Thursday, September 30, 2010

Bukti konspirasi Azmin jatuhkan Khalid dibongkar

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik', Azmin Ali dalam usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sepuluh hari lepas, saya menerima satu CD yang dipos dari seorang pengirim tanpa nama", katanya kepada Free Malaysia Today.

CD yang berdurasi 10 minit itu mengandungi satu rakaman perbualan telefon antara dua orang lelaki.

"Dalam perbualan itu, Ramlan Abu Bakar, Presiden Reformis yang memimpin 'skuad bogel' di hadapan pejabat Selangor Menteri Besar, telah berkata yang dia telah ditugaskan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid," kata Ng, yang mengenali suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lelaki yang seorang lagi.

"Ramlan mengaku yang dia telah dijanjikan satu tawaran yang banyak dari Azmin", kata Ng lagi.

"Ramlan juga turut mengaku, dia juga dibekalkan dengan dokumen-dokumen rasuah Khalid bertujuan untuk menjatuhkan menteri besar itu".

Kata Ng : "Saya ingin bertanya Azmin, apa tujuan beliau menggunakan Ramlan untuk melancarkan satu kempen menentang Khalid yang juga ahli PKR dan Selangor Menteri Besar?"

Ng berkata bahawa dia tidak mempunyai niat jahat, untuk mendedahkan rakaman tersebut kepada orang awam tetapi untuk membersihkan imej parti serta individu-individu yang dikaitkan termasuk Azmin dan Khalid.

"Semalam, Syed Husin Ali telah SMS saya dan menasihati saya agar menghentikan sidang akhbar ini. Tetapi saya rasa yang saya kena teruskan. Saya tidak menuduh sesiapa dan saya hanya mahu parti menyiasat hingga ke akar umbi", kata Ng.

Selain Syed Husin, difahamkan, Ng juga turut menerima panggilan telefon daripada Lee Boon Chye, Naib Presiden PKR dan Tian Chua, Pengarah Strategik.

"Ini bukan parti keluarga. Ini parti kita. Saya mahu menyoal Anwar Ibrahim, siapakah yang dimaksudkannya sebagai 'trojan horses' dalam parti ini ? Sila dedahkan kepada kami"


Baca selanjutnya..

Anwar Sedang Lobi Eropah Campur Tangan Desak Gugur Kes Liwat



AIDCNews semalam [klik di sini] melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di European Parliament, Brussel untuk menghadiri persidangan bersama-sama pemimpin Liberal Eropah dan menyampaikan ucapan bertajuk "Liberal Value In The Muslim World : Why Islam And Democracy Are Destined to Coincide", Klik sini.

Dalam ucapannya, Anwar memuji negara Turki dan Indonesia yang menurutnya semakin terbuka daripada aspek demokrasi walaupun mempunyai penduduk majoriti Islam. Salah satu keterbukaan negara-negara itu adalah memberi kebebasan kepada kegiatan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Difahamkan, Presiden European Parliament, Jerzy Buzek telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung, Amnesty International, Salil Shetty kelmarin untuk mengetahui status kes liwat Anwar di Malaysia.

Pertemuan Presiden European Parliament dengan Amnesty International mengesahkan kunjungan Anwar Ibrahim ke European Parliament bertujuan untuk melobi pemimpin Eropah untuk membantunya dengan mengadakan tekanan antarabangsa supaya kesnya itu digugurkan.

Malam ini, Anwar sekali lagi melobi tokoh-tokoh dalam CFR (Council on Foreign Relations), Jerman iaitu satu organisasi yang didalangi tokoh-tokoh Yahudi berpengaruh di Jerman. Klik sini.

Anwar juga telah melakukan pertemuan-pertemuan dengan beberapa NGO di Brussel dan Berlin untuk meminta simpati mereka memberi tekanan supaya mengugurkan kes kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal menghadiri Persidangan Kemuncak ASEAN-EROPAH, di Brussel pada 4-5 Oktober ini. Klik sini.





Anwar juga telah menemui paderi-paderi berpengaruh semasa di Gereja Katolik, Cologne Cathedral di Cologne dalam perjalanan ke Berlin semalam.

Anwar dijangka akan berada di Belgium dan Jerman sehingga esok (1 Oktober 2010).

Selepas itu, Anwar dijangka akan meneruskan proses lobinya di London dengan menemui tokoh-tokoh tertentu di sana. Baca selanjutnya..

Wednesday, September 29, 2010

Anwar Ibrahim kini berada di luar negara, lobi sokongan antarabangsa ?


Mulai hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Brussel, untuk menghadiri persidangan antarabangsa dari kelompok kumpulan liberal, anjuran sebuah Yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF), yang merupakan salah satu penaja utamanya di Malaysia.

Selain Malaysia, FNF yang diketuai oleh Moritz Kleine Brockhof, yayasan Kristian Jerman itu juga turut mempunyai cawangan di Brussel.

Ketibaan Anwar disambut oleh Hans van Baalen, President Liberal International, Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Dr. Jürgen D. Wickert serta Moritz Kleine Brockhof daripada FNF.

Pada 8 April lalu, Hans van Baalen telah mengadakan perjumpaan dengan Anwar di Kulala Lumpur, semasa menghadiri persidangan anjuran FNF.

Hans Van Baalen dan Yayasan Kristian FNF merupakan penyokong kuat Yahudi dan Israel di Jerman sehingga Hans digelar 'Hero Pembela Holocaust'. Hans secara terbuka mengkritik sesiapa sahaja yang berani mempertikaikan kesahihan peristiwa 'holocaust' iaitu merujuk kepada satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi. Klik sini.


Dari segi sejarah, penubuhan FNF dan sebuah lagi Yayasan Kristian Jerman yang dinamakan Konrad Adenauer Foundation (KAF) adalah 'hukuman tebus dosa' kerajaan Jerman kepada Israel selepas peristiwa 'Holocaust' tersebut.

Dalam perjanjian damai itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan-yayasan Kristian yang mempunyai cawangan di seluruh negara untuk membela kaum Yahudi dan dalam masa yang sama untuk membawa agenda liberal di negara-negara tersebut supaya tunduk kepada ketuanan Israel.

Di Malaysia, kedua-dua yayasan itu menjadi penaja utama Anwar Ibrahim sejak dari tahun 80-an hingga sekarang. KAF menyalurkan kewangan kepada badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar, manakala FNF menyalurkan kewangan untuk gerakan merekrut golongan muda supaya menyokong Anwar yang dikenali sebagai AnwarIbrahimClub(AIC).

Ceramah di Council on Foreign Relations, Jerman

Anwar dijadualkan menyampaikan kuliah The German Council on Foreign Relations (DGAP) pada keesokan harinya, 30 September 2010, jam 7 hingga 8.30 malam. Klik sini.

Kedatangan Anwar ke DGAP diatur oleh Alexander Graf Lambsdorff , Presiden European Liberal Forum yang merupakan anak saudara kepada Dr. Otto Graf Lambsdorff , bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kristian, FNF, Jerman.

Majlis Friends Pakatan Rakyat di London

Pada 2 Oktober 2010 pula Anwar akan menghadiri 2 majlis anjuran Friends Pakatan Rakyat., di London. Pertama, Forum bersama Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Raja Petra di University College London Gower Street serta Majlis Makan Malam Amal untuk memungut dana pilihanraya Pakatan Rakyat di Bays Water.

Menurut maklumat dalaman, siri-siri lawatan Anwar ke luar negara ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam menghadapai kes liwatnya yang sedang dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Baca selanjutnya..

Monday, September 27, 2010

Richard Branson rakan kongsi Al Gore desak gugurkan kes liwat Anwar

Laporan the malaysian insider hari ini [klik di sini] menyebut Richard Branson, pengasas Virgin Group mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia.

Branson ketika berucap dalam persidangan 'Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia' yang dianjurkan oleh Malaysian Investment Develpoment Authority (MIDA)berkata, seandainya Najib seorang Perdana Menteri yang berani, beliau seharusnya menghindarkan isu ini daripada merosakkan reputasi negara.

Siapakah Richard Branson dan kenapakah beliau berminat dengan kes liwat Anwar Ibrahim ?

Branson adalah rakan kongsi kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dalam syarikat yang melabur di Israel, GreenRoad.

Beliau merupakan peniaga dari Britain yang mengadakan usahasama dengan Al Gore melalui Generation Investment Management Group yang juga berpengkalan di United Kingdom.

Virgin Green Fund milik Branson telah melabur sebanyak $40 million kepada GreenRoad, manakala syarikat Al Gore, Generation Inverstment pula melabur sebanyak $10 million kepada syarikat tersebut.Klik di sini

Anwar Ibrahim pula dilantik oleh Al Gore menjadi salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Generation Investment itu. Klik di sini

Selain itu, Branson dan Al Gore juga merupakan rakan kongsi dalam The Climate Project. Klik di sini

Baru-baru ini, Al Gore dan Al Gore dan Paul Wolfowitz turut menulis di The Wall Street Jounal menggesa kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Klik di sini

Di Amerika Syarikat, Al Gore sendiri dikenali sebagai pejuang hak asasi kaum Gay. Malah bukan setakat memperjuangkan hak-hak untuk melakukan aktiviti homoseksual, malah dia juga turut menyokong perjuangan perkahwinan sejenis yang lebih dikenali sebagai 'Freedom to Marry'.

Evan Wolfson, Pengarah Eksekutif Freedom to Marry mengesahkan Al Gore pernah berucap dan disebarkan oleh Current TV pada tahun 2008 yang mengandungi gesaan Al Gore agar perkahwinan homoseksual dibenarkan di Amerika Syarikat.Klik di sini

Malah lebih mengejutkan, Majalah Globe, majalah terunggul di Amerika Syarikat membongkarkan punca sebenar perceraian Al Gore dan Tipper kerana isterinya berjaya merakamkan bukti hubungan seks suaminya dengan Gay. Klik di sini

Manakala Richard Branson pula menaja The Elders sebuah pertubuhan yang menentang homophobia (melawan kebencian kepada homoseksual. The Elders dianggotai oleh Jimmy Carter, Mabdela, Kofi Annan, Marry Robinson dan diketuai oleh Desmond Tutu. Klik di sini

Sebaik sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, tokoh yang pertama ditemuinya adalah Desmond Tutu di Afrika Selatan. Desmond Tutu lebih dikenali sebagai pembela kaum homoseksual sehingga beliau dianugerahkan 'The Presidential Medal of Freedom' pada tahun 2009.Klik di sini

International Gay & Lesbian Human Rights Commission (IGLHRC) turut memberi penghargaan kepada Desmond Tutu diatas sumbangannya memperjuangkan kaum minoriti itu. Klik di sini

Malah lebih mengejutkan, Branson juga disebut-sebut sebagai seorang gay kerana wikipedianya menyebut syarikatnya, Virgin pernah menaja 'the gay nightclub Heaven'. Klik di sini

Baca selanjutnya..

Tuesday, September 21, 2010

Prosiding kes liwat Anwar ditangguh 14 Oktober

KUALA LUMPUR - Prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya disambung hari ini ditangguh lagi pada pertengahan bulan Oktober depan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut sebagai menyambung prosiding kes iaitu 14, 15, 25-29 Oktober, 22-26 November dan 6-10 Disember.

Keputusan hakim dibuar di dalam kamar, di Mahkamah Tinggi pagi ini setelah perbincangan di antara pihak pendakwa dan peguam bela Anwar.

Prosiding yang sepatutnya disambung semalam (20 September), terpaksa ditunda ke hari ini untuk memberi laluan kepada Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Anwar untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Mahkamah sebulat suara menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat tersebut kerana Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Maarop yang mengetuai tiga anggota panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah menyatakan peruntukan Peruntukan Seksyen 3 CJA menyebut Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan sedang dijalankan kerana keputusan itu dianggap bukan satu perintah terakhir dan tidak menafikan hak sepenuhnya pihak berkaitan.

Hakim Ahmad ketika membacakan alasan penghakiman awalnya menyatakan, keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lalu tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Menurutnya, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi kerana perintah yang dibuat dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung dan kesannya tidak melupuskan hak mana-mana pihak.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin, terpaksa menangguhkan prosiding kes liwat dengan sesi soal balas, Karpal Singh terhadap saksi kedua pihak pendakwa doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim kerana ketua penguam bela Anwar itu memohon penangguhan dengan alasan anak guamnya ingin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menggugurkan kes tersebut.

Hakim Mohd Zabidin dalam keputusan menolak permohonan Anwar itu memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan dan beliau juga tidak mempunyai pengetahuan (privy) kepada perjalanan pendakwaan dalam kes itu.

Beliau berkata seperti yang dinyatakan dalam afidavit pihak pendakwaan peranan Farah Azlina hanya mencatat nota keterangan di mahkamah dan beliau bukannya Timbalan Pendakwa Raya yang menentukan perjalanan kes itu, maka hubungan itu tidak mempengaruhi keterangan Saiful dalam kes tersebut.



Baca selanjutnya..

Monday, September 20, 2010

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Anwar gugurkan kes liwat

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop. Dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar.

Hakim Ahmad bersetuju dengan pihak pendakwa yang berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut kerana perbicaraan sedang berjalan.

Katanya, bidang kuasa mahkamah ditentukan oleh Seksyen 50 (1) Akta Mahkamah Kehakiman, sama ada ia boleh mendengar dan menentukan sebarang rayuan ketika perbicaraan sedang berjalan.

Pada 17 September lalu, Mahkamah Rayuan yang sepatutnya mendengar rayuan Anwar untuk menggugurkan kes terpaksa ditangguhkan ke hari ini berikutan bantahan Karpal Singh yang mendakwa tidak bersedia menyediakan hujah untuk membalas bantahan awal daripada pihak pendakwa.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, menangguhkan hingga prosiding kes liwat pada 20 September, apabila Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar agar kes ini digugurkan kerana hubungan romantis Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Zabidin dalam menolak permohonan Anwar itu memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan dan beliau juga tidak mempunyai pengetahuan (privy) kepada perjalanan pendakwaan dalam kes itu.

Beliau berkata seperti yang dinyatakan dalam afidavit pihak pendakwaan peranan Farah Azlina hanya mencatat nota keterangan di mahkamah dan beliau bukannya Timbalan Pendakwa Raya yang menentukan perjalanan kes itu, maka hubungan itu tidak mempengaruhi keterangan Saiful dalam kes tersebut.

Karpal Singh, Ketua Peguam bela Anwar yang bercakap kepada sidang media selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, berkata pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke peringkat yang lebih tinggi di Mahkamah Persekutuan esok.


Baca selanjutnya..

Friday, September 17, 2010

Rayuan Anwar gugur kes liwat ditangguh 20 September

KUALA LUMPUR - Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes liwatnya yang sepatutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan hari ini ditangguhkan ke 20 September berikutan bantahan Karpal Singh yang menyalahkan pihak pendakwa membuat bantahan awal dengan hujah menolak pemohonan Anwar tanpa merujuk kepada pihaknya.

"Pihak kami tidak dimaklumkan berhubung bantahan awal itu dan kami tidak bersedia berhujah hari ini", kata Karpal yang mengetuai barisan peguam bela Anwar.

Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop kemudiannya menetapkan Isnin depan (20 September) untuk membenarkan Karpal menyediakan hujah-hujah sebelum membuat keputusan berkenaan status pengguguran kes yang dipohon oleh Anwar Ibrahim.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, menangguhkan hingga prosiding kes liwat pada 20 September, apabila Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar agar kes ini digugurkan kerana hubungan romantis Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Zabidin dalam menolak permohonan Anwar itu memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan dan beliau juga tidak mempunyai pengetahuan (privy) kepada perjalanan pendakwaan dalam kes itu.

Beliau berkata seperti yang dinyatakan dalam afidavit pihak pendakwaan peranan Farah Azlina hanya mencatat nota keterangan di mahkamah dan beliau bukannya Timbalan Pendakwa Raya yang menentukan perjalanan kes itu, maka hubungan itu tidak mempengaruhi keterangan Saiful dalam kes tersebut.

Baca selanjutnya..

Wednesday, September 8, 2010

Paul Wolfowitz adalah GAY, bantu kewangan Persatuan LGBT Turki

Ramai daripada kita di Malaysia tidak tahu bahawa Paul Wolfowitz mempunyai sejarah yang panjang dengan golongan homoseksual atau gay. Bermula dengan bergurukan Allan David Bloom, ahli falsafah terkemuka di Universiti Cornell yang juga merupakan seorang gay, Paul Wolfowitz amat mengagumi dan mempraktikkan pemikiran gurunya itu terutamanya dalam bidang politik dan falsafah.

Sekitar tahun 1962-1963 , Paul Wolfowitz pernah tinggal bersama Bloom di Telluride House sebagai prasyarat untuk menjadikan Bloom sebagai mentor fakulti.

Paul Wolfowitz, menurut penulis Jonathan Rowe mengakui yang Bloom merupakan seorang gay dan menyifatkan kecenderungan seksual gurunya itu sebagai “don’t ask, don’t tell” istilah yang sering digunakan oleh sesetengah pihak barat untuk merujuk seseorang itu homoseksual.

Istilah ini juga pernah digunakan oleh Presiden Bill Clinton dalam mengulas kecenderungan askar-askar Amerika terhadap homoseksual.

Menurut Rowe lagi, Bloom juga turut tinggal bersama kekasih gaynya iaitu Michael Wu di Telluride House. Michael Wu ibarat 'isteri' kepada Bloom yang berperanan sebagai 'tukang masak' ketika perkumpulan pelajar di rumah Bloom itu. Michael Wu juga dinamakan pewaris aset Bloom selepas ahli falsafah itu mati pada tahun 1992.

Kecenderungan Bloom yang amat kuat terhadap aktiviti homoseksual dikatakan mempengaruhi pelajar-pelajarnya kerana beliau dianggap sebagai 'tokoh mentor'.

Persoalannya, adakah Paul wolfowitz juga merupakan salah seorang pelajar yang terpengaruh dengan kecenderungan homoseksual Bloom itu?


Wolfowitz tahu Anwar Gay ?

Ramai daripada kita amat pelik apabila Paul Wolfowitz seringkali membela Anwar terutamanya berkenaan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum PKR itu.

Kenapa tuduhan liwat atau aktiviti homoseksual itu amat sensitif kepada Paul wolfowitz?

Adakah beliau menyokong Anwar, kerana tahu Penasihat Umum PKR itu mempunyai kecenderungan yang sama dengan gurunya, Allan David Bloom ?

Lebih menarik lagi, adakah Paul Wolfitz juga merupakan seorang gay kerana terpengaruh dengan 'ajaran Bloom' semasa di universiti ?

Akhbar Turki, Hurriyet Dunya, pernah mendakwa Paul Wolfowitz seorang gay. Klik di sini

Menurut akhbar Turki itu, Paul wolfowitz semasa menjadi Presiden Bank Dunia pernah meluluskan geran berjumlah $5,143.00 kepada Kaos GL Association, sebuah persatuan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) terbesar di Turki.Klik di sini

Bantuan kepada Turki didahulukan dan hanya Kaos GL Association mendapat bantuan kewangan dua kali berturut-turut daripada Bank Dunia, lapor Hurriyet Dunya.

Untuk "Bekerjasama," merupakan justifikasi Paul Wolfowitz ketika meluluskan geran bantuan itu. Menurutnya lagi bantuan itu untuk mengelakkan prejudis anak muda Turki kepada homoseksual.

Semasa Paul Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, beliau turut mengambil Anwar Ibrahim sebagai perunding Institut Bank Dunia, dengan gaji sebanyak $21,000 untuk kontrak kerja dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Dalam masa sama Paul Wolfowitz merekomenkan Anwar menjadi Pensyarah Pelawat di SAIS, Universiti John Hopkins, satu fakulti yang beliau pernah menjadi dekannya. Selain itu, dengan campur tangan Wolfowitz juga Anwar dipilih sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future, sebuah yayasan demokrasi Amerika Syrikat untuk Timur Tengah. Klik di sini

Menurut Mohd Yusmadi Yusoff, salah seorang pembantu khas Anwar di Amerika Syarikat, (sekarang merupakan Ahli Parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang), semasa Anwar menjadi pesnyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, salah satu peranan Anwar adalah menjadi 'perunding' (bagi pihak Paul Wolfowitz) di antara Turki dan Amerika Syarikat. Klik di sini

Lebih menarik lagi, pensyarah terkemuka di Turki, Prof. Dr. Rugged Young mempertikaikan keprihatinan Paul Wolfowitz kepada kumpulan homoseksual,Turki dengan memberi hujah kekerapan Paul Wolfowitz melawat Turki terutamanya hubungan rapat dengan persatuan LGBT itu.

Umut Guner, ketua pengarang majalah Kaos Gay-Lesbian Cultural Research and Solidarity Association (Kaos-GL), Turki mengesahkan Paul Wolfowitz merupakan seorang homoseksual.

"Dalam diri saya sendiri terdapat naluri homoseks, sama ada anda sukakannya atau tidak. Selain itu, golongan homoseks, juga boleh menjadi heteroseksual(biseksual), saya atau orang lain tidak mempedulikannya" kata Guner.

"Adakah satu jenayah, Bank Dunia memberi wang kepada kami ?" katanya lagi.

Pada Disember 2006, Guner didakwa di mahkamah kerana dakwaan melanggar hukum-hukum moraliti dalam satu edisi khas majalahnya berkaitan pornografi lesbian dan homoseksual. Klik di sini


Kata Paul Wolfowitz -Iran Diskriminasikan Homoseksual

Apa yang lebih mengejutkan adalah Paul Wolfowitz memandang prejudis kepada Iran berasaskan faktor homoseksual.

Pandangan Wolfowitz itu disiarkan oleh The FCNL Team, satu kumpulan wartawan politik dan keamanan di Washington ketika menemubual Paul Wolfowitz pada Jun tahun lalu di majlis anjuran American Enterprise Institute yang bekas arkitek perang Iraq itu kini merupakan salah seorang visiting scholar organisasi tersebut.

Apabila disoal oleh wartawan kenapa perlu Amerika Syarikat memerangi Iran, Wolfowitz secara bersahaja menjawab faktornya adalah Iran tidak bertolenransi terhadap aktiviti homoseksual.Klik di sini





Baca selanjutnya..

Tuesday, September 7, 2010

Apa perjanjian rahsia Anwar dengan Cato Institute pada tahun 2006 ?


Masih ingatkah, seorang peserta Yahudi bernama Stanley Kober dari Cato Institute bertanyakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan tuduhan anti-semitik yang dilemparkan kepadanya di dalam ceramahnya di Woodrow Wilson Centre baru-baru ini. Anwar dalam siri Apology's Tour kelihatan tergagap-gagap menjawab soalan serius itu. Klik sini.

Persoalannya, kenapa peserta dari Cato Institute itu perlu memaksan Anwar untuk mengemukakan penjelasan Anwar berkenaan pendiriannya tentang Israel tersebut, sedangkan sebelum ini Anwar mendakwa telah memberi penjelasan yang sama tentang persoalan tersebut ?


Semua ini merupakan satu misteri yang menjawab terdapat rundingan rahsia di antara Anwar Ibrahim dengan Cato Institute pada tahun 2006. Ketika rundingan itu dibuat, Anwar menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Rahsia rundingan itu hanya didedahkan dalam terbitan institut itu pada April 2006.

Cato Institute ditubuhkan oleh David H. Koch,bilionair Yahudi dari New York ntuk memperjuangkan konsep libertarian(kebebasan individu) dan pasaran bebas. Bilionair ini merupakan pengusaha minyak menggunakan institut tersebut untuk menyebarkan idea pemanasan global, menjurus kepada perdagangan karbon yang menguntungkan negara maju.

Perdagangan karbon ini turut melibatkan Anwar Ibrahim, Al Gore,Paul Wolfowitz dan yang paling utama George Soros yang menjadi penaja utama Cato Institute melalui organisasinya Open Society Institute.

George Soros pernah menggunakan institusi itu untuk tujuan peribadi dengan berkempen memberhentikan kerjasama US-Mexico untuk melawan pengedaran dadah.

Disebabkan itu, ramai pengkaji barat mengkritik konsep perjuangan liberty(kebebasan) yang diperjuangkan Cato Institute jika pendapat dan kempen mereka dikawal oleh Yahudi dan golongan berkepentingan ?

Soalan yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim apakah konsep liberty(kebebasan) yang mahu dipraktikkan di Malaysia hari ini hasil perjanjian dengan Cato Institute pada tahun 2006 ?

Setelah memahami matlamat dan lingkaran Cato Institute, barulah difahami bahawa dakwaan 'Anwar diburu MOSSAD' merupakan satu strategi untuk mengalih tumpuan masyarakat Malaysia supaya tidak mencurigai rundingan dan perjanjian sulit yang ditandatangani Anwar dengan pihak-pihak Yahudi sebelum ini.



Baca selanjutnya..