Karpal Singh, Ketua Pasukan Penguam bela Anwar hari ini 'berjudi nasib' dengan bertanyakan soalan-soalan yang di luar skop pertuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Soalan-soaln Karpal hari ini, tidak menjurus kepada persoalan pertuduhan tersebut, sebaliknya lebih fokus kepada peribadi dan latar belakang saksi utama itu.
Persoalannya sejauh manakah kaedah ini membantu Anwar untuk membersihkan diri daripada menjawab bahawa Anwar tidak meliwat Saiful pada tarikh, tempat dan masa seperti dalam pertuduhan itu.
Karpal: What is the name of your sister?
Saiful: Saidati
Karpal: Azlan bapa?
Saiful: Ya
Karpal: Bila Azlan bercerai dengan ibu?
Saiful: Saya darjah 1, umur 7 tahun
Karpal: Selepas bercerai itu ada contact dengan kamu dan sister?
Saiful: Ada
Karpal: Itu tidak benar bukan?
Saiful: Benar
Karpal: Saiful dan Saidati diabaikan?
Saiful: Tidak benar
Karpal: You are a good muslim?
Saiful: I’ll try my best
Karpal: Ada minum arak?
Saiful: Tidak
Karpal: Ada bila-bila masa melakukan zina?
Saiful: Tidak
Karpal: Saidati dah berkahwin?
Saiful: Tahun lepas dia dibawa lari ke Thailand, saya tidak tahu dia berkahwin atau tidak. Saya tidak pasti samada perkahwinan itu sah atau tidak. Saya tidak tahu dia kahwin atau tidak.
Karpal: Ada kenal Faiz bin Khairi?
Saiful: Kenal, dia yang bawa lari adik saya.
Karpal: Ada surat akuan dari Faiz bin Khairi. Kami ada surat akuan itu.
Saiful: Saya tidak tahu
Karpal: We don’t want to call your sister sebagai saksi, we want to spare her, please tell the truth.
Saiful: Yes
Karpal: Or your father for that matter?
Saiful: Yes
Kaedah Karpal mengalihkan skop pertuduhan ini pernah digunakan oleh Christhoper Fernando, Ketua Penguam bela Anwar untuk kes liwat 1999, ketika Anwar dituduh bersubahat dengan adik angkatnya Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi isteri Anwar.
Ketika itu Fernando mengalihkan isu kepada 'teori konspirasi' tanpa menjawab tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar. Kesan daripada kaedah itu, Fernando dianggap sebagai 'hero' di kalangan para penyokong PKR, tetapi Anwar dijatuhi hukuman bersalah meliwat Azizan oleh pihak mahkamah.
Adakah Karpal juga mahu meniru taktik Fernando dengan mengalihkan isu kepada 'teori konspirasi' dan 'pembunuhan peribadi saksi utama' supaya menjadi hero di kalangan para penyokong Anwar, tetapi dalam masa sama membuka ruang yang lebih luas untuk Anwar kembali ke penjara Sungai Buloh ?