KUALA LUMPUR - Perbicaraan yang sepatutnya disambung jam 2.30 petang ini tertangguh hingga ke 3.40 petang kerana kelewatan tertuduh dan pihak peguam bela.

Kira-kira jam 3.22 petang baru kelihatan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Karpal Singh dan Sankara Nair memasuki dewan mahkamah. Karpal memberitahu mahkamah bahawa mereka terlambat kerana membuat rayuan membantah keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk mendapatkan keterangan beramaran, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam permohonan ke Mahkamah Rayuan itu, Anwar memohon agar prosiding kes di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu pelupusan rayuannya itu.

Dalam prosiding petang tadi, mahkamah telah diperkenalkan dengan barisan saksi yang telah disebut oleh Saiful dalam keterangan pagi tadi iaitu Datuk Mumtaz Begum Abd. Jaafar dan Khairil Anaz Yusof. Ezam Mohd Nor dikatakan akan tampil ke mahkamah esok.

Baca selanjutnya..

Saiful mengaku berjumpa Ezam

KUALA LUMPUR - Ketika disoal balas oleh Karpal Singh pagi ini, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa dengan Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menceritakan masalahnya.

Saiful memberitahu mahkamah, dia bersama Rahimi dan bapa saudaranya, Tuah, berjumpa Ezam di Rawang pada 27 Jun 2008, sekitar tengah malam.

Dalam pertemuan itu Saiful turut menceritakan kesn liwatnya itu. Karpal bertanya, adakah Ezam merupakan orang pertama yang ditemui selepas diliwat oleh Anwar. Saiful menjawab tidak. Orang pertama yang diceritakan adalah bapa saudaranya sendiri iaitu Tuah.

Karpal bertanya adalah Saiful kenal rapat dengan Ezam. Saiful menjawab kenal,kerana Ezam merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar tetapi dia tidak pernah berkawan dengan Ezam.

Karpal juga bertanyakan Saiful berkenaan dengan pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Saiful memberitahu mahkamah, kali pertama beliau pergi ke pejabat Najib sekitar Januari 2008 untuk mendapatkan surat sokongan pinjaman pelajaran Mara bagi mengikuti kursus Kadet Pilot di Kota Bharu.

"Ketika itu saya tidak jumpa TPM dan hanya berjumpa dengan pegawai khas beliau," jelas Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu kepada Anwar.

Karpal menemplak Saiful sebagai bukan seorang pelajar baik hingga gagal di universiti. Saiful mengakui kenyataan Karpal itu, sebab itu dia memohon kursus kadet pilot kerana kelulusan untuk kemasukan kursus tersebut adalah SPM.

Karpal juga turut bertanyakan pertemuan Saiful dengan Najib pada 24 Jun 2008. Saiful mengakui pertemuan itu diatur oleh Khairil Anas, pembantu Khas Najib, di kediamannya selepas Magrib. Kata Saiful pertemuan itu sekitar 10 minit.

Karpal bertanyakan adakah dalam pertemuan itu, Saiful memberitahu dirinya diliwat. Saiful menjawab ya. Kata Saiful pada mulanya beliau (Najib) skeptikal seperti tidak percaya.

Karpal bertanya adakah Najib menasihatkan dia untuk membuat laporan polis. Saiful menjawab tidak. Saiful memberitahu, dia hanya menceritakan masalahnya kepada Najib secara verbal.


Cubaan Karpal tangguhkan kes gagal, prosiding diteruskan

KUALA LUMPUR - Sebaik sahaja, prosiding mahkamah dimulakan selepas berhenti rehat satu jam sekejap tadi, Karpal sekali lagi memohon agar prosiding ini ditangguhkan kerana beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah rayuan.

Beliau berkata, bukan masanya untuk bermain dengan masa. Jika keputusan tidak memihak kepadanya, usul perlu disokong dengan afidavit.

Datuk Mohamed Yusof berdiri memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan kes ini diteruskan.Dengan mengambil kira keadaan dan memahami permohonan mengambil masa, Mohamed Yusof terus memohon agar mahkamah meneruskan juga perbicaraan ini.

Karpal mencelah, katanya, sekarang beliau telah bersedia tetapi itu bukan persoalannya. Tetapi mengapa perlu tergesa-gesa?

Petikaman lidah di antara Karpal dan Mohamed Yusof menyebabkan mahkamah berhenti rehat sekali lagi. Setelah mahkamah bersambung semula, hakim memutuskan agar prosiding hari ini diteruskan. Mohd. Saiful Bukhari dipanggil semula untuk mengangat sumpah dari kandang saksi.

Sekarang Karpal sedang menyoal balas saksi utama tersebut.

Baca selanjutnya..

Hakim putuskan tiada percanggahan antara 'rela' atau 'tidak'

KUALA LUMPUR - Usaha peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengugat kredibiliti saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan gagal kerana hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada percanggahan keterangan saksi itu kepada pihak polis dan mahkamah.

Hakim menjelaskan perkara ini menjadi budibicara Peguam Negara untuk menetapkan dakwaan yang lebih ringan sekalipun terdapat bukti untuk dakwaan yang lebih berat dalam kes ini.

Dengan keputusan hakim itu bermakna hujah Karpal yang mempertikaikan persoalan meliwat secara 'rela' atau 'tidak rela' tidak menjadi persoalan lagi.

Sekaligus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Karpal untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah asal saksi utama tersebut.

Karpal yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu akan membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi dan beliau memohon agar prosiding ini ditangguhkan sehingga selesai permohonan rayuan tersebut.

Baca selanjutnya..

Tuesday, May 11, 2010

Perkataan 'rela' atau 'tanpa rela', alasan Karpal untuk tangguh

KUALA LUMPUR -Seperti yang dijangkakan, Karpal Singh, ketua pasukan penguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berhasrat untuk menangguhkan prosiding kes liwat ini.

Percubaan semalam dengan membangkitkan isu senarai saksi tidak berjaya menangguhkan kes, hinggakan Karpal terpaksa menyoal saksi dalam keadaan 'tidak rela'. Soalan-soalan Karpal semalam tidak mengambarkan Karpal sebagai peguam yang tersohor seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Bahkan, banyak soalan-soalannya boleh mengheret anak guamnya ke arah melakukan aktiviti homoseksual tersebut.

Ramai penganalisis undang-undang kecewa dengan soalan-soalan daripada Karpal semalam. Sepatutnya inilah masa terbaik untuk pasukan peguam bela Anwar mendiskredit kredibiliti saksi, tetapi usaha tersebut menemui kebuntuan.

Pagi ini, sepatutnya sesi soal jawab diteruskan, sekali lagi terpaksa ditangguhkan. Puncanya hanya satu, iaitu ' kerelaan' dan ' tanpa kerelaan'. Katanya Anwar didakwa dibawah Seksyen 377b Kanun Keseksaan yakni liwat dengan kerelaan sedangkan Saiful dakwa tanpa kerelaan. Menurutnya jika liwat tanpa kerelaan ia sepatutnya dibawah Seksyen 377c Kanun Keseksaan.

Pasukan pendakwa yang mengenakan tuduhan tentunya lebih arif maksud 377b atau 377v itu, kerana mereka telah melihat dari sudut perundangan secara terperinci sebelum mengenakan pertuduhan tersebut.

Semalam Karpal bertindak seolah-olah mahu menyoal lanjut mengenai 'pembohongan' saksi utama dan seolah-olah bukti penting akan dikemukakan oleh Karpal, tetapi yang berlaku pagi ini hanya perbicaraan yang memakan masa kira-kira satu jam sahaja.

Dari awal penghujahan Karpal mempertikaikan terma 'rela' dan 'tidak rela' hinggakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah terpaksa menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pagi esok (Rabu)

Ini bukan kali pertama langkah Karpal mempertikai tentang istilah. Pada 8 Februari lalu Karpal mempertikaikan istilah 'Lagi' yang diterbitkan oleh akhbar Utusan Malaysia hingga mendorong Karpal memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri kerana tidak mahu megambil tindakan ke atas media tersebut.

Permohonan Karpal itu menyebabkan kes ini tertangguh berkali-kali dan dalam jangka waktu yang sama.






Baca selanjutnya..

Monday, May 10, 2010

Kes liwat : Karpal mohon tangguh lagi

KUALA LUMPUR - Cubaan Karpal Singh memohon tangguh prosiding perbicaraan kes liwat hari ini gagal, setelah hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan agar kes tersebut diteruskan.

Karpal membangkitkan bantahan terhadap tindakan pihak pendakwaan gagal membekalkan senarai saksi kepada mereka dan mengaitkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada konspirasi politik.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusuf Zainal Abiden menafikan perkara tersebut dan mengatakan pemberian senarai saksi adalah satu kebiasaaan dan bukannya keperluan untuk melaksanakannya.

Setelah mahkamah menolak permohonan Karpal untuk penanguhan itu, saksi utama perbicaraan kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipanggil untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memulakan sesi soal balas.

Karpal membangkitkan persoalan Saiful berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun 2008, ketika itu Najib adalah Timbalan Perdana Menteri. Saiful menjawab, dia berjumpa Najib untuk memberitahu tentang masalahnya. Saiful menegaskan hanya sekali sahaja perjumpaan pada tarikh tersebut dan tiada lagi perjumpaan lain.

Saiful memberitahu dia juga berjumpa dengan ACP Norman di Hotel Melia, setelah dihubungi oleh ACP itu. Kata Saiful, dalam perjumpaannya itu, dia menceritakan Anwar pernah meliwatnya beberapa kali di pelbagai destinasi.

Karpal meminta Saiful membacakan laporan polis yang telah dibuat olehnya. Saiful membacakan laporan yang antara lainnya berbunyi, "Saya ingin melaporkan diliwat oleh majikan saya. kali terakhir berlaku ialah pada Jun 2008.

Kata Saiful lagi "Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai."


Karpal mempersendakan taraf keislaman Saiful dengan bertubi-tubi bertanyakan berkenaan solat dan mandi junud pada 26 Jun (ketika hari kejadian liwat). Hakim mencelah soalan terbuka yang sama perlu ditanyakan kepada Anwar Ibrahim.

Karpal turut bertanya berkenaan pemeriksaan doktor di hospital Pusrawi yang dibuat oleh pengadu. Saiful memberitahu mahkamah, ketika mendapatkan pemeriksaan doktor, beliau mengadu sakit perut. Ketika diperiksa barulah beliau berterus terang memberitahu doktor bahawa dia sakit di bahagian dubur.

Karpal bertanya, sebelum itu adakah Saiful mengenali doktor itu? Siapa yang menghantarnya berjumpa doktor?

Saiful berkata dia tidak mengenali doktor itu. Pakciknya yang bernama Tuah yang menghantar ke hospital itu.

Karpal berkata berdasarkan laporan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, doktor melaporkan tiada luka atau kesan kemasukan ke bahagian dubur Saiful dan Karpal meminta Saiful untuk memberi ulasan berkenaan laporan tersebut.

Saiful berkata minyak pelincir KY Jelly digunakan sewaktu persetubuhan itu berlaku.

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh seketika buat kali kedua selepas peguam belanya, Karpal Singh ingin membuat permohonan untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang diberikan kepada polis pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), atas alasan saksi utama itu tidak bercakap benar.

Karpal dan Dato Yusof dipanggil oleh hakim ke kamar untuk membincang permohonan Karpal tersebut

Baca selanjutnya..

Saturday, May 1, 2010

Soros bantu Anwar melalui 'The Elders' Zionist

Melalui pendedahan Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia" [klik di sini] mengesahkan tiga tokoh Yahudi yang membantu penjenamaan semula imej Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004. Mereka adalah George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

Tokoh yang mula-mula membawa Anwar ke luar negara adalah George Soros. Hasil jaringan George Soros, Anwar telah ditempatkan ke United Kingdom, menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford.

St Anthony College merupakan salah satu kolej di bawah Universiti Oxford yang dipengerusikan oleh rangkaian Soros bernama Christopher Patten.

Christopher Pattern terlibat dalam dalam dua organisasi tajaan Soros iaitu ECFR(European Council on Foreign Relations) dan ICG (International Crisis Group). Klik di sini dan di sini

Menyorot kembali sejarah politik Malaysia, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia mengalami krisis ekonomi terburuk pada tahun 1997. Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menamakan George Soros, sebagai spekulator matawang asing yang meranapkan ekonomi Malaysia.

Krisis ekonomi Malaysia 1997 dirancang secara teliti oleh Soros dan Anwar semakin jelas apabila Bank Dunia dan IMF telah melantik Anwar sebagai "Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank" semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini

Bukan lagi rahsia, Soros sangat berpengaruh di Bank Dunia dan IMF melalui proksi-proksinya iaitu James Wolfensohn (Presiden Bank Dunia) dan Michel Camdessus (CEO IMF) dan kedua-dua individu ini orang yang bertanggungjawab melantik Anwar di Bank Dunia dan IMF.

Ramalan Soros yang mengatakan Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia meleset apabila pada 2 September 1998, Dr Mahathir telah memecat keahlian UMNO Anwar sekali gus tergugur jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Soros turut mengecam kerajaan Malaysia di atas pemecatan Anwar itu dan bekerjasama dengan Al Gore meniupkan gelombang reformasi untuk menumbangkan Dr Mahathir. Tetapi usaha Soros dan Al Gore itu menemui kegagalan.

Anwar kemudiannya merengkok di dalam penjara setelah didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya mendapatkan pengakuan palsu daripada Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar untuk melindungi skandal seksnya bersama Shamsida Taharin dan aktiviti liwatnya terbongkar.

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, ramai yang tertanya-tanya, kenapa tokoh yang pertama dilawati Anwar adalah Desmond Tutu dan Nelson Mandela di Afrika Selatan.

Teka-teki itu terjawab, apabila laman web larouchepac.com mendedahkan Desmond Tutu dan Nelson Mandela merupakan rangkaian Soros dalam organisasi pro Zionis yang dinamakan The Elders. Klik di sini

The Elders juga organisasi yang ditaja oleh Soros. Selain Desmond Tutu, Mary Robinson juga merupakan salah seorang daripada ahlinya.

Difahamkan Soros telah mengunakan rangkaiannya di United Kingdom untuk membawa Anwar ke negara tersebut. The Elders yang diketuai oleh Desmond Tutu dan Marry Robinson pula membawa Anwar berjumpa semula dengan Al Gore untuk mengadakan perbincangan masa depan Anwar di London.

ECFR yang merupakan cawangan CFR (Concil on Foreign Relation), Amerika Syarikat seterusnya membawa Anwar ke Amerika Syarikat dan dilantik menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins.

CFR adalah pertubuhan sulit tajaan Yahudi Rothchild dan Rockeffeler yang di belakangnya juga turut didalangi oleh Soros.




Baca selanjutnya..