Tuesday, June 29, 2010

'Wolfowitz arahkan Anwar tugas penting', kata Gus Dur

Abdurrahman Wahid(Gus Dur) mengesahkan Paul Wolfowitz, seorang zionis yang digelar arkitek perang di Iraq telah memberi arahan penting kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan sulit di Munich pada tahun 2004.

"Wolfowitz tugaskan Anwar jadi “juru penengah” untuk membendung keinginan golongan muda muslimin, yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan Islam sebagai moto kehidupan untuk mencapai cita-cita Negara Islam", kata Gus Dur dalam tulisan di lamannya, www.gusdur.net.

Gus Dur berpendapat tugas Anwar menghalang kebangkitan golongan muda muslim yang bercita-cita itu amat penting kerana sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam.

"Tugas Anwar sama seperti tugas Saad Ed-Din Ibrahim, tokoh Muslim Moderat Mesir", kata Gus Dur lagi.

Saad Ed Din merupakan aktivis hak asasi dan demokrasi di Mesir. Dilantik Profesor sosiologi di Univesiti Amerika di Cairo. Terlibat aktif dalam organisasi hak asasi Arab dan dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat The Project on Middle East Democracy(POMED), satu NGO demokrasi tajaan Amerika Syarikat.

Di Mesir, Saad Ed Din dikenali sebagai pejuang hak asasi, demokrasi dan kebebasan beragama kumpulan minoriti.

Pernah dipenjara kerana tuduhan menerima wang asing dan terlibat membekalkan maklumat negara kepada pihak luar.Beliau didakwa menerima dana-dana antarabangsa (NED, IRI, USAID) yang berkaitan dengan demokrasi terutamanya dari Amerika Syarikat.

Saad Ed Din dianugerahkan "Tokoh Mulim Moderat" oleh CSID (Center for the Study of Islam & Democracy), sebuah NGO yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada tahun 2004, manakala Anwar mendapat anugerah yang sama pada tahun 2005.

"Tiada tokoh lain yang sesuai memikul tanggungjawab tersebut, sebab itu Paul Wolfowitz sanggup datang khusus ke Munich, semata-mata untuk berbincang dengan Anwar Ibrahim", kata Gus Dur.

Dalam tulisan bertajuk "Susu Kerbau Dibilang Susu Sapi", 8 Oktober 2004 itu [klik di sini] mengesahkan Gus Dur terlibat sama dalam pertemuan Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Munich pada 2004.

Ketika itu Paul Wolfowitz merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Beliau pernah dianugerahkan "Tokoh Israel Zionis Paling Berjaya" pada tahun 2002 Oleh JINSA (THE JEWISH INSTITUTE for NATIONAL SECURITY AFFAIRS) kerana kecemerlangannya sebagai arkitek perang mengukuhkan kedaulatan Israel.

Dalam tulisan sama Gus Dur turut menyentuh berkenaan pluralisme agama (persamaan agama).

"Agama Islam dan agama Yahudi (Judaisme), harus mencari perdamaian dan bukannya pertentangan yang terus menerus”, tegas Gus Dur


Baca selanjutnya..

Monday, June 28, 2010

Soros juga kaki perempuan !

Pendedahan foto George Soros, jutawan Yahudi Amerika Syarikat dalam kapal peribadi, 'Octopus' kepunyaan jutawan Paul Gardner Allen , di St. Barts bersama 'dua orang wanita yang tidak dikenali' telah mencetuskan spekulasi tentang watak sebenar penyangak mata wang Yahudi itu.

Foto tersebut disebarkan oleh laman Wall St. Folly [klik di sini] dan nypost.com [klik di sini] yang menunjukkan aksi Soros, 78 tahun bersama 'dua wanita misteri' yang menjadi pengiring peribadinya semasa Sambutan Tahun Baru 2009 di kapal 'Octopus'.

Laman nypost melaporkan George Soros meraikan sambutan Tahun Barunya dengan dua 'anak' berkulit perang di dalam kapal Octopus milik jutawan Paul Allen.

"Seorang saksi berkata Soros datang bersama 'sepasang dua wanita' dan kelihatan agak mesra seperti octopus (sotong)", lapor laman itu.

Laman itu juga melaporkan Soros yang berumur 78 tahun, kelihatan cukup enjoy dengan minuman arak dengan ditemani dua 'anak' wanita.

Laman impeachobamatoday pula Soros adalah teladan yang buruk kerana seronok berparti walaupun usianya semakin tua.

"Soros yang berusia 78 tahun masih berpoya-poya parti binatang. Ceraikan isteri lama, berkahwin dengan isteri muda tetapi berpoya-poya dengan wanita lain", tulis blog tersebut.Klik di sini

Blog xmmlbchat mendedahkan Al Gore kawan rapat Soros juga memiliki kapal peribadi tetapi tidaklah sehebat kapal octopus milik Paul Allen itu. Klik di sini

AIDCNews baru-baru membongkar satu skandal Al Gore dengan wanita urut di sebuah hotel mewah di pusat bandar Portland. Ganguan seksual Al Gore terhadap wanita itu berlaku pada tahun 2006 dan disahkan oleh Polis wilayah Portland,Oregon Amerika Syarikat.

Skandal ini turut dilaporkan oleh National Enquirer dan akhbar tempatan Portland Tribune.

Skandal Al Gore mula meletus selepas beliau menceraikan isterinya, Tipper. Klik di sini

Soros dan Al Gore merupakan dua tokoh zionis yang menjadi penaung kepada karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Malaysia.








Baca selanjutnya..

Saturday, June 26, 2010

Misi Anwar ke Washington berjaya betulkan salah faham isu 'anti Yahudi'

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat telah menemui beberapa tokoh politik Demokrat yang diharap dapat membetulkan isu salah faham tentang isu 'anti semitik' yang telah dilemparkan kepadanya berkaitan kritikannya terhadap APCO di parlimen Malaysia baru-baru ini.

Antara tokoh-tokoh Demokrat yang telah ditemui beliau adalah Sir William Cohen, bekas Setiausaha Pertahanan, Keith Maurice Ellison, Ahli Kongres dan Kurt Campbell, Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik.

Sir Wiliam Cohen merupakan merupakan seorang zionis yang dianggap sebagai 'penasihat kerajaan Presiden Obama dan beliau merupakan salah seorang godfather Anwar dalam membina karier politiknya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini

Keith Ellison merupakan salah seorang ahli Kongres kerajaan Presiden Obama. Beliau berasal dari penganut Kristian yang memeluk Islam versi Nation of Islam ajaran Malcolm X dan Elijah Muhamad. Isteriya Kim Ellison masih mengekalkan beragama Kristian meskipun telah berkahwin dengan Keith. Begitu juga dengan lima orang anaknya dibenarkan mengikuti agama yang diminati mereka.

Walaupun beragama Islam, tetapi pemikiran politiknya sama seperti ahli Kongres Kristian. Beliau juga pro-Israel dan pernah melawat Israel untuk menemui Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin. Lawatan itu ditaja oleh American Israel Education Federation.

Anwar juga turut memberi laporan terperinci kepada Kurt Campbell, Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, pentadbir kerajaan Amerika yang menjaga khusus hal ehwal politik Asia Tenggara.

Sekitar Mac lalu, Anwar pernah meminta pertolongan Kurt Campbell supaya kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwatnya. Campbell seperti dilaporkan The Economist pernah berkata "Di sini saya juga ingin katakan bahawa Anwar sangat dikenali, beliau juga mempunyai ramai kawan bertaraf tinggi di AS yang sangat mengambil berat tentangnya dan kami mahu proses kehakiman yang adil selain terus memerhatikan perkara ini." Klik di sini

Namun dalam pertemuan terbaru dengan Campbell semalam, Anwar turut menyatakan kekecewaan dengan kerajaan Presiden Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya.

"Kami kecewa. Kami menjangkakan kerajaan Presiden Obama melakukan lebih baik daripada Presiden Bush dalam memberi sokongan kepada kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang(sekular)", kata Anwar kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Semasa di Washington, Anwar turut diberi peluang berucap di Woodrow Wilson International Center anjuran Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam ICG (International Crisis Group).

Woodrow Wilson International Center merupakan Pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. Woodrow Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana semasa pemerintahannya, beliau mengesahkan Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menubuhkan 'negara'di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi. Klik di sini

Dalam ucapan Anwar bertajuk "Islam and Democracy in Southeast Asia", beliau bertegas pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah kepada Kristian dan mengkritik kerajaan Malaysia yang tidak bertolenrasi terhadap penggunaan kalimah Allah itu.

"Ia benar-benar gila tidak munasabah untuk proposal cadangan yang dikenakan atas orang lain, bukan Islam, satu undang-undang yang menafikan hak mereka untuk menggunakan nama Allah", kata Anwar.

"Peraturan begini hanya datang dari kerajaan pemerintah yang bersifat perkauman, tidak toleransi dan tidak demokratik", katanya lagi. Baca selanjutnya..

Friday, June 25, 2010

Al Gore Terlibat Skandal Seks



Polis wilayah Portland,Oregon Amerika Syarikat hari ini (23 Jun 2010) mengeluarkan laporan mereka berkenaan gangguan seksual pada tahun 2006 yang melibatkan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore terhadap ahli terapi dan tukang urut di sebuah hotel mewah di pusat bandar Portland.

Perkara ini turut dilaporkan oleh National Enquirer dan akhbar tempatan Portland Tribune, yang memohon kepada pihak polis wilayah berkenaan untuk mendapatkan dokumen tersebut yang dikeluarkan pada Rabu.

Identiti ahli terapi dan tukang urut itu belum dikenalpasti. Kisah gangguan seksual Al Gore ini ada asasnya apabila beliau tiba-tiba berpisah dengan isteri beliau pada musim bunga lepas yang dikahwininya berpuluh-puluh tahun, sedangkan ramai beranggapan beliau lebih setia dengan isterinya berbanding Bill Clinton yang pernah curang dengan isteri beliau.


Laporan itu juga menunjukkan Gore disiasat oleh pihak Polis Portland tentang serangan seksual berkenaan, tetapi mangsa berkemungkinan menolak untuk membantu siasatan hingga Januari tahun lalu.

Baca laporan Polis Portland tentang gangguan seksual berkenaan perkara ini di sini dan sini.



Untuk rekod beberapa rakan Al Gore turut mempunyai skandal seks masing-masing. Antaranya yang paling terkenal ialah Skandal Bill Clinton-Monica Lewinsky dan skandal Seks yang melibatkan rakan beliau di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Hubungan Al Gore dan Anwar Ibrahim rapat apabila Anwar Ibrahim menganggotai organisasi yang ditubuhkan Al Gore iaitu Generation Investment Management Group dan Accountability.
Baca selanjutnya..

Thursday, June 24, 2010

Minta sokongan semula zionis : Anwar Ibrahim kini berada di Washington

Tanpa disedari oleh rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat untuk membetulkan semula salah tangapan bahawa beliau 'anti semitik' dan 'anti Yahudi' sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar telah membuat kenyataan di Malaysiakini bahawa tuduhan yang dilakukan oleh APCO dan Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International adalah tidak benar.

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". Klik di sini

Kenyataan Anwar itu kemudian disusuli dengan lawatan kerja Anwar ke Amerika Syarikat bermula hari ini menemui rangkaian zionis untuk membetulkan salah tanggapan tersebut.

Laporan twitter Anwar sendiri menyebut, beliau telah menemui Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politiknya di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Dalam laporan twiter itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Dipercayai, rangka kerja proses lobi Anwar ke Amerika Syarikat tersebut diatur oleh IIIT(International Institute of Islamic Thought), satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Anwar di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Dr Jamal Berzinji, juga salah seorang pengasas IIIT merupakan pelobi utama Anwar di Amerika Syarikat. Beliau telah membekalkan salah seorang ahli IIIT, Aazil Kazi Ahmad, menjadi pegawai khas Anwar untuk mempermudahkan proses lobi Anwar di Amerika Syarikat.
Baca selanjutnya..

Tuesday, June 15, 2010

Melalui ICG, Anwar tandatangan sokong Sebuah Negara Israel Yang Sah

Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan International Crisis Group (ICG) sebagai salah seorang penyokong usaha mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah sebagai jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.Klik di sini dan di sini


Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 4 Oktober 2006, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.

Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang anggota ICG mengakui membincangkan krisis Israel/Palestin itu dalam mesyuarat ICG yang kali pertama dihadirinya di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac - 24 Mac 2007.

Dalam mesyuarat itu Anwar turut bersetuju dengan usul ICG dengan mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas kerana tanpa persetujuan Hamas, hasrat untuk menubuhkan negara Israel akan terbantut.

Ucapan Anwar ini dirakamkan semula dan dikeluarkan oleh channel anwaribrahim1(channel pro Anwar) pada 2 April 2007. Klik di sini

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh ICG pada 26 Mac 2007 [klik di sini], hasil mesyuarat di Vancouver itu memutuskan beberapa perkara penting untuk menyelesaikan krisis tersebut, antaranya;

Pertama, mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.

Kedua, menggesa semua pihak mematuhi The Quartet yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan mencadangkan 'two state solution' iaitu mengiktiraf 'dua negara', Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sah.

Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.

Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir Amerika Syarikat iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Dalam surat lobi kepada Presiden Bush itu, ICG, USMEP dan New America Foundation mencadangkan agar kerajaan Amerika Syarikat mengutamakan konsep 'two state solution' iaitu sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini

Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.

Selain pendedahan Steve Clemons, ICG,USMEP dan New America Foundation turut menyebarkan di internet penama-penama yang menyokong usaha Annapolis Summit dalam bentuk PDF di prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net.

Nama Anwar Ibrahim tercatat dalam kedua-dua PDF tersebut. Klik di sini dan di sini

Pada 27 November 2007, Presiden Bush telah menganjurkan Annapolis Summit atau The Annapolis Conference di United States Naval Academy, Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat dengan menjemput wakil Palestin, Presiden Mahmoud Abbas, dan wakil Israel, Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) bersama-sama mencapai 'perdamaian'.

Namun usaha Annapolis Summit itu menemui kegagalan kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka. Negara-negara Islam yang lain seperti Iran dan Syria turut menolak perjanjian yang lebih menguntungkan Israel itu.





Baca selanjutnya..

Tuesday, June 8, 2010

Gershon Baskin : Anwar Ibrahim tokoh dikagumi Presiden Israel



Seorang aktivis 'neo-Zionist', Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestin di Jerusalem (IPCRI) merumuskan hanya Anwar Ibrahim sahaja calon yang paling layak berunding dengan Ariel Sharon (Presiden Israel) untuk menyelesaikan konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.

Gershon Baskin dalam tulisannya di Israel Insider, pada 6 Januari 2006 mengakui telah berjumpa dengan Anwar sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang kedudukan Hamas yang bersenjata menyertai pilihanraya.

"Anwar dengan tegas dan berterus-terang menjawab bahawa prasyarat untuk mana – mana parti menyertai pilihan raya mestilah melucutkan senjata. Parti dan kumpulan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai proses pilihanraya kerana mencemar demokrasi dan konsep kebebasan”, Kata Baskin.

Menurut Baskin lagi, "Ariel Sharon (bekas Presiden Israel) sudah tentu akan gembira dan bersetuju seratus peratus dengan jawapan Anwar Ibrahim itu, sekiranya beliau (Anwar) merupakan rakyat Palestin, beliau mungkin menjadi rakan seperbincangan dengan Sharon".

Sekali lagi Gershon Baskin bersemuka dengan Anwar di New York pada 1 Disember 2005. Baskin mengemukakan soalan yang sama semasa sesi soal jawab ucap utama Anwar bertajuk “Masa Depan Demokrasi Muslim" anjuran NED (National Endowment for Democracy)

Rujuk soalan Baskin dan jawapan Anwar dalam video di atas :

Soalan Baskin ”apa pandangan anda (Anwar) mengenai proses kematangan demokrasi di Palestin apabila Hamas/Hezbollah yang kononnya berusaha ke arah demokrasi tetapi pada masa yang sama mengekalkan perjuangan mengangkat senjata dan ketenteraan"

Walaupun soalan Baskin ini berbentuk prejudis kerana telah memberi perspektif negatif kepada Hamas/Hezbollah yang dilabel tidak layak menyertai demokrasi kerana mempunyai senjata, tetapi Anwar tidak menyanggah sikap persjudis tokoh neo-zionis itu.

Sebaliknya, Anwar turut bersetuju dan berkongsi sentimen apa yang dirasai oleh aktivis IPCRI itu.

"Sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib (Gershon Baskin) dari Israel..” …”Saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama….” Kata Anwar.

"Apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi atau mengambil bahagian di dalam proses demokrasi, mereka (Hezbollah dan Hamas) harus membuang semua cara .. pilihan-pilihan lain dari segi keganasan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan"

"Jadi saya, amat pasti jika Hamas dan Hezbollah pada ketika mereka menerima dan mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan”, kata Anwar lagi.

Dalam keseluruhan jawapan di atas, Anwar mendakwa Hamas/Hezbollah tidak demokrasi kerana memiliki senjata, walaupun hakikat sebenar mereka bersenjata kerana membela diri daripada serangan Israel yang mempunyai senjata dan ketenteraan yang jauh lebih ganas.

Jawapan Anwar ini menyebabkan sekali lagi Gershon Baskin memuji kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai 'paling terbaik di dunia' dalam tulisannya di The Jerusalem Times, 27 Januari 2006.

Baca selanjutnya..

Friday, June 4, 2010

Prosiding ditangguh 14 Julai, Karpal mahu teliti dokumen

KUALA LUMPUR - Selepas bermulanya prosiding hampir setengah jam, pagi ini, Karpal Singh mewakili ketua peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon penangguhan bagi membolehkan pihak mereka meneliti secara terperinci semua keterangan dan dokumen yang telah dikemukakan oleh Dr. Mohd. Razali, dari Hospital Besar, Kuala Lumpur semalam.

Hakim, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 14 April ini untuk Karpal menyediakan hujah-hujah pembelaan.

Sekitar jam 9.55 pagi tadi, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, telah memanggil semula, Dr Mohd Razali Ibrahim, Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur untuk menyambung keterangan yang tertangguh semalam.

Semalam prosiding ditangguhkan kerana Karpal membangkitkan persoalan saksi kedua itu memberi keterangan dalam Bahasa Melayu menyebabkan kesukaran memahami bahasa oleh doktor pemerhati Anwar, Profesor Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne. Karpal juga turut memohon kepada mahkamah agar pihaknya dibenarkan untuk membuat pemeriksaan balas semasa keterangan saksi itu berlangsung. Hakim membenarkan kedua-dua permohonan Karpal itu.

Namun begitu apabila Dr Mohd Razali Ibrahim tampil dengan bersumpah dalam Bahasa Inggeris dan bersedia memberi keterangan dalam bahasa itu, Karpal sekali lagi membangkitkan persoalan ketidaksempatan untuk meneliti keterangan dan dokumen yang telah dikemukakan oleh pakar bedah, Hospital Kuala Lumpur itu.

Semalam, Dr Mohd Razali memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku penetrasi.

"Melihat kepada keputusan laporan ini, sejarah kes daripada Mohd. Saiful, saya dapat mengatakan secara konklusif sekarang bahawa terdapat penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada mahkamah ini bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya," kata Dr. Mohd. Razali.
Baca selanjutnya..

Thursday, June 3, 2010

Gertakan Karpal Tentang Unit 1152 Tidak Berjaya

KUALA LUMPUR - Walaupun rundingan di antara peguam utama Anwar, Karpal Singh dengan peguam pemilik kondominium berjaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat unit 1152 pagi ini, tetapi Karpal gagal menggunakan hujah alibi di mahkamah hari ini.

Semasa Karpal meminta saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil semula dalam pemeriksaan balas, peguam utama Anwar itu berusaha untuk memesongkan minda Saiful bahawa Anwar tidak berada di unit 1151 seperti mana yang didakwa dalam pertuduhan sebelum ini.

Karpal memprovoke kepada saksi utama dengan mengatakan sepanjang masa pertuduhan tersebut, Anwar hanya berada di Unit 1152. Namun disangkal dengan tegas oleh Saiful.

Karpal: Kau menipu.

Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal tidak meneruskan provokasi itu sebaliknya, beliau berkata akan mengemukakan notis alibi yang menunjukkan Anwar tidak berada di unit berkenaan. Namun begitu, Karpal tidak menyebut sebarang nama 'alibi' yang boleh mengugat kebenaran dakwaan saksi utama tersebut.

Sebelum ini, Anwar dan barisan peguamnya tidak pernah menggunakan hujah notis alibi, dalam mana-mana ceramah penerangan PKR di pentas politik. Anwar dan barisan penceramahnya hanya menggunakan 'hujah laporan tiga doktor' yang menunjukkan tiada berlakunya penetrasi(penembusan).

Namun begitu, setelah ketiga-tiga doktor dipanggil sebagai saksi pagi ini, Karpal mula menggunakan hujah baru iaitu 'alibi' tanpa menyebut penamanya.

Pagi tadi, pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau Unit 1152 kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Setelah saksi para doktor memberi keterangan pagi ini, Karpal sekali lagi memohon kepada mahkamah agar perbicaraan diadakan secara tertutup.Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.

Baca selanjutnya..

Anwar rancang konspirasi Faiz Khairi




KUALA LUMPUR -Satu maklumat dalaman mendedahkan kenyataan media Faiz Khairi di Kuala Lumpur semalam diatur dengan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk mengelirukan orang ramai berkaitan dengan pertuduhan liwat yang telah dikenakan ke atasnya.

Dalam sidang media semalam, Faiz, 27, mendedahkan dia membawa Saidati Adha Azlan (adik saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan) tanpa diketahui keluarga untuk berkhawin di Thailand pada 2 Mac 2009. Namun 'perkahwinan' mereka masih misteri kerana sehingga sekarang Faiz tidak tinggal sebumbung dengan Saidati.

Sebelum ini beberapa blog telah mendedahkan Faiz diupah oleh Soh Chee Wen, seorang korporat perantaraan Anwar untuk merisik maklumat berkenaan dengan latar belakang Saiful.

Soh Chee Wen telah mendekati dan mengupah Faiz apabila didapati Faiz mempunyai hubungan dengan adik perempuan saksi utama itu.

Soh Chee Wen dikatakan telah memberi wang sebanyak beberapa kali kepada Faiz bagi tujuan tersebut. Soh Chee Wen juga sanggup membayar Faiz Khairi wang secara bulanan jika Faiz dapat menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan Saiful. Klik di sini

Tetapi dalam masa yang sama, Faiz dikatakan telah menuntut wang di antara RM4000-RM6000 sebanyak dua kali kepada keluarga Saiful sebagai cagaran untuk melepaskan 'hubungan cinta' dengan Saidati.

Konspirasi mempopularkan Faiz sebagai 'divert issue' direncanakan oleh Anwar dibuktikan dengan kenyataan media Faiz dibuat sejurus ketua peguam bela Anwar membangkitkan isu Faiz di mahkamah.

Hal ini lebih menyerlah, apabila peguam yang mengjadi peguam pemerhati Faiz adalah penyokong Anwar dari Bar Council iaitu N Surendran. Nama N Surendran pernah disebut beberapa kali sebagai salah seorang calon PKR terutamanya dalam pilihanraya pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Walau bagaimana pun blog the unspinners bersetuju dengan kaedah Karpal membangkitkan isu Faiz di mahkamah kerana membuktikan Karpal kehabisan modal hingga terpaksa membangkitkan isu-isu sampingan yang tidak relevan. Klik di sini
Baca selanjutnya..

Wednesday, June 2, 2010

Ibrahim Ali saman Saifuddin Nasution RM2 juta

KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Saifuddin Nasution Ismail untuk menuntut ganti rugi RM2 juta setelah mendakwa memfitnahnya.

Pada Mac lalu, Saifuddin Nasution yang juga etiausaha Agung PKR, mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini menuduh Ibrahim Ali mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports.

“Saya terperanjat dengan tuduhan yang bersifat jahat, biadap dan tidak berakhlak itu", kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam syarikat judi Ascot Sports milik Vincent Tan,” Katanya lagi.

Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) adalah wakil rakyat bebas di parlimen.


Baca selanjutnya..

Tuesday, June 1, 2010

Karpal berjaya tunda kes sekali lagi

KUALA LUMPUR - Karpal Singh, Ketua Pasukan Peguam bela Anwar sekali lagi berjaya memohon penundaan prosiding yang sepatutnya dibicarakan jam 3.30 petang ini, ditangguhkan sehingga Khamis (3 Jun) ini.

Semalam, prosiding yang ditangguhkan awal, kira-kira jam 10.24 pagi bagi membolehkan Karpal melawat lokasi, telah ditangguhkan sekali lagi pada jam 2.30 petang semalam, apabila Karpal mengemukakan hujah pihaknya gagal untuk masuk ke lokasi.

Sepatutnya prosiding diteruskan 2.30 petang ini, tetapi Karpal meminta supaya dilanjutkan kepada jam 3.30 petang kerana mereka bimbang tidak sempat datang ke mahkamah. Hakim bersetuju dengan permohonan Karpal itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal dan barisan peguamnya dikatakan mengambil masa hampir 50 minit untuk meninjau lokasi kejadian dan kembali semula ke mahkamah untuk menangguhkan prosiding.

Menurut laporan Malaysiakini, alasan pertangguhan prosiding Karpal seperti semalam, iaitu gagal mendapat kebenaran untuk meninjau lokasi.

"Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.

“Saya fikir permohonan kami jelas, kami ingin tinjau unit yang satu lagi,” katanya
. Klik di sini

Difahamkan, Hassanuddin Abdul Hamid memiliki 3 unit rumah di Tingkat 5, blok 11, Kondo Desa Damansara iaitu iaitu unit 1151, 1152 dan 1153.

Unit 1152 dan 1153 dicantumkan menjadi satu dan dijadikan rumah kediaman Hasanuddin sekeluarga.

Manakala unit 1151 yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat tersebut merupakan 'Rumah Tamu' yang dilengkapi dengan segala peralatan rumah biasa termasuk TV, dapur, kerusi, katil dan lain-lain.

Atas dasar persahabatan Rumah Tamu (unit 1151) itu diberikan kepada Anwar untuk melakukan mesyuarat dan kerja-kerja sulit parti.Rumah Tamu itu tidak dihuni oleh sesiapa. Anwar menggunakan Rumah Tamu itu, secara tidak berkala, berdasarkan tarikh-tarikh tertentu yang memakan masa, 2 hingga 5 jam.

Pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar mendakwa dirinya diliwat oleh majikannya (Anwar) di Unit 1151 Kondo Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Bermakna, jika Anwar dikatakan gagal melawat lokasi yang satu lagi (unit 1152 & 1153) itu sepatutnya difahami kerana unit itu adalah kediaman peribadi kepunyaan Hassanuddin yang tiada kaitan dengan kes liwat.

Saiful mendakwa dirinya diliwat di unit 1151, yang telah dilawati oleh pasukan pendakwa dan peguam bela serta Anwar sebanyak dua kali sebelum ini.




Baca selanjutnya..