Tuesday, December 29, 2009

Annual Bakhri dipaksa letak jawatan, Husam gesa Nik Aziz contohi Rasulullah dalam pentadbiran


Annual Bakri dalam mesej kepada Anuar Hashim bekas pegawai mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin mengatakan beliau terpaksa melepaskan jawatan yang disandang walaupun tanpa kerelaannya.

“Beliau (Annual) mengundur diri dalam keadaan yang sukar “ kata Anuar Hashim dalam blog Perakite.

Kenyataan Annual Bakhri ini sekaligus menafikan kenyataan Menteri Besar Kelantan bahawa Setiausaha Politiknya itu telah tamat kontrak perkhidmatan dan ingin meletakkan jawatan.

Menurut blog Perakkite lagi bahawa apa yang terjadi kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu adalah renteran dari isu yang menimpa kepada Arifahmi, CEO PMBK anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan.

Malaysiakini pula melaporkan pengunduran Annual Bakhrie disebabkan hubungan beliau yang rapat dengan Datuk Husam Musa iaitu tokoh yang bertanggungjawab membawa masuk bekas pegawai di Kementerian Kewangan itu ke Kota Darul Naim.

Sementara itu, Husam Musa di dalam blognya menggesa semua unsur kronisme keluarga diketepikan dari pentadbiran kerajaan Kelantan. Beliau membandingkan nasib yang diterima oleh mantan Presiden PAS Datuk Asri sekeluarga dengan panggilan Parti Asri Sekeluarga

Gesaan Husam itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga akan memberi kesan negatif kepada umum.

Selain itu, beliau menggesa Menteri Besar Kelantan itu mencontohi tindakan Rasulullah yang mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan antara pemerintahan dan kekeluargaan.



Baca selanjutnya..

Anual Bakri digugur SETPOL Nik Aziz ?

KUALA LUMPUR - Menurut maklumat beberapa blog, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengumumkan pengunduran setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron tidak lama lagi.

Blog Penarik Beca menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz itu bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Anual Bakhri dekat dengan Datuk Husam Musa. Husam pula didakwa individu di sebalik tabir kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.

Blog Mohd Sayuti Omar (MSO), berita itu sudah tersebar di Kota Bharu. Khabarnya pengumuman mengenai hal itu akan dibuat esok.

Menurut MSO semasa menjadi Setiausaha Politik Anuar Bakhri rancak menulis dan menerbit buku. Beliau memiliki sebuah penerbit sendiri iaitu Anbakri Publication. Kebanyakan buku yang diterbitkan ialah buku ucapan dan kata-kata hikmah Tok Guru Nik Aziz.Beliau dikatakan lebih berperwatakan romantik dan tidak menyerlah sebagai seorang ahli politik yang bergaya.

Tidak lama dahulu, Anual Bakhari menjadi topik paling panas apabila anak Menteri Besar, Nik Abduh mendedahkan terdapat pembantu sesat yang memberi nasihat salah kepada ayahandanya yang bertujuan melaga-lagakan ayahandanya dengan Tuan Guru Hadi Awang. Ramai yang berpendapat fokus Nik Abduh itu ditujukan kepada Anual Bakri.

Sebelum menjadi Setiausaha Nik Aziz, Anual Bakhari merupakan salah seorang pegawai di kementerian Kewangan, semasa zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri kementerian berkenaan.

Anual Bakhari meletakkan jawatan di Kementerian Kewangan sebaik sahaja Anwar dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998. Beliau mula mengambil alih jawatan Setiausaha Politik Nik Aziz pada tahun 1999, yang sebelum ini disandang oleh Husam Musa. Husam berhenti menjawat jawatan tersebut kerana bertanding dalam pilihan raya umum tahun tersebut.




Baca selanjutnya..

Saturday, December 26, 2009

Anwar Ibrahim : Islam, Demokrasi dan Sekularisme

Islam, Demokrasi dan Sekularisme adalah sinonim, tegas Anwar Ibrahim di dalam rencana tulisannya bertajuk 'Islam, Democracy and Secularism' yang disiarkan dalam Journal Archers, edisi 4, Jilid 3, 2009.

Sebelum ini ramai pemerhati politik menganggap perjuangan, 'Islam dan Demokrasi' yang sering dilaung-laungkan oleh Anwar sama seperti perjuangan menegakkan sebuah 'Negara Islam'. Tetapi dengan pengakuan Anwar sendiri dalam rencana itu, membuktikan pejuangan menegakkan 'Islam dan Demokrasi' adalah bermaksud menegakkan sebuah 'Negara Sekular'.

"Indonesia merupakan model terbaik dalam mempraktikkan model Islam, Demokrasi dan Sekularisme", tulis Anwar.

"Orang Indonesia berhak mendapat kredit kerana berjaya keluar dari zaman autoritarian
selama tiga puluh tahun autoritarian, tulisnya lagi.

Sebelum ini, dalam ucapan Anwar di New York pada tahun 2005, beliau mengatakan Indonesia dan Turki merupakan model Islam dan Demokrasi yang telah dipraktikkan di negara Islam.

Tulis Anwar: "Demokrasi bukan sahaja berkaitan dengan pilihanraya, tetapi yang lebih mustahak, demokrasi adalah berkaitan dengan hak asasi manusia, kebebasan dan kedaulatan undang-undang".

"Ini selaras dengan falsafah John Locke yang banyak mempengaruhi pemikiran Voltaire untuk Revolusi Peranchis dan seterusnya menjadi asas penggubalan perlembagaan Amerika Syarikat"

Menurut Anwar lagi, walaupun barat merupakan pihak pertama yang mengutarakan konsep demokrasi tetapi prinsip kebebasan dan hak asasi adalah universal dan sesuai dipraktikkan di negara-negara Islam.

Baca selanjutnya..

Thursday, December 24, 2009

Wan Azizah turut ragui Anwar ?




Dalam buku terbaru SH Alattas yang bertajuk "Malaysia without Malays", penulis mencatatkan satu persoalan menarik berkenaan dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Penulis mencatatkan sesi interbiunya dengan bekas orang kanan Anwar, iaitu Ezam Mohd Nor berkenaan persoalan tersebut.

Petikan sesi interbiu itu disiarkan di muka belakang, buku keluaran terbaru, penulis terkenal dalam menghasilkan buku-buku politik Malaysia.

Petikan kulit belakang buku tersebut seperti berikut :

Al Attas : "Seseorang memberitahu saya, Wan Azizah telah menelefon anda (Ezam) dari Washington DC, supaya pergi dan memeriksa Anwar. Jika terdapat seorang lelaki di dalam rumah itu, melihat Anwar melakukan sesuatu, adakah perkara ini benar ?

Ezam : Jawapan saya untuk soalan ini akan sama seperti untuk memalukan lain. Saya tidak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar untuk mempengaruhi maruah saya atau apabila saya terpaksa untuk membuat pengakuan bersumpah di mahkamah di mana saya perlu menjawab semua soalan termasuk satu soalan yang baru anda kemukakan kepada saya .

Selepas Ezam berlalu, pelbagai soalan datang datang pemikiran saya. Mengapa Wan Azizah terpaksa melindungi suaminya apabila beliau sendiri telah sangsi perbuatan suaminya? Adakah Islam masih di dalam diri Anwar ? Adakah Anwar seorang Melayu ? Adakah beliau akan menjadi pejuang Melayu dalam 1Malaysia jika Anwar menjadi Perdana Menteri? Lu fikirlah



Baca selanjutnya..

Anwar Tidak Boleh Pancing Maklumat Sebelum Perbicaraan Kes Liwat Dimulakan - Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA, 24 Dis - Seseorang tertuduh yang menghadapi dakwaan jenayah tidak dibenarkan "memancing maklumat" kepunyaan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula. Demikianlah keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan, ketika menolak permohonan Datuk Seri AnwarIbrahim untuk mendapatkan semua dokumen berkaitan dengan perbicaraan kes liwat.


Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan itu pada 6 Nov ketika membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya dokumen dan maklumat lain yang diminta oleh Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 51 dan 51A Kanun Prosedur Jenayah dibekalkannya bagi persediaan pembelaan terhadap tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam penghakiman bertulis bertarikh 21 Dis yang diperoleh oleh Bernama Khamis, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memerintahkan pendakwaan supaya membekalkan dokumen dan bahan berkenaan kepada Anwar.

Mahkamah Rayuan mentafsirkan dengan tegas Seksyen 51 kanun berkenaan dan menghadkan kuasa budi bicaranya berhubung permohonan untuk memperoleh dokumen berkenaan di peringkat pra perbicaraan.

"Apa yang diperuntukkan mengikut Seksyen 51A kanun berkenaan, responden (Anwar Ibrahim) tidak berhak untuk memperoleh atau memeriksa keterangan atau bahan yang berada dalam pemilikan pendakwaan sebelum perbicaraan bermula," kata Hakim Hasan.

Pada 6 Nov lepas, Hakim Hasan, yang mengetuai panel terdiri daripada Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah mereka supaya membekalkan dokumen penting kepada Anwar.

Anwar memfailkan notis usul pada 10 Jun tahun ini untuk mendesak pendakwaan supaya menyediakan kepadanya dokumen dan bahan berkenaan termasuk rakaman kenyataan saksi iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia, laporan perubatan dan sampel DNA.

Anwar, yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas, menegaskan bahawa dokumen itu penting dan mustahak untuk beliau menyediakan pembelaannya.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar itu yang dibuat mengikut Seksyen 51 dan 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Hakim Hasan berkata Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memerintahkan pendakwaan supaya membekalkan Anwar dengan dokumen dan bahan berkenaan memandangkan ia berada di luar skop Seksyen 51 kanun berkenaan.

"Kami berpendapat bahawa tujuan permohonan responden untuk mendapatkan rakaman CCTV yang didakwa diambil dari pondok pengawal di kondominium berkenaan semata-mata untuk memancing maklumat. Responden oleh itu tidak berhak untuk memperoleh rakaman asal CCTV sebelum perbicaraan bermula," katanya.

Mengenai isu berkaitan bahan-bahan yang dipohon oleh Anwar mengikut Seksyen 51A, Hakim Hasan berkata seksyen itu merujuk kepada dokumen sahaja, oleh itu mahkamah berkenaan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya slaid dan gambar mengenai ujian DNA itu dibekalkan.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh dan 11 peguam lagi, manakala pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Perbicaraan kes liwat itu ditetapkan mulai 25 Jan tahun depan.



Baca selanjutnya..

Tuesday, December 22, 2009

Blog penulis AIDCclub digodam

KUALA LUMPUR - Blog seorang penulis AIDCclub, Kumbang telah digodam pagi tadi, selepas menyiarkan artikel "Perjuangan Sekularisme : Anwar Ataturk Dianugerah Pingat Demokrasi".

Dalam artikel tersebut, Kumbang menulis, "Sekarang nak dapat pingat dan anugerah cukup senang. Gadai agama dan anda akan dapat satu pingat di majlis gilang-gemilang"

"Jadi tidak hairan Anwar Ibrahim dianugerahkan pingat demokrasi ini kerana beliau sangat lantang menyuarakan bahawa sesungguhnya sekularisme adalah yang terbaik di dunia", tulisnya lagi.

Ketika dihubungi lanjut, penulis AIDCclub itu memberitahu blognya analisisringan (http://analisisringan.blogspot.com/) tidak dapat diakses sejak jam 10.00 pagi tadi.

Kumbang merupakan salah seorang penulis prolifik AIDCclub yang mula menulis sejak setahun lepas.

"Tindakan mengodam oleh pihak-pihak tertentu tidak mematahkan semangat saya, saya akan buat blog lain selepas ini untuk meneruskan misi perjuangan saya memerangi Anwar", kata Kumbang.

Difahamkan baru-baru ini Anwar Ibrahim menyatakan kekesalannya dengan kelemahan blogger pro Anwar menangkis hujah-hujah yang berkaitan dengan dirinya tersebar secara meluas di internet.

Keluhan Anwar itu diluahkan secara terbuka semasa pertemuannya dengan blogger-bloger tersebut.

Baca selanjutnya..

Saturday, December 19, 2009

Dr Yusof Al Qaradawi seru umat Islam berdamai



Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr. Yusof Abdullah Al-Qaradawi sewaktu menghadiri Muhadharah Perdana di Pusat Konvesyen Putarajaya hari ini menyatakan Islam mementingkan perdamaian bukan permusuhan.

Tambahnya lagi, pihak yang suka bermusuh dan berperang adalah golongan Yahudi iaitu musuh kepada orang Islam. Orang kafir suka berperang habis-habisan sehingga membunuh semua pihak dan ini adalah berbeza dengan sifat agama Islam.

Menurutnya terdapat hadis yang menyatakan nama yang paling disukai oleh Allah Swt adalah Abdul Rahman dan Abdullah dan nama yang dibenci adalah Harbun kerana bermaksud peperangan, menurut beliau ini merupakan bukti Islam begitu bencikan peperangan dan permusuhan.

Kenyataan ulama besar umat Islam ini dibuat di dalam majlis yang dihadiri lebih 2000 orang di Putrajaya dan diulanginya beberapa kali seolah beliau menggesa umat Islam supaya bersatu memikirkan cara terbaik untuk memartabatkan agama Islam.

Menurutnya, Islam berkembang dengan hujah dan akhlak namun cuba dikelirukan oleh orientalis barat yang cuba mengambarkan keburukan Islam dengan mewujudkan pelbagai persepsi.

Selain itu beliau juga menyeru umat Islam supaya bersederhana dan jangan terlalu ekstrim bagi mengelakkan Islam di manipulasi oleh musuh islam. Apa yang lebih penting lagi beliau menyarankan agar umat Islam sentiasa terus berdakwah agama Islam kepada musuh Islam dengan cara yang sesuai.

Dalam pada itu Dr Yusuf Qardawi menyatakan kekesalannya terdapat apa yang berlaku di Indonesia. Sewaktu beliau ke Indonesia beliau dapati kitab injil disebarkan secara meluas dan diletakkan di bilik hotel-hotel bagi tujuan menarik penganut agama lain. Dan sebaliknya kitab Al-Quran dipinggirkan kerana kecetekan pendakwah Islam di sana.

Kehadiran Dr. Yusuf Qardawi di dalam majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu merupakan acara yang kedua di Malaysia selepas menghadiri program sambutan Maal Hijrah sebelum ini, dimana dalam majlis itu beliau telah dinamakan sebagai tokoh Maal Hijrah peringkat Antarabangsa oleh pihak penganjur.




Baca selanjutnya..

Saya mempunyai hubungan dengan UMNO dan PAS - Dr Yusof Qaradawi




PUTRAJAYA - “Saya bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada Umno mahupun PAS serta saya pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” kata Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi semasa dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009

Dalam ucapannya, tokoh ilmuwan kelahiran Mesir itu berkata, beliau menghargai anugerah yang diberikan kepadanya namun apa yang lebih utama ialah kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.

“Hubungan dan perkenalan saya dengan Malaysia bukanlah baru hari ini atau pun semalam, malah ia adalah satu hubungan yang telah bermula sejak setengah kurun yang lalu.

“Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di sini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.

Sebagai penerima, Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Yusuf adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, seorang ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Baca selanjutnya..

Thursday, December 17, 2009

PKR & DAP tidak setuju Nik Aziz 'pemimpin rohani' Pakatan

KUALA LUMPUR - Kedua-dua wakil dari PKR dan DAP hari ini menyatakan ketidaksetujuan dengan cadangan pelantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini berkata cadangan itu bersifat peribadi dari Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR dan belum diluluskan sebagai dasar parti.

"Usul ini tidak sesuai dibincangkan buat masa ini kerana Pakatan belum mempunyai struktur lagi", katanya.

Sementara ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook pula dengan tegas menolak cadangan pelantikan Nik Aziz sebagai 'pemimpin rohani' itu.

Katanya, "Memang DAP bukan parti berteraskan agama. Jadi bagi kita, tidak perlu pemimpin rohani."

Pada 17 November lalu, Zaid mengesyorkan nama Nik Aziz sebagai 'pemimpin rohani' dengan alasan Pakatan memerlukan seorang tokoh seperti Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan tinggi.

Nik Aziz dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam telah menyatakan persetujuannya menerima cadangan pelantikan sebagai 'pemimpin rohani'.

Cadangan Zaid melantik Nik Aziz sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan telah menimbulkan polemik di kalangan PKR dan DAP kerana bertindih dengan peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Ketua Pakatan' sebelum ini.

Ditanya kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, Shamsul Iskandar dan Anthony sepakat bahawa kepemimpinan mantan timbalan perdana menteri itu secara tidak rasmi diterima berdasarkan kepercayaan yang diberikan baginya mempengerusikan mesyuarat pembangkang.


Baca selanjutnya..

Mahkamah Rayuan : SPRM Boleh Soal Siasat Luar Waktu Pejabat, Tan Boon Hwa diperintah bayar RM10,000

Oleh AIDCNews

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat bagi tujuan memerangi jenayah rasuah.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Hasan Lah yang mengetuai panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi SPRM menyoal siasat saksi.

Dengan keputusan ini bermakna mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menyatakan peruntukan di dalam akta SPRM hanya memperuntukkan siasatan mesti dijalankan semasa waktu pejabat, antara 8.30 pagi dan 5.30 petang

"Seksyen 30(3)(a) akta itu terbahagi kepada dua bahagian yang mana bahagian pertama membawa maksud tiada tempoh masa bagi merekodkan kenyataan saksi dan bahagian kedua perkataan "hari ke hari" adalah siasatan perlu diteruskan pada sebarang masa bagi hari ke hari sehingga pemeriksaan selesai", rumus Hakim Datuk Hasan Lah.


Dalam keputusannya membenarkan rayuan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, Hakim Hasan juga mengarahkan Tan Boon Hwa untuk membayar kos sebanyak RM10,000 kepada SPRM.

Tan, 39, menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Penolong Penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM, dengan mendakwa bahawa penahanan dan soalsiasat selama 16 jam sehari oleh SPRM adalah menyalahi undang-undang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.

Dalam reaksi segera, Ketua Bahagian Pendakwaan Undang-Undang SPRM, Datuk Abdul Razak Musa yang hadir di mahkamah ketika ditanya pemberita berkata keputusan hari ini menggalakkan saksi untuk datang ke pejabat SPRM bagi merekodkan kenyataan pada sebarang masa mengikut kesenangan mereka.

"Jika mereka sibuk dengan kerja mereka, mereka boleh datang pada bila-bila masa, SPRM dibuka 24 jam untuk merekodkan kenyataan," katanya.




Baca selanjutnya..

Thursday, December 10, 2009

Kes Saman Anwar-Dr Chandra, 16 Mac

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 16 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar.

Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di dalam kamar hari ini.

Anwar menyaman Dr Chandra berikutan dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lalu dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar.

Pada 7 Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk membekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu.

Dr Chandra dalam hujah pembelaan menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac tahun lalu.



Baca selanjutnya..

Nallakarupan Dapat Perintah Penangguhan Dari Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA - Presiden Parti India Bersatu Malaysia(MIUP) Datuk S. Nallakarupan belum lagi perlu memberi butiran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya bahawa ketua pembangkang itu telah menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

Dia mendapat perintah penangguhan pelaksanaan keputusan dari Mahkamah Rayuan di Mahkamah Rayuan, 30 November lalu sementara menunggu penyelesaian rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 16 Nov lalu.

Keputusan majoriti 2-1 oleh Mahkamah Rayuan disampaikan oleh Hakim Tengku Datuk Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Wira Abu Samah Nordin dengan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaannya itu yang dipohon oleh Anwar dalam saman fitnah yang difailkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof sebelum ini mengarahkan Nallakaruppan membekalkan butiran iaitu siapa memberi wang, bila dan di mana wang itu diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikhh 16 Nov lalu selepas menolak rayuan Nallakarupan dan permohonan lisan bagi perintah penangguhan.

Nallakarupan disaman oleh Anwar terhadap artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta' yang diterbitkan dalam akhbar harian Mingguan Malaysia dan Sinar Harian pada Ogos tahun lepas.

Anwar mendakwa Nallakarupan telah membuat tuduhan palsu terhadapnya dengan mendakwa dia telah menerima wang sejumlah itu dalam artikel tersebut tetapi Nallakarupan, dalam penyataan pembelaan, mendakwa Anwar sebenarnya menerima wang itu daripadanya dan juga daripada Magnum Corporation Bhd.

Peguam Nallakarupan, Datuk Cecil Abraham, menggesa mahkamah memberikan perintah penangguhan itu kerana rayuan anak guamnya itu tidak akan bermakna jika butiran itu diberikan sebelum rayuan didengar.

Katanya butiran yang dipohon oleh Anwar berkaitan kepada keterangan yang bakal digunakan dalam perbicaraan kes nanti.




Baca selanjutnya..

ADUN PKR sertai parti baru

SARAWAK - ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong, 58 telah mengumumkan keluar dari PKR Oktober lalu telah menyertai parti baru, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini.

Beliau yang dinamakan Pengerusi PCM tidak yakin dengan keupayaan PKR dapat menjadi parti yang efektif di Sarawak.

"Selepas melihat PKR, saya tidak fikir mereka boleh mengambil alih Sarawak. Saya harap PCM dapat berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan lebih baik lagi," katanya.

Gabriel Adit Demong menyertai PKR pada penghujung tahun 2008 tetapi meninggalkan parti itu pada Oktober lalu,kerana tidak yakin parti itu sesuai dengan sosio-politik negeri Sarawak.



Baca selanjutnya..

Friday, December 4, 2009

Nallakarupan berjaya ketepikan helah Anwar

KUALA LUMPUR - Datuk S. Nallakarupan, pada 1 Disember lalu telah berjaya mengenepikan helah Anwar untuk menutup kes penerimaan wang judi sebanyak RM60 juta daripada Syarikat Magnum Corporation Bhd.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian tersebut.

Antara butiran yang perlu diserahkan dalam masa 14 hari itu ialah tarikh transaksi RM60 juta dibuat, siapa yang memberikannya dan tempat duit itu diserahkan.

Nallakarupan dalam afidavit balasnya telah menyatakan secara terperinci transaksi RM60 juta itu dilakukan serta melampirkan bukti-bukti dokumen yang berkaitan.

Menurut Nallakarupan, salah satu transaksi dibayar kepada badan pemikir Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) untuk membiayai kos melaksanakan program-program.

Dengan jawapan balas daripada Nallakarupan ini menyebabkan pihak mahkamah telah berpuas hati dan membenarkan kes ini terus dibicarakan.

Nallakarupan adalah rakan sepermainan tenis Anwar sekitar tahun 1990-an yang ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Nallakarupan merupakan Eksekutif Director Magnum Corporation Bhd.

Dalam kes ini, Anwar diwakili oleh dua peguam iaitu S.N.Nair dan Wan Anuar Wan Syahadat, manakala Nallakarupan diwakili peguam S Murali.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, menyaman Nallakarupan berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.




Baca selanjutnya..

Tuesday, December 1, 2009

Rayuan Anwar terhadap pemecatannya daripada Kabinet 1998

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Dis 2009 sebagai tarikh pendengaran rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemecatannya daripada Kabinet pada 2 Sept 1998. Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan dua isu perundangan sama ada pemecatan beliau dibuat berlandaskan Perlembagaan atau sebaliknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan setelah dua permohonan beliau sebelum ini iaitu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal. Kedua - dua mahkamah tersebut istihar pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 2 Sept 1998 sah di sisi undang-undang.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menangguhkan rayuan hari ini berikutan permohonan Karpal agar salah seorang hakim dalam panel berkenaan, Datuk Hashim Yusof menarik diri kerana hakim itu pernah mendengar rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama di Mahkamah Rayuan pada 2003. Turut bersidang ialah Hakim Datuk Abdul Hamid Embong.

Rayuan itu akan didengar bersama seorang hakim lain setelah Hakim Datuk Hashim Yusof bersetuju menarik diri daripada panel berkenaan.

Baca selanjutnya..

Monday, November 23, 2009

Saiful Bukhari hadir ke mahkamah dengar alasan Anwar mahu gugurkan kes

KUALA LUMPUR - Saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan hadir ke Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini, jam 9.00 pagi untuk mendengar sendiri permohonan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan.


Walaupun sebelum ini pelbagai cubaan dilakukan oleh Anwar, termasuk melengah-lengahkan kes dan cubaan 'membeli' dengan tawaran jutaan ringgit, namun Saiful tetap istiqamah dan tidak berganjak dengan pendiriannya mahu kes itu dibicarakan bagi mendapat keadilan untuk dirinya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada kes ini ditangguh lagi, sebagaimana yang sering berlaku sebelum ini.


Baca selanjutnya..

Tuesday, November 17, 2009

Anuar Shaari : Kenapa saham atas nama Shamsida Taharin ?

Anuar Shaari, satu watak yang tidak menonjol sebelum ini, tetapi hari ini menjadi tumpuan para wartawan, apabila tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Penampilan Anuar Shaari dikira paling kredibel kerana beliau merupakan bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998) dan apabila Datuk Seri Anwar dipecat daripada UMNO pada 2 September 1998, beliau berhenti sebagai pegawai kerajaan serta membantu perjuangan Datk Seri Anwar dengan menjadi Setiausaha Politik kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh, sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.


"Saya mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi setiausaha Anwar," katanya.

“Saya rasa penyokong-penyokong Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar ingin mencari kebenaran, Lebih-lebih lagi Wan Azizah juga ingin tahu, kenapa banyak daripada saham tersebut banyak atas nama Shamsida” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah dokumen ini berkaitan dengan akuan bersumpah RM3 billion Datuk Abdul Murad Khalid pada tahun 1999, Anuar meminta pihak polis menyiasatnya dengan lebih terperinci untuk menentukan kebenarannya.

“Saya tidak berniat menghukum, tetapi mungkin ada asasnya, kerana jumlah ini cukup besar dan selari dengan apa yang diperkatakan.” Katanya.

Anuar juga tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat hubungan di antara Datuk Seri Anwar dengan Shamsida Taharin

Kata Anuar : “Saham-saham atas nama Shamsida, jumlahnya cukup besar, jutaan ringgit, sebab itu kita minta perkara ini disiasat dengan setelus-telusnya”

Pada 28 Oktober 1999, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Menurut pengakuan bersumpah itu, salah seorang yang dibantu Anwar adalah lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong Tong yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL.

Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.''




Baca selanjutnya..

Friday, November 13, 2009

Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi Selangor

SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapan penggulungan bajet Selangor hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bagi membantu pembangunan ekonomi negeri itu.

Anwar Ibrahim merupakan penasihat umum PKR dianggap sebagai usaha untuk memantapkan ekonomi negeri yang diterajui oleh PKR.

Pada bulan Julai tahun lalu, pelbagai kritikan telah ditujukan kepada Menteri Besar Selangor kerana mempertikaikan pelantikan adik Anwar Ibrahim, iaitu Rosli Ibrahim menjadi penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), iaitu salah satu syarikat kepunyaan anak negeri Selangor.

Pelantikan Rosli dipertikaikan kerana tawaran gaji yang besar dianggarkan kira-kira RM20 ribu sebulan dan amalan kroni kerana Rosli adalah adik kepada penasihat umum PKR.

Oleh kerana menjadi isu kontroversi, Rosli telah meletakkan jawatan serta merta, tetapi dalam masa sama dimasukkan seorang lagi yang mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim di KDEB, iaitu Badrul Hisham Shaharin. Badrul Hisham adalah anak saudara kepada Anwar.

Pada 4 Februari lalu,Menteri Besar Selangor telah melantik Azmin Ali, orang kepercayaan Anwar sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi negeri Selangor


Baca selanjutnya..

Monday, November 9, 2009

TS Khalid didakwa terlibat skandal I Berhad

SELANGOR - Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dilaporkan terlibat dalam projek berkepentingan peribadi apabila meluluskan tanah seluar 4 ekar di Seksyen 7, Shah Alam, kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai I Berhad untuk pembangunan kondominium.

Pada asalnya tanah tersebut diluluskan untuk pembangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands tetapi dibatalkan dan ditukar kepada projek pembangunan komersial.

"Tidakkah ini bermaksud projek berkepentingan peribadi, kerana TS Khalid turut terlibat dalam syarikat I Berhad ? " soal blog Selangordaily.com

"Ketika TS Khalid menghadapi masalah hutang hampir RM70 juta dengan Bank Islam, adakah dengan meluluskan projek kepada syarikat kroni, satu cara yang cepat untuk mendapatkan wang, melangsaikan hutang tersebut ?," soal blog itu lagi.

I Berhad adalah kepunyaan rakan baik Khalid iaitu Lim Kim Hong. Hubungan urusniaga mereka berdua bermula sejak Khalid memegang jawatan CEO Kumpulan Guthrie Bhd. Ketika itu urusniaga Lim menggunakan syarikat bernama Kanzen Berhad.

Setelah Khalid menjadi Menteri Besar Selangor, Lim Kim Hong sekali lagi menjadi rakan partner perniagaannya apabila kerajaan Selangor mengarahkan Guthrie menjual Midland Estate di Shah Alam kepada syarikat I Berhad.

Midland Estate kini menjadi antara projek terbesar bernilai RM1.5 billion I-City di Shah Alam.



Baca selanjutnya..

Keluar dari PKR jika tidak mahu ikut dasar - Anwar

PULAU PINANG 8 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada terus setia atau keluar daripada parti jika mereka tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang.

Agenda Perubahan yang menjadi dasar PKR adalah memperjuangkan keadilan, hak sama rata, kebebasan dan hak asasi manusia.

Cabaran penasihat PKR itu berikutan kecenderungan terkini pemimpin dan ahli-ahli PKR yang tidak setia kepada parti dan mengistiharkan diri menjadi bebas.

Kes yang terbaru adalah Jefrey Kitingan, Cristina Liew dan Badrul Hisham Abdullah, ADUN PKR Pelabuhan Klang.


Baca selanjutnya..

Sunday, November 8, 2009

SPRM siasat menantu Nik Aziz

KOTA BHARU - SPRM sedang menyiasat menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didakwa melakukan pecah amanah sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan (PMBK)

Abdul Ariffahmi adalah menantu Nik Aziz hasil perkahwinan dengan anak kesembilannya, Nik Amalina Nik Abdul Aziz.

Pada tahun lepas terdapat pihak mengedarkan surat layang mempertikaikan pelantikan , Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dikaitkan sebagai kroni.

Nik Aziz berkata, pelantikan Ariffahmi sebagai COO PMBK, dibuat berdasar kepada kelayakan yang dimiliki menantunya itu dan bukannya disebabkan hubungan kekeluargaan.

"Saya lantik dia bukan atas dasar dia tu menantu saya, tetapi atas dasar orang pandai dan berkelayakan. Oleh yang demikian saya pilih orang yang berkelayakkan, kebetulannya PMBK ni di bawah saya," ujarnya.

Namun isu itu kembali diperkatakan apabila pendedahan dibuat oleh penulis blog yang menuduh Abdul Ariffahmi Abdul Rahman melakukan pecah amanah dalam menjalankan tugasnya.

SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut.

Nik Aziz seperti yang dilaporkan Bernama hari ini mengakui mengenali penulis blog terbabit berkata berkemungkinan ia juga didalangi oleh "orang dalam" yang menyampaikan maklumat kepada penulis blog terbabit bagi tujuan tertentu.


Baca selanjutnya..

Saturday, November 7, 2009

Imej PAS semakin negatif selepas bergabung dengan PR

KUALA LUMPUR: Imej PAS dilihat menjadi semakin negatif terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, iaitu selepas PAS mengambil keputusan bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR), gabungan antara PAS, DAP dan PKR

Pendedahan yang mengejutkan itu didedahkan oleh pengkaji politik, Dr Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Universiti Malaya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS.

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.

Abu Hassan berkata kajian berkenaan turut meneliti laman-laman blog berunsur politik dan mendapati blog-blog yang sebelum ini menyokong PAS telah kembali menjadi 'atas pagar'.

"Kajian menunjukkan blog-blog sedemikian meningkat 213 peratus," katanya.

Seorang lagi pemerhati politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari, dari Universiti Islam Antarabangsa, berkata PAS tidak akan berupaya menjadi parti alternatif sekiranya tidak dapat menerima perlembagaan negara yang mengiktiraf masyarakat bukan Islam

"Ini satu perlembagaan yang kita kenal, kalau kita tak mahu akui maka kita tak boleh jadi parti alternatif, jadi jangan lompat (melenting dan mempersoalkan) bagaimana dengan Islam? Kena tumpu juga kepada bukan Islam dan fokus bagaimana nak menangi hati mereka," katanya.

"PAS harus menjadi sebuah parti yang terbuka dan menjadi tumpuan rakyat adalah lumrah, jadi jangan lagi bermain cara lama, ada benda sikit salahkan Umno, ini tidak harus dilayan, kita harus fokus apa yang ada dalam parti," katanya lagi.

Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian semasa membentangkan pandangan beliau pada seminar politik PAS di sini.

Kedua-dua pemerhati politik itu diundang PAS bagi memberi pandangan alternatif dalam usaha parti itu ke arah memperkasakan parti.

Baca selanjutnya..

Dr Aziz dikritik perwakilan PAS

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangkakan, Dr Aziz Bari tidak terlalu berkeras mendesak Hadi Awang berundur seperti yang diucapkan dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini. Namun begitu, di sebalik sulaman kata-kata berkias pemerhati politik itu, terdapat nada-nada yang menjurus ke arah itu.

Rata-rata perwakilan khususnya dari kepimpinan ulama, kurang senang dengan kritikan terbuka Dr Aziz Bari sebelum ini.

"Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz," kata pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik pada sesi dialog seminar berkenaan.

Abu Bakar juga mempersoalkan penjelasan Dr Abdul Aziz sebelum itu yang meminta peserta tidak memfokuskan kepada analisis pilihan rayanya semata-mata kerana ia dibuat dalam ruang lingkup ke arah pembentukan sistem dua parti di Malaysia.

"Kenapa? Secara jelas (hendak) jadi ejen Barat apabila paksa kita ikut sistem dua parti. Kalau tidak ejen Barat pun, ejen nafsu dia. Turun, jadi orang politik!" cabarnya, disambut takbir sebahagian peserta.

Terdapat juga beberapa peserta yang bangun meminta Dr Abdul Aziz membuktikan dakwaannya bahawa Abdul Hadi kini "Pak Lah versi PAS" dan "sudah kehilangan stim" seperti diterbitkan di akhbar web Malaysiakini sebelum ini.

Malah ada yang menuntut Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana didakwa merendahkan-rendahkan seorang ulama Islam, iaitu Abdul Hadi.

Ahli akademik yang dilihat rapat dengan pembangkang itu juga dicabar mendedahkan sumbernya yang memberikan maklumat parti kepadanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz dalam pembentangannya tetap mempertahankan tulisannya yang mengkritik kepemimpinan PAS dan menafikan beliau adalah agen Umno bagi merosakkan parti itu.

"Saya bukannya agen Umno ataupun mana-mana parti, dulu satu masa orang tanya adakah saya ada saham dengan Harakah, kerana selalu keluar dalam surat khabar itu hinggakan saya tak dapat apa yang sepatutnya saya dapat.

"Tapi saya tak minta tuan-tuan hargai saya, hargai sumbangan saya terhadap PAS.

"Tapi sekarang ini saya sudah hilang kawan, orang Umno sudah mula menjauhi saya. sekarang ini PAS pula menimbang untuk menerima saya ataupun tidak," kata Dr Aziz ketika menjawab soalan para perwakilan seminar berkenaan.

Dr Aziz turut menafikan dakwaan kritikannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu penghinaan kepada presiden parti itu yang disifatkan bertaraf ulama.

Sementara itu sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai "ubat" untuk memantapkan PAS.

Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS - jika mampu, termasuk Abdul Hadi - bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu.

Secara sinis beliau berkata, bermula Isnin ini beliau tidak akan menulis lagi tentang parti itu sebaliknya akan memfokuskan kepada konflik dalaman MCA pula.

Selain Abu Bakar, pemimpin yang tidak selesa dengan pandangan ahli akademik itu termasuklah Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Ramai perwakilan PAS berpendapat ucapan Dr Aziz dalam Malaysiakini sebelum ini keterlaluan dan mempunyai agenda yang tersirat.

Baca selanjutnya..

Tuesday, October 13, 2009

Anwar Ibrahim tandatangan surat perdamaian kepada Pope Kristian

Pada 13 Okotber 2007, Anwar Ibrahim salah seorang 300 individu yang menghantar surat terbuka kepada Pope sedunia yang mahukan kerjasama dan persefahaman antara Muslim dan Kristian dipertingkatkan.

Surat yang dinamakan “A Common Word between Us and You” [Persefahaman antara kami (Islam) dan anda (Kristian) ] bertujuan untuk mencari titik persamaan dan pesefahaman antara umat Islam dan umat Kristian sejajar dengan persamaan antara intipati ajaran Al Quran dan Bible.

“A Common Word between Us and You” atau lebih dikenali sebagai “A Common Word” menjadi peneraju utama dunia dalam usaha menggalakkan ‘interfaith dialogue’ di antara Muslim dan Kristian.

Surat itu dihantar susulan daripada syarahan Pope Benedict XVI di Universiti Rgensburg, Jerman pada 12 September 2006 , bertajuk "Kepercayaan, Akal dan Universiti - Kenangan dan Renungan"

Syarahan itu menerima kecaman hebat dan juga pujian dari kuasa-kuasa politik dan keagamaan. Ramai ahli politik dan pemimpin Islam membuat protes secara formal tentang apa yang mereka anggap penakrifan yang menghina dan salah tentang Islam seperti yang terkandung dalam syarahannya;

“Tunjuklah kepada saya apa yang Muhammad bawa adalah yang baru dan di situ anda akan temui hanya perkara-perkara yang durjana dan tidak berperikemanusiaan, seperti perintahnya supaya disebarkan agama dengan mata pedang ".

Petikan syarahan Pope Benedict XVI ini diambil dari pandangan Manuel II Paleologus, seorang emperor Bizantin berhubung pemaksaan menukar agama, perang jihad dan kaitan antara kepercayaan dan akal, ‘Dialogue Held With A Certain Persian, the Worthy Mouterizes, in Anakara of Galatia’, yang ditulis pada 1391.

Berdasarkan latar belakang ini, Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim And Christian Understanding, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, di bawah seliaan John Esposito, telah mengambil inisiatif menghantar surat kepada ‘perdamaian’ kepada pope sedunia, yang mahukan diadakan promos ‘inter faith dialogue’ di antara kedua-dua agama.

Selain Anwar, tokoh-tokoh Islam yang yang turut menandatangani surat tersebut antaranya; Dr. Seyyed Hossein Nasr ( Profesor di George Washington, Amerika Syarikat), Dr. Hasan Hanafi (Profesor filosofi di Universiti Cairo), Dr. Ibrahim Kalin (Profesor Madya di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat), Feisal Abdul Rauf (aktivis dunia Islam-Barat), H A Hellyer(Fellow pelawat di Saban Centre for Moddle East Policy di Institut Brookings), Nihad Awad Pengarah Eksekutif the Council on American-Islamic Relations (CAIR), Amerika Syarikat), Tareq Al Suwaidan (korporat Kuwait pro-Amerika), Prof. Dr. Akbar Ahmed (Ibn Khaldun Chair of IslamicStudies, American University in Washington D.C., USA), dan lain-lain lagi.

Inisiatif “A Common Word” mendapat pujian daripada professor David Ford (Director, Cambridge Inter –Faith Programme), Tony Blair (bekas Perdana Menteri Britain), Dr Rowan Williams(Archbishop of Canterbury) dan Yale Divinity School’s Centre for Faith and Culture.

Namun begitu usaha ini dipandang negatif oleh kumpulan Negara-negara Islam yang dinamakan "The Amman Message" yang diketuai oleh Raja Abdullah II Al Hussein, dari Jordan.

Tokoh-tokoh Islam yang bersama dengan The Amman Message antaranya; Muhammad Sayyid Tantawy (Imam Besar Universiti Al Azhar), Dr Yusof al Qardawi (Mesir), Ali Hosseini Khamenei (Pemimpin Tertinggi Iran), Ahmed Kuftaro (Mufti Syria), Said Abd Al Hafiz Al Hijjawi (Mufti Jordan), Ali Hosseini Sistani(Iraq), Ali Gomaa (Mufti Mesir) dan lain-lain.

Kumpulan The Amman Message menganggap “A Common Word” hanya satu bentuk propanganda yang berat sebelah semata-mata.




Baca selanjutnya..

Sunday, October 11, 2009

Perhebatkan Persefahaman Muslim, Kristian dan Yahudi, kata Anwar

“Perhebatkan persefahaman antara Muslim, Kristian dan Yahudi dalam membentuk satu bangsa dunia yang hidup harmoni dalam pelbagai agama dan budaya", begitulah intipati ucapan Anwar Ibrahim dalam 'Common Word Between US and You: A Global Agenda for Change Conference', di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Perhimpunan di Georgetown, diadakan bertujuan untuk menggalakkan dialog dan menggalakkan keamanan di antara Muslim dan Kristian, seperti mana yang pernah dianjurkan di Yale Theological Seminary dan Cambridge University pada 2008.

Turut hadir dalam sesi dialog itu adalah Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain, Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (bekas profesor di Universiti Georgetown, Kjell Magne Bondevik, bekas Perdana Menteri Norway , dan Mustafa Cedric, Mufti Bosnia dan Herzegovina. Moderator dialog itu dipengerusikan oleh Riz Khan, dari Al-Jazzera.




Baca selanjutnya..

Wednesday, October 7, 2009

Aset Anwar RM3 billion - Akuan berkanun Datuk Murad benar, kata Nalllakarupan

Datuk S Nallakarupan, kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan akuan berkanun yang pernah dibuat oleh Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, 10 tahun lalu adalah benar.

"Anwar mempunyai pelbagai sumber, saya tidak reka cerita ini, seperti mana yang pernah didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad dalam akuan berkanunnya pada tahun 1999," katanya dalam sidang media di peti undi Kampung Bharu Si Rusa pada 6 Oktober lalu.

Nallakarupan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Datuk Abdul Murad Khalid.

Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.

Nallakarupan merupakan 'rakan sepermainan tenis' Anwar sejak dari tahun 1990-an hingga Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998.

Ketika Anwar dipecat, Nallakarupan merupakan salah seorang yang ditahan polis dan apabila rumahnya digeledah polis didapati beliau menyimpan beberapa dokumen 'rahsia' daripada Kementerian Kewangan.

Ketika Anwar menjadi Menteri kewangan, beliau selalu didampingi oleh taukeh-taukeh judi, antaranya Datuk T.K. Lim, pemilik Magnum Berhad. Untuk terus mendampingi Menteri Kewangan, T.K Lim telah melantik rakan baik Anwar iaitu Nallakarupan sebagai Pengarah Perhubungan Awam Magnum Corporation, salah satu syarikat judi yang terkenal di negara ini.

Nallakarupan pernah dipenjarakan selama setahun kerana didapati bersalah memiliki peluru pistol tanpa permit dan dibebaskan pada Ogos 1999. Selepas dibebaskan, beliau membawa keluarganya berhijrah ke luar negara sebelum kembali ke tanahair pada tahun 2003.

Pada tahun 2004, Anwar sebagai penasihat PKR telah memujuk sahabat baiknya itu untuk menyertai PKR, tetapi Nallakarupan menolak tawaran itu kerana ingin menumpukan kepada perniagaan.

Namun pada Ogos 2006, setelah dipujuk kali kedua, Nallakarupan menyertai PKR, untuk memperkukuhkan parti khususnya di kalangan masyarakat India.

Akhirnya, pada Mei 2007, Nallakarupan mengistiharkan diri keluar daripada PKR kerana hilang kepercayaan kepada penasihat parti, Anwar Ibrahim dan menubuhkan parti baru yang dinamakan MIUP (Malaysian Indian United Party).

Baca selanjutnya..

Saturday, September 19, 2009

PAS bersetuju Negara Liberal,demokratik & bebas kata Anwar



Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kepada media Australia Network bahawa salah satu parti di bawah kawalannya, Parti Islam (PAS)juga turut bersetuju dengan dasar-dasar yang digarisnya untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang liberal dan demokratik.

Parti PAS sebelum ini didakwa membawa slogan "Negara Islam", tetapi telah menggugurkan slogan itu dan diganti dengan slogan "Negara Berkebajikan" sehingga sekarang ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Jim Middleton dalam interbiu 'Asia Pacific Focus' sebaik sahaja PR memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Dalam wawancara itu juga Anwar turut mendedahkan bahawa PAS juga turut bersetuju untuk memusnahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan diganti dengan dasar baru yang dirancang oleh PKR iaitu Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang berkonsepkan memberi peluang ekonomi sama rata kepada semua kaum.

Ikutilah wawacara Anwar dan Jim Middleton seperti berikut;

Soalan- Bagaimana dengan parti pembangkang, PAS, bolehkan anda memegang kuasa tanpa sokongan mereka?


Sekarang, Pakatan Pembangkang ialah Keadilan, Parti Keadilan, Parti Islam, PAS dan Parti Tindakan Demokratik(DAP). Sekarang kami mempunyai beberapa siri pertemuan, kami sekarang...telah mewujudkan satu pakatan yang lebih mengagumkan.

Kami telah menandakan agenda kami. Tiada isu untuk mengubah Malaysia mengubah dirinya sendiri untuk menjadi sesuatu yang lain (seperti Negara Islam) selain daripada sebuah negara liberal demokratik dengan perlembagaan dipelihara, kebebasan untuk menentukan yang mana betul dan yang salah, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang, ekonomi pasaran bebas dan keadilan yang saksama.

Soalan -PAS telah memansuhkan perbezaan positif untuk kaum Melayu di negeri yang dikuasainya. Pada pandangan anda, adakah ini merupakan satu idea yang baik?



Sekarang, secara umumnya dasar kami adalah bergerak ke arah Agenda Ekonomi Malaysia. Kami tidak akan, sudah tentu, mengabaikan kepentingan mereka yang dipinggirkan dan miskin, khususnya di kalangan kaum Melayu untuk dilindungi, tetapi pendekatan keseluruhannya perlu baru, satu pendekatan baru perlu diperkenalkan. Bermaksud kita mesti memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia, dan ini merupakan dasar yang telah diambil oleh PAS dan DAP di Pulau Pinang dan Keadilan di Selangor.

Soalan - Adakah anda jangka mana-mana kerajaan di mana anda sebahagian daripadanya akan lebih Islamik atau kurang, sekiranya saya dapat katakan seperti itu?

errrrrr... Pada saya soalan ini tidak relevan. Maksud saya, Islamik dalam erti kata saya bersembahyang dan tidak mengambil minuman keras, ya. Tetapi saya bukan berada dalam keadaan memaksa orang lain bersembahyang dan tidak mengambil minuman keras.

Sekarang, Islamik dalam erti kata kita membenarkan pelaksanaan kelas-kelas di masjid tetapi kita juga perlu membenarkan perkembangan gereja dan kuil berjalan tanpa diganggu oleh pentadbiran, seperti yang telah kami pantau sebelum ini.

Tiada soalan untuk merobohkan tokong, atau kuil Hindu. Ini adalah maksud saya kepada lebih Islamik kerana ia sepatutnya menjadi lebih adil dan saksama.

Soalan - Bagaimana dengan isu undang-undang Syariah. Apakah pendirian anda untuk soalan tersebut?

Perlu ada ruang, dan mengizinkan orang ramai untuk mempertikaikan dan mengadu termasuk Muslim. Tetapi tidak sama sekali kami izinkan yang bukan Muslim diadili oleh mahkamah Syariah dan bukan Muslim perlu mengizinkan dan diberikan kebebasan untuk diadili di mahkamah sivil.

Undang-undang Syariah setakat ini hanya untuk undang-undang keluarga Islam.... dan dalam sesetengah isu yang Muslim selesa dengannya, tanpa melanggar perkara-perkara lain.

Soalan - Ada yang berkata kerajaan yang bakal diketuai oleh anda secara ringkasnya adalah UMNO dalam cara lain?


Saya adalah seorang demokrat yang liberal. Orang ramai boleh memberikan anggapan. Tetapi kami berada di sini komited untuk satu agenda dan tidak akan berpatah balik. 6 tahun di penjara juga banyak mengajar saya. Anda matang di dalam proses tersebut. Dan anda juga tahu mandat yang diberikan adalah mandat untuk perubahan. Ia bukan satu mandat untuk mengulangi sisa-sisa UMNO. Tiada persoalan mengenai Malaysia yang demokratik, Tiada persoalan mengenai badan kehakiman yang bebas, Tiada persoalan mengenai media yang bebas dan dasar yang adil, dalam ekonomi, dasar sosial kepada semua rakyat Malaysia.



Baca selanjutnya..

Tuesday, September 15, 2009

Permohonan Anwar gugurkan pendakwaan kes liwat diputuskan hari ini

Petang ini, jam 2.00 petang, Mahkamah R4, Jalan Duta akan memutuskan sama ada permohonan Anwar Ibrahim memohon menggugurkan semua barisan pendakwaan kes liwat patut diteruskan atau tidak.

Sebelum ini Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.

‘‘Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.

Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.

“Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai ‘‘sama seperti mempersenda keadilan’’.

Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.




Baca selanjutnya..

Thursday, September 10, 2009

Recep Tayyep Erdogan tangkap 200 ahli Hizbul Tahrir

Agensi berita Turki, Anatolia melaporkan sekitar 200 orang yang disyaki sebagai ahli Hizbut Tahrir telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Turki, dua hari sebelum persidangan Khilafah, Hizbul Tahrir Turki, pada Julai lalu.


Pihak berkuasa Turki menuduh ahli-ahli Hizbul Tahrir terlibat dengan kegiatan 'teroris' kerana berusaha mengembalikan semula kegemilangan Islam semasa sistem Khalifah Turki yang sudah berkubur sejak berkurun lamanya.

Sistem Khalifah, Turki berkubur pada tahun 1924, akibat campurtangan penjajah Barat dan menukar negara Turki menjadi Turki Moden, di bawah Mustafa Kamel Ataturk.

Menurut Hizbul Tahrir, Recep Tayyip Erdogan yang memimpin parti AKP sekarang ini adalah penyambung legasi Mustafa Kamel Ataturk.

"Tuduhan teoris adalah berniat jahat untuk menghalalkan penangkapan, sedangkan kami hanya mahu menghadiri persidangan persatuan kami", komen ahli Hizbul Tahrir, di lamannya.

"Erdogan dan pemerintahnya perlu sedar bahawa penahanan itu tidak akan menghentikan semangat ahli-ahli yang berjuang ikhlas kerana Allah", tulisnya lagi.

Sebelum ini, Recep Tayyep Erdogan dan kerajaan Turki telah diiktiraf sebagai model demokrasi terbaik dunia Islam oleh Anwar Ibrahim dan Amerika Syarikat.

Namun begitu dengan penangkapan ini membuktikan demokrasi tidak diamalkan sepenuh di negara itu dan akan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap menjadi musuh mereka.

Baca selanjutnya..

Wednesday, August 26, 2009

Pegawai SPRM dedah berlaku pergaduhan Tan-Teoh

Saksi ke-16, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Anuar Ismail mendedahkan pagi ini, bahawa berlakunya pergaduhan di antara Teoh Beng Hock dan Tan Boon Hwa kira-kira jam 2 pagi pada 16 Julai dalam tandas di bangunan SPRM, Selangor.

Mohd Anuar mendapat maklumat itu apabila diberitahu oleh pegawai SPRM bernama Bulkani Paharuddin yang merupakan pegawai penyiasat kepada Tan Boon Hwa.

Tan Boon Hwa merupakan salah seorang saksi yang dipanggil oleh SPRM pada 15 Julai dan merupakan saksi terakhir yang menemui mangsa sebelum mati ditemui mati jam 1.35 tengahri, 16 Julai.


Baca selanjutnya..

Wednesday, August 5, 2009

Darah mayat kering ketika ditemui - Juruteknik Plaza Masalam

Saksi pertama, Siti Zabedah Yayha, 41, pegawal keselamatan Plaza Masalam memberitahu ketika dia berada di stor Tingkat 19, dia nampak mayat mendiang di koridor luar, Tingkat 5, sekitar jam 1.30 tengahari, 16 Julai.

Pengawal itu kemudian memaklumkan kepada penyelia selenggaraan bangunan tersebut Mohd Ridzuan Samsuri supaya pergi ke Tingkat 5 dan menemui mayat mendiang itu dengan keadaan darah yang sudah kering.

Mohd Ridzuan mengesahkan dia melihat mayat di Tingkat 5, kira-kira jam 2.00 petang, katanya di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas dalam prosiding kedua yang bermula pagi ini.



Baca selanjutnya..

Wednesday, July 29, 2009

Benarkah Tan Boon Hwa tidak benarkah sampel DNA diambil ?

Tan Boon Hwa, ahli majlis perbandaran Kajang dan Lee Wye Wing, Techical Advisor, WSK Services menolak memberi sample DNA kepada pihak polis forensik untuk membantu siasatan punca kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Kedua-dua mereka menolak pemberian sample DNA setelah dinasihatkan oleh peguam DAP, Gobind Singh Deo.

Difahamkan kedua-dua mereka adalah saksi yang disoalsiasat oleh SPRM pada tarikh yang sama Teoh dipanggil hadir ke pejabat SPRM, Plaza Masalam.

Persoalannya, kenapa peguam DAP menasihatkan mereka agar jangan beri sample DNA untuk membantu siasatan sedangkan DAP sebelum ini bersungguh-sungguh menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan untuk mencari siaakah pembunuh mendiang Teoh ?

Persoalan kedua, kenapa Gobind meminta semua dokumen yang berkaitan dengan kematian mendiang dan meminta penangguhan mahkamah, tempoh 10 hari untuk meneliti semua dokumen-dokumen itu ?

Gobind Singh Deo adalah anak Karpal Singh (Pengerusi DAP Pusat). Beliau juga merupakan peguam pemerhati keluarga mediang Teoh dan peguam pemerhati mewakili DAP. Gobind juga merupakan ahli parlimen DAP bagi kawasan Puchong.


Baca selanjutnya..

Milik siapakah dua profil DNA di kot dan tali pinggang Teoh ?

Mahkamah hari ini diberitahu terdapat dua profil DNA di belakang kot yang dipakai Teoh ketika kematiannya. Satu dikenal pasti milik mangsa dan satu lagi bukan milik mangsa.

Kenyataan ini dinyatakan oleh Tan Hock Chuan, peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia.
Manakala di tali pinggang mangsa, ada tiga profil DNA, satu milik si mati, satu pemilik yang tidak diketahui (sama seperti di kot) dan satu lagi yang belum diketahui.

Tan juga berkata, sebanyak 102 DNA yang diambil daripada individu bagi memastikan sama ada ia berpadanan dengan DNA yang tidak diketahui di kot dan di tali pinggang mangsa

Gobin Singh Deo yang mendakwa dirinya menjadi peguam pemerhati keluarga Teoh memohon kebenaran mahkamah untuk menangguhkan inkues ini untuk memberi masa kepada pihaknya meneliti semua dokumen berkaitan dengan kematian Teoh.

Dalam permintaan hujah penangguhan, Gobin Singh merujuk kepada keputusan Mahkamah Tiggi Kuala Lumpur yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibekalkan dengan semua dokumen termasuk rakaman percakapan saksi mengikut seksyen 122 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, Tan Hock Chuan berhujah rakaman itu tidak boleh dibekalkan kerana Mahkamah Tinggi sama sudah membenarkan pemohonan pedakwa untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah rayuan.

Pihak pendakwaraya tidak membantah permohonan Gobind dan koroner Azmin Mustapha bersetuju dengan permohonan itu. Prosiding ditangguhkan pada 5 Ogos depan. Pada tarikh itu juga mahkamah akan membuat keputusan berhubung percakapan rakaman saksi yang diminta.




Baca selanjutnya..

Tuesday, July 28, 2009

Inkues Teoh : Malik Imtiaz dilantik peguam kerajaan Selangor



Kerajaan Negeri Selangor memutuskan Malik Imtiaz Sarwar sebagai peguam rasmi mewakili negeri Selangor untuk mengikuti prosiding inkues kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Keputusan pemilihan Malik Imtiaz diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Malik juga akan mewakili negeri Selangor dalam siasatan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk mengkaji peraturan soal siasat SPRM.

Siasatan itu bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri tekad untuk memastikan hak-hak mendiang Teoh dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang akan memberi keterangan dikedua-dua prosiding itu, terbela.

Malik sebelum ini dikenali sebagai peguam memperjuangkan hak asasi manusia, khususnya berkaitan dengan pertukaran agama (murtad) antaranya seperti kes Lina Joy. Beliau juga merupakan aktivis Interfaith Council (IFC) yang pernah menjadi kontroversi kerana usaha mewujudkan persamaan agama di negara ini




Baca selanjutnya..

Saturday, July 25, 2009

Teoh dibunuh kerana buat salinan dokumen penyelewengan Ronnie Liu?

Satu pendedahan dokumen-dokumen penyelewengan Ronnie Liu yang memberikan 80 projek kepada pegawai khasnya, Wong Chuan How telah disiarkan dalam blog t4tbh.blogspot.com.

Blog itu turut mendedahkan dokumen-dokumen itu terdapat dalam notebook Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hua Wah, mangsa yang ditemui mati pada 16 Julai, 1.30 tengahari, di koridor luar, Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam.

Di dalam tajuk " The truth will be revealed" blog itu mendedahkan, Teoh tidak seronok dengan kerjanya sebagai Setiausaha Politik. Secara bersembunyi, Teoh telah membuat salinan pelbagai dokumen dan soft copy maklumat di dalam notebook yang diserahkan kepada seorang lain.

Dokumen-dokumen itu membuktikan pelbagai penyelewengan dan korupsi DAP Selangor.

Manakala dalam artikel bertajuk "The DAP's corruption modus operandi in Selangor", pula blog itu mendedahkan penglibatan exco Selangor, Ronnie Liu dalam mencipta syarikat, invois dan projek palsu untuk membolehkan penyaluran wang dilakukan.

Setiap DUN di Selangor diberi peruntukan RM500,000 kepada ADUN untuk membolehkan mereka membelanjakan terhadap kawasan masing-masing. Di dalam senarai yang disimpan oleh Teoh, semua projek di DUN Sungai Pelek diberikan kepada Wong Chuan How, pegawai khas kepada Ronnie Liu.

Pegawai khas Ronnie Liu (Wong Chuan How) menyapu 84 projek menggunakan namanya dengan pelbagai syarikat yang berlainan seperti Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan sebagainya.

Pada tahun 2008, Ronnie Liu mendapat 172 projek di DUN Sg Pelek. 84 projek telah diberikan kepada satu nama (Wong Chuan How), bernilai RM216,950 untuk setahun.

“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.

“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut” dakwa blog itu lagi.

Manakala blog the unspinners pula mempersoalkan kenapa Tan Bon Hwa menghabiskan masa sepanjang malam di Plaza Masalam, sedangkan dia telah habis disoalsiasat pada jam 1.00 pagi, 15 Julai.

Tan Bon Hwa adalah kroni Ronnie Liu yang dilantik sebagai ahli majlis Perbandaran Kajang. Majlis Perbadaran Kajang adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang dipengerusikan oleh Ronnie Liu.

Walaupun Tan Boon Hwa dibenarkan pulang jam 1.00 pagi, 15 Julai, dia dikatakan masih berlegar-legar di situ dan menunggu Teoh yang habis siasatan pada jam 3.45 pagi.

Menurut pengakuan Tan Boon Hwa kepada media, dia berjumpa dengan Teoh, pada jam 6.30 pagi, 7 jam sebelum mendiang ditemui mati di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam.

Blog The Unspinners dalam tajuknya " Why did Tan Boon Hwa spend the nite at MACC? mendakwa Tan Boon Hwa memang ditugaskan untuk menunggu Teoh dann bertanyakan apakah yang diceritakan oleh mendiang kepada pegawai SPRM berkenaan dengan penyelewengan Ean Yong, Ronnie Liu dan beberapa orang aktivis DAP lain.

Blog itu juga mendakwa Tan Boon Hwa marah kepada Teoh kerana dia membuka rahsia terlalu banyak kepada pegawai SPRM dan telah menelefon Ronnie Liu supaya menghantar gangster China mengenakan Teoh di atas pembelotan itu.

" Tan Bon Hwa adalah suspek utama pembunuhan Teoh, kenapa polis tidak menahannya, soal blog itu.


Baca selanjutnya..

Friday, July 24, 2009

Menjawab misteri handphone Teoh

Blog the unspinners membuat dua posting berkaitan dengan misteri handpone mangsa, Teoh Beng Hock. Kedua-dua posting ini dibuat bagi menjawab artikel Malaysiakini yang mengambarkan seolah-olah handphone Teoh dirampas oleh SPRM.

Dalam artikel Malaysiakini, bertajuk 'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui',20 Julai portal itu menyiarkan satu kenyataan Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor yang berkata, 'polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM'

Datuk Khalid tidak menjelaskan lanjut mengenai persoalan bagaimana handphone itu didapati daripada pegawai penyiasat SPRM, memandangkan tiada soalan khusus daripada wartawan bertanyakan soalan tersebut.

Lagipun, mengikut tradisi, pihak polis tidak akan menjawab semua soalan, apatah lagi yang dianggap sensitif kerana dikhuatiri akan menganggu siasatan.

Justeru itu blog The Unspinners telah melakukan penyiasatan sendiri untuk menjawab teka teki ini.

"Ada pihak yang cuba 'SPIN' kisah handphone Teoh untuk menyatakan handphone itu diperolehi dari seorang pegawai SPRM. Tujuan pakar-pakar tak bertauliah yang sedang memusing cerita ini adalah untuk memalitkan balik kepada SPRM", dedah The Unspinners

"Pihak polis tidak memberitahu maklumat di mana mereka mendapat talipon bimbit kepunyaan Teoh dalam kenyataan mereka (baca berita Malaysiakini sini). Tak timbul pun isu yang mengatakan SPRM mengambil handphone mendiang", dedahnya lagi dalam posting bertajuk "UNSPIN: Dimana handphone Teoh?".

Dalam posting kedua The Unspinners yang bertajuk "UNSPIN: Kedudukkan talipon bimbit Teoh", blog itu mendedahkan handphone itu dijumpai di bilik tetamu, tempat Teoh tidur.

Menurut sumber The Unspiners yang dikutip hasil temubual pekerja-pekerja di Plaza Masalam, Teoh tidur di bilik tetamu SPRM dengan meletakkan handphone di tepi begnya. Apabila Teoh meninggalkan bilik tetamu SPRM, (kira-kira 6 pagi), dia tidak menyedari handphonenya tertinggal itu dan mungkin tercampak di bawah kerusi. Seorang pekerja SPRM sewaktu melakukan pembersihan pejabat terjumpa handphone itu dan menyerahkan kepada pegawai SPRM.

Apabila Teoh dijumpai mati di koridor luar, tingkat 5, Palaza Masalam, pada jam 1.30 tengahari, 16 Julai, pihak polis telah menemubual pegawai-pegawai SPRM dan mereka menyerahkan handphone itu kepada pihak polis

"Handphone tidak dirampas oleh SPRM seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang. Handphone bukan barang bukti seperti notebook yang perlu disimpan oleh SPRM", dedah blg itu lagi.

Pendedahan the unspinners ini menjawab persoalan hanya notebook sahaja disimpan oleh SPRM sebagai bahan bukti dan apabila pegawai SPRM membuka notebook mangsa pada malam siasatan itu menyebabkan mangsa panik, kerana terdapat rahsia besar di dalam notebook itu.

Ini juga menjawab bahawa handphone sorang lagi saksi SPRM yang disoalsiasat pada malam itu, Tan Boh Hwa tidak dirampas hanphonenya oleh SPRM.

Mangsa dikatakan tidak mampu untuk menipu lagi, apabila SPRM telah mendedahkan satu persatu dokumen-dokumen sulit yang terdapat dalam notebook mangsa dan untuk melindungi dirinya mangsa berjanji akan membawa beberapa dokumen-dokumen sokongan pada keesokan harinya.

Kepanikan itu barangkali mangsa mengambil keputusan untuk tidur di bilik tetamu SPRM dan tertinggal untuk mengambil semula beg dan handphone apabila meninggalkan bilik itu jam 6 pagi.

Pada sekitar jam 6.00 pagi juga mangsa dikatakan berjumpa dengan Tan Bon Hwa, di pantry berdekatan dengan bilik air Plaza Masalam, tetapi tidak dinyatakan secara spesifik di manakah tempat itu.

Kira-kira jam 8 hingga 9 pagi, mangsa ditemui mati di koridor luar, tingkat 5, Plaza Masalam.


Dengan maklumat yang terdapat di dalam handphone mangsa itu, polis berjaya mengesan Kesemua individu terakhir yang berhubung dengan Teoh sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS dalam tempoh 24 jam sebelum mayat mendiang ditemui pukul 1.30 tengah hari 16 Julai lalu.

Di antara mereka adalah Woo Chuan Sing, 30, pemilik sebuah kedai telekomunikasi (sahabat karib yang sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Chan Sun Sann, Anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tiga anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Chong Hoon Ming, Tai Cheng Heng dan Pooi Weng Keong, anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong dan dua anggota DAP yang tidak dikenali.

"Kami berbual kira-kira dua minit. Sebelum Teoh hubungi saya, dia ada menghantar SMS kepada saya bertanyakan bolehkah saya jadi pegapitnya semasa majlis perkhawinannya nanti tetapi apabila saya tidak balas SMS, mendiang hubungi saya", kata Woo Chuan Sing

"Jadi pada saya tidak mungkin Teoh mempunyai niat untuk membunuh diri kerana dia hubungi saya meminta untuk jadi pengapitnya," tegas Woo lagi.





Baca selanjutnya..

Friday, July 17, 2009

Setiausaha Politik Exco Selangor bunuh diri

Setiausaha politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati dipercayai membunuh diri di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini semalam.

Teoh, ahli parti DAP disiasat sebagai saksi kepada bosnya Ean Yong Hian Wah (ADUN DAP) Seri Kembangan) yang dipercayai salah seorang exco kerajaan Negeri Selangor suspek siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri baru baru ini.


Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul dalam sidang media di tempat kejadian semalam berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

“Dia adalah saksi untuk kes itu dan kami selesai merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan berhubung salah guna wang peruntukan ADUN Selangor itu"

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

Teoh dikatakan memohon untuk berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.


"Sehingga jam 6 pagi, beliau didapati masih tidur. Selepas itu dia tidak kelihatan lagi,” katanya.

Mohd Shukri berkata, setelah dimaklumkan oleh orang ramai mengenai penemuan mayat Beng Hock di Tingkat 5, SPRM terus membuat laporan polis.

“Dari mana dia jatuh atau tempat mana dia jatuh saya tidak boleh pastikan kerana masih dalam siasatan polis,” katanya.

Mohd Shukri berkata, semasa siasatan dilakukan, beliau memberi kerjasama sepenuhnya dan beliau tidak menunjukkan sebarang rasa tertekan pada riak wajahnya.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengah hari.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut berikutan siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku.

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, empat unit patologi, dua dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan masing-masing satu dari HTAR dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut dipanggil mengambil bukti.

Menurutnya, beliau turut memberi peluang kepada keluarga mangsa untuk mencari ahli patologi mereka sendiri bagi turut sama dalam siasatan, bagaimanapun mereka gagal membawa sebarang ahli patologi sehingga mayat diangkat.

Mayat Teoh Beng Hock, 30, dikeluarkan dari bangunan berkenaan melalui pintu belakang kira-kira jam 9 malam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.




Baca selanjutnya..

Wednesday, July 15, 2009

Misteri 'sakit' Sulaiman Abdullah, siapa bakal ketua peguambela?

Jenis sakit, peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah, masih menjadi misteri hingga ke hari ini, kerana peguam itu tidak tampil sendiri memberi kenyataan, sebaliknya diceritakan oleh pihak lain.

Misteri itu terus menjadi tanda tanya, kerana tidak dinyatakan apakah jenis penyakit sebenarnya yang dialaminya yang berppunca dari sakit kepala. Tambah misteri lagi Anwar Ibrahim menggambarkan kesakitan yang dialami oleh peguamnya 'sangat teruk', tetai tidak menjelaskannya secara terperinci.

Sulaiman Abdullah mulai sakit kepala sejak akhir Jun, apabila kali terakhir beliau hadir ke Mahkamah Rayuan untuk memohon kes liwat itu kekal di Mahkamah Seksyen. Tetapi permohonan memindahkan kes itu gagal dan kes tersebut dikekalkan di Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan memohon dokumen yang sepatutnya dibicarakan pada 1 Julai terpaksa ditangguhkan kepada 3 Julai apabila mahkamah membenarkan permohonan Anwar untuk mengikuti persidangan parlimen.

Pada 3 Julai, mahkamah sekali lagi terpaksa ditangguhkan kepada 8 Julai, apabila Sulaiman Abdullah sendiri memberitahu mahkamah memohon agar kes ini ditangguhkan kerana beliau sakit sejak semalam (2 Julai) dan diberi surat cuti sehingga selasa depan (7 Julai).

Pada 8 Julai, sekali lagi hakim terpaksa menangguhkan kes kepada 15 Julai, apabila peguam Anwar memohon di mahkamah, kes ini tidak boleh dimulakan selagi Sulaiman belum sihat kerana Anwar amat memerlukan khidmat ketua peguambela itu. Mahkamah dimaklumkan Sulaiman Abdullah terpaksa menyambung cuti kerana kesihatannya belum pulih.

Sulaiman Abdullah dikatakan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami masalah kesihatan.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pihak pembelaan menerima surat daripada pihak hospital bertarikh 6 Julai yang menyatakan Sulaiman perlu menjalani pemeriksaan lanjut selama seminggu kerana menghadapi masalah pening kepala.

Pada hari ini (15 Julai), peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu mahkamah bahawa Sulaiman Abdullah terpaksa menarik diri kerana kesihatannya masih teruk dan memohon mahkamah menangguhkan kes ini sekurang-kurangnya dua minggu untuk Anwar mencari pengganti terbaik kepada Sulaiman.

Mahkamah memutuskan prosiding diteruskan dan pihak penguambela Anwar diberi tempoh hingga ke petang(2 petang) untuk menyelesaikan masalah mereka.

Dalam pada itu, Anwar dalam sidang media tengahari tadi berkata, beliau dimaklumkan Sulaiman menghadapi masalah kesihatan yang agak teruk.

"Saya dimakkumkan mengenai masalah kesihatan Haji Sulaiman yang kini agak teruk lewat petang semalam.

"Beliau tidak boleh teruskan kes saya ini dan juga mana-mana kes lain, beliau terpaksa menarik diri dari kes ini...ia adalah berita yang menyedihkan bagi barisan pembelaan.

"Oleh itu saya perlu berbincang semula dengan barisan peguam yang lain untuk menentukan penggantinya," katanya semasa ditemui di dalam mahkamah.

Sementara itu, wakil peguam Anwar, Sankara Nair ketika ditemui berkata, pihaknya cuba untuk meminta hakim menangguhkan prosiding hari ini bagi memberi peluang kepada anak guam mereka menentukan pengganti Sulaiman.

Bagaimanapun katanya hakim menolak dengan alasan Anwar boleh diwakili oleh mana-mana peguam yang terlibat dalam kumpulan pembelaan ini.

"Jadi kita terpaksa untuk berbincang dahulu mengenai kedudukan kes ini.

"Buat masa ini kita belum kenal pasti siapa yang akan menggantikan Sulaiman," katanya.

Ditanya sama ada salah seorang peguam Anwar akan mengetuai kes Anwar, Sankara berkata tidak ada seorang dari mereka yang layak untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Pengganti Sulaiman mestilah setaraf dengannya dari segi senioriti, kami masih junior malah saya sendiri masih belum capai tahap beliau terutamanya kecekapannya dalam berbahas," katanya.

Sankara juga berkata jika sehingga pukul 2 petang ini pihaknya masih belum menemui pengganti yang sesuai, mereka berkemungkinan akan menemui semula hakim bagi memohon supaya mempertimbangkan supaya kes ini ditangguhkan.

"Untuk mencari pengganti bukannya mudah, kami memerlukan masa sekurang-kurangnya satu atau dua minggu.

"Malah Datuk Seri Anwar mempunyai hak untuk menentukan siapakah peguam yang akan mewakilinya di bawah Seksyen 5 Perlembagaan Persekutuan...kami hanyalah peguam pembantu," katanya.


Baca selanjutnya..

Peguambela Anwar mahu semua dokumen asal, perbicaraan disambung esok pagi

Perbicaraan diteruskan petang tadi dengan pembentangan hujah-hujah penguambela dan pendakwaraya mengenai permohonan dokumen.

Peguam pembela, Edmund Bon menegaskan bahawa pihaknya mahu pihak pendakwa raya menyerahkan semua dokumen dan bukti yang berkaitan sebelum perbicaraan kes liwat berkenaan bermula.

Sambil mengakui bahawa memang benar pihak pendakwaraya telah menyerahkan beberapa dokumen yang diminta sebelum ini tetapi menurutnya dokumen-dokumen itu masih belum lengkap.

"Pendakwaraya sepatutnya menyerahkan semua dokumen yang berkaitan berdasarkan Artikel 51 A iaitu semua dokumen dan bukti perlu dikemukakan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula," kata Edmund dalam hujahannya.

Antara dokumen yang diminta adalah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.

Edmund menjelaskan lagi, pihaknya mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi pihaknya untuk menyediakan pembelaan dengan secukupnya.

Katanya, oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

"Mereka telah berikan salinan bercetak gambar dari beberapa lokasi hasil daripada rakaman CCTV, kemudian mereka serahkan CD (cakera padat) yang mengandungi salinan gambar berkenaan.

"Tapi kami mahukan rakaman asal CCTV berkenaan untuk diuji oleh pakar," katanya.


Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihak pembelaan tidak memahami maksud sebenar yang terkandung dalam Artikel 51.

"Artikel 51 menyebut satu arahan supaya menyerahkan dokumen dan barang yang berkaitan, manakala Artikel 51 A bermaksud hak untuk memperoleh dokumen berkenaan.

"Bagaimanapun kita sudah menyerahkan dokumen yang mereka mahukan...harus diingat dokumen.

"Sampel darah atau sampel rambut bukanlah dokumen, namun kita tetap membekalkan mereka laporan bagi bahan-bahan berkenaan," kata Yusof.

Kata beliau lagi, beberapa bukti sememangnya tidak dapat diberikan kepada pihak pembelaan kerana telah disimpan rapi sehinggalah mahkamah mengarahkan untuk mengemukakannya sewaktu perbicaraan berlangsung nanti.

Beliau menegaskan tidak timbul isu pihak pendakwa menyembunyikan dokumen dan bukti-bukti berkenaan kerana apa yang boleh diserahkan telahpun diserahkan.

"Apa yang boleh kita serah, kita dah serahkan," katanya.

Perbicaraan bagi permohonan dokumen yang berjalan selama hampir dua jam itu ditangguhkan pada pukul 5.10 petang tadi dan akan disambung semula esok pada pukul 9 pagi.


Baca selanjutnya..

Anwar kecewa permohonan untuk tangguhkan kes ditolak

Anwar Ibrahim dengan nada kecewa memaklumkan kepada media, bahawa beliau memohon agar kes ini ditangguhkan sehingga mendapat penganti sesuai untuk menggantikan Sulaiman Abdullah yang telah menarik diri daripada menjadi ketua pasukan peguambelanya.

Tetapi hakim memutuskan prosiding kes perlu diteruskan kerana Anwar masih mempunyai lapan orang peguamnya yang lain.

Prosiding kes akan disambung semula jam 2.00 petang ini, setelah berhenti rehat pagi tadi.

Pada petang ini, mahkamah dijangka mendengar dua permohonan yang telah Anwar sebelum ini iaitu perbicaraan memohon dokumen dan perbicaraan menggugurkan kes. Kedua-dua perbicaraan ini terpaksa ditangguh sebanyak dua kali kerana Sulaiman Abdullah cuti sakit.

Desas desus Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes ini, sudah kedengaran sejak 7 Julai lalu, apabila beliau menyambung cuti sakit yang sebelum ini sudah dua minggu telah diberi cuti.


Difahamkan, Sulaiman mengambil keputusan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes Anwar setelah pihak pendakwaraya membekalkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang bakal dibawa ke mahkamah.

Dokumen tersebut termasuk laporan DNA, senarai saksi dan rakaman CCTV.


Baca selanjutnya..

Sulaiman Abdullah, ketua peguambela Anwar tarik diri

Anwar memberitahu media pagi ini (15 Julai), ketua pasukan peguamnya, Sulaiman Abdullah telah menarik diri daripada mengendalikan kes liwat Anwar dengan alasan sakit tenat.

"Saya jumpa Sulaiman semalam, dia sakit tenat dan tidak boleh meneruskan untuk kendalikan kes. Saya perlukan masa untuk mencari peguam baru", kata Anwar di bangunan mahkamah pagi ini.

Desas desus Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes ini, sudah kedengaran sejak 7 Julai lalu, apabila beliau menyambung cuti sakit yang sebelum ini sudah dua minggu telah diberi cuti.

Ketidakhadiran Sulaiman menyebabkan mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan sebanyak dua kali.

Difahamkan, Sulaiman mengambil keputusan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes Anwar setelah pihak pendakwaraya membekalkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang bakal dibawa ke mahkamah.

Dokumen tersebut termasuk laporan DNA, senarai saksi dan rakaman CCTV.


Baca selanjutnya..

Sunday, July 12, 2009

Kebebasan dan demokrasi senjata utama lumpuhkan negara Islam

Kebebasan dan demokrasi adalah kunci persefahaman hubungan antara Islam dan Barat, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, semasa berucap di Persidangan Antara Agama, Perth, Australia (Perth Interfaith Conference), 11 Julai.

Menurut Anwar, intipati ajaran Islam menganggap 'kebebasan' adalah satu daripada objektif tertinggi dalam hukum Tuhan yang menyerupai ciri-ciri perlembagaan demokrasi iaitu kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara menentang kezaliman, seruan untuk pembaharuan terhadap hak milik harta.

Menurut Anwar, hanya kebebasan dan demokrasi sahaja dapat melumpuhkan agenda sesetengah pihak di negara Islam yang mahu menubuhkan sebuah 'negara Islam' berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Keghairahan pihak tertentu melaungkan slogan 'negara Islam' itu akan mewujudkan semangat jihad dan lebih cenderung dengan aktiviti teroris.

Anwar berharap, Presiden Obama tidak melakukan kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh Presiden-presiden Amerika sebelum ini dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.

Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam persidangan antara agama di Perth itu adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.

Semasa Presiden Bush, beliau telah menumpukan usaha melawan teroris di dunia Islam itu dengan memberi bantuan kewangan kepada program 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam. Namun usaha Presiden Bush menemui jalan buntu kerana Presdien Bush menjalan dasar terpilih, iaitu sesetengah negara Islam, Bush menyokong program 'kebebasan' dan 'demokrasi', tetapi di sesetengah negara Islam lain Bush menyokong golongan autokrasi (kuku besi).

Walaupun, di sesetengah negara muslim yang diperintah oleh autokrasi itu terdapat golongan moderat dan pembaharuan (yang sama aspirasi dengan Amerika Syarikat), tetapi Presiden Bush memilih pendekatan untuk menyokong autokrasi. Menurut Anwar, inilah faktor utama agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' gagal dilaksanakan sepenuhnya di negara-negara muslim itu.

Menurutnya lagi, hanya Turki sahaja berjaya menjadi model 'kebebasan' dan 'demokrasi' serta kegiatan teroris dapat dibendung sepenuhnya di negara itu.

Dasar tidak bijaksana pentadbiran washington merupakan penyumbang kegagalan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi', misalnya operasi CIA menumbangkan Perdana Menteri Iran, Mossadegh, semasa pemerintahan Shah Iran Pahlavi, kerana selepas itu Iran jatuh ke tangan Republik Islam, Ayatollah Khomeini.

Anwar berharap, Presiden Obama tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini, dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.

Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam program itu adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.



Baca selanjutnya..

Saturday, July 11, 2009

Mungkinkah terdapat tali barut Anwar di pejabat Peguam Negara ?

MUNGKINKAH ada dalang atau tali-barut Anwar Ibrahim di pejabat Peguam Negara ?. Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Wira Syed Ali Alhabshee apabila diminta mengenai isu penangguhan perbicaraan kes liwat Anwar.

Kes Anwar yang sepatutnya dibicarakan pada 8 Julai, ditangguhkan kepada 15 Julai, dengan alasan ketua peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

“Semuanya adalah perancangan Anwar untuk melambat-lambatkan proses perbicaraan sehingga menjejaskan kredibiliti mahkamah,” jelas Syed Ali AlHabshee, dalam laman UMNO bahagian Cheras.

Katanya, hari ini peguambela Suleiman Abdullah sambung cuti sakit menyebabkan kes tersebut ditangguhkan dan tidak mustahil selepas ini Anwar pula yang akan cuti sakit.


Menurut Syed Ali lagi, peguambela yang mewakili Anwar difahamkan akan menfailkan notis supaya pendakwaan kes tidak diletakkan di bawah Peguam Negara, Ghani Patail.

Dalam reaksi spontannya beliau berkata, ini semua cubaan untuk melengah-lengahkan kes liwat Anwar dan secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti mahkamah.

Rabu depan mahkamah difahamkan akan memutuskan permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen kes dan selepas itu barulah kes pertuduhan sebenar (liwat) akan dimulakan.

“Ini hanya akan memakan masa dan dalam tempoh itu, tidak mustahil Anwar akan cari helah lain lagi,” tambahnya.

Menurut beliau, Anwar amat licik permainan politiknya dan beliau menggunakan taktik psikologi supaya kesnya cair di mahkamah sehingga orang ramai termasuk pihak yang mendakwa menjadi bosan.

“Apabila sudah bosan, kes itu tidak lagi menjadi perhatian umum dan Anwar berasa lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali menggesa supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dilucutkan serta merta sehingga kes pertuduhan liwatnya selesai.

Beliau mendakwa, kewibawaan Dewan Rakyat turut tercemar kerana mempunyai Ketua Pembangakang yang masih berdepan dengan masalah undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mencabar wakil rakyat pembangkang mengemukakan usul supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangakang diserahkan kepada mereka yang tidak berdepan dengan masalah di mahkamah.

“Pembangkang masih ada Haji Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang termasuk Ibrahim Ali, mereka boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen,” ujarnya.


Baca selanjutnya..

Friday, July 10, 2009

Azmin Ali dakwa Tan Sri Khalid bermasalah di Selangor?

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak portfolio anggota exco kerajaan negeri sekarang.

"Pelantikan ahli exco tidak boleh berdasarkan parti dan kaum, tetapi lebih kepada keupayaan mereka untuk mentadbir dengan berkesan," kata Azmin seperti yang dilaporkan Bernama semalam.

Kenyataan Azmin yang merupakan orang kepercayaan Anwar Ibrahim itu telah mengejutkan banyak pihak kerana kenyataan tersebut boleh ditafsir daripada pelbagai sudut.

Pertama, exco kerajaan negeri Selangor, banyak masalah sehingga menyebabkan kerajaan negeri di bawah Tan Sri khalid tidak efektif.

Kedua, kepimpinan Tan Sri Khalid sendiri bermasalah dan tidak mampu memberikan arahan efektif kepada para exconya.

Walau apapun tafsirannya, tetapi dengan kenyataan terbuka Azmin Ali dibuat kepada media, menyebabkan Tan Sri Khalid sekali lagi menjadi tumpuan umum, seolah-olah wujud sesuatu yang tidak kena dengan pentadbirannya itu.

Ada pendapat yang mengatakan rombakan jawatan Pengarah Pilihanraya yang disandang oleh Azmin Ali sebelum ini, semata-mata untuk membolehkan Azmin membantu sepenuh masa kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor.

Rombakan jawatan itu dibuat oleh Anwar Ibrahim, beberapa bulan lepas, setelah terdapat laporan kegagalan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor.

Apabila Azmin Ali sendiri membuat kenyataan seperti di atas, mengesahkan lagi bahawa pemerintahan Tan Sri Khalid berada dalam kancah masalah


Baca selanjutnya..

11 Julai Anwar Ke Perth : diiktiraf tokoh Islam Pluralis Interfaith Conference Perth

Walaupun Anwar Ibrahim masih menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah pada 15 Julai, tetapi beliau masih merancang untuk berseminar ke luar negara.

Esok, 11 Julai, Anwar merancang mengadakan ucap utama di Interfaith Conference (Persidangan Antara Agama) di Perth, Australia.


Tema persidangan itu berasaskan ‘A Common Word Between Us and You’ seperti termaktub dalam surat yang ditandatangani Anwar Ibrahim kepada Pope pada tahun 2006, yang mahukan persefahaman antara Islam dan Kristian.

Selain Anwar, perceramah lain adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.

Anwar Ibrahim yang ketika mudanya dikenali sebagai tokoh Islam fundamentalis, kini beralih arah kepada tokoh Islam Pluralis (sama rata antara agama).

Perubahan drastik aliran pemikiran Islam Anwar itu semenjak beliau bebas dari penjara pada tahun 2004 dan menetap di Amerika Syarikat selama 2 tahun (2005 - 2007).

Semasa di Amerika Syarikat, beliau menjadi pensyarah kehormat di Center for Muslim and Christian Understanding, Georgetown University yang diseliakan oleh John Esposito, tokoh Kristian yang disegani di Amerika.



Baca selanjutnya..

Thursday, July 9, 2009

Anwar terkedu dijerit sekumpulan AMK PKR

Majlis Ceramah Perdana yang dihadiri Anwar di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang malam tadi, 8 Julai diakhiri dengan peristiwa tragis, apabila sekumpulan ahli Angkatan Muda PKR, Ampang melakukan kekecohan di depan Anwar Ibrahim.

Kekecohan itu berpunca apabila sekumpulan ahli AMK Ampang ini dihalang dari menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan itu keluar dari dewan ceramah.

Sambil mengantung kain rentang dan mengedarkan memorandum kepada orang ramai yang hadir di majlis tersebut, kumpulan ini berteriak ke arah Anwar supaya suara mereka didengari.

Di celah-celah kekecohan itu wujud suara dari pengawal yang mengiringi Anwar berkata:

" tolong bertenang, kalau orang UMNO tau malu kita, benda ini boleh diselesaikan secara baik, tolong bertenang"


Menurut memorandum yang diedarkan kepada umum, kumpulan ini membantah perlantikan Izzudin Che Din, Sooria Narayanan, dan Tan Hua Meng sebagai ahli Majlis MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) bagi sesi 2009/2010.

Bantahan itu dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan yang selalu diperjuangkan parti, dengan mendakwa dua ahli majlis tersebut membuat permohonan palsu untuk menjadi ahli majlis MPAJ. Manakala mereka menolak perlantikan Tan Hua Meng kerana bukan cadangan PKR Ampang.

Bantahan itu juga juga difahamkan sebagai kemuncak protes terhadap pimpinan PKR Ampang dan negeri khususnya kepada YB Zuraida Kamaruddin.

Dengan disaksikan penyokong PKR yang berada di luar dewan, Anwar sendiri sebenarnya tidak menyangka perkara tersebut berlaku, kerana di dalam dewan, semasa berceramah beliau dengan yakin menyatakan bahawa PKR masih kuat dan utuh, dan sekiranya wujud perselisihan serta masalah Anwar mendakwa ia merupakan fitnah dan mainan media massa dan pihak UMNO/BN.

Namun tidak sampai setengah jam ucapannya, beliau telah dimalukan dengan eksiden tidak disangka itu.

Sementara itu, menurut tinjauan umum kepada orang ramai yang menghadiri ceramah perdana tersebut didapati sesetengah pengunjung mengatakan mereka sebenarnya tidak teruja dengan kes liwat Anwar terbaru itu berbanding dengan kes liwat tahun 1998.

Selain Anwar , YB Azmin Ali, YB. Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim, juga turut menyampaikan ceramah untuk menerangkan kepada ahli-ahli parti berkenaan isu liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.



Baca selanjutnya..

Wednesday, July 8, 2009

Kes liwat Anwar ditangguh 15 Julai

Perbicaraan kes liwat Anwar yang sepatutnya didengar hari ini terpaksa ditangguhkan kerana ketua pasukan peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah masih bercuti sakit dan kini masih berada di wad.

Sulaiman Abdullah memohon kepada mahkamah agar kes ini ditangguhkan kerana beliau kurang sihat dan telah diberi cuti sakit sejak 1 Julai lalu.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan permohonan pihak peguambela itu dan menetapkan 15 Julai (Rabu) sebagai tarikh mendengar permohonan Anwar untuk memohon dokumen dan gugurkan kes.

Keputusan penangguhan itu disambut dengan laungan 'Reformasi' dan 'Bebas Anwar' oleh Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR bersama dengan 50 orang para penyokongnya yang berpakain hitam.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda PKR itu berikrar akan membawa 5000 orang penyokong untuk mengiringi Anwar di mahkamah.


Baca selanjutnya..

Permohonan Anwar gugurkan kes liwat hari ini

Hari ini, 8 Julai mahkamah akan memutuskan perbicaraan kes liwat, boleh diteruskan atau digugurkan, sepertimana yang dituntut oleh pihak peguam bela Anwar, dalam petisen 17 Jun lalu.

Sekiranya peguam Anwar gagal mengemukakan hujah-hujah yang konkrit untuk menggugurkan kes, maka sebutan kes oleh pihak pendakwaraya akan dilakukan selepas keputusan hakim menolak permohonan Anwar itu.

Pihak mahkamah dijangka akan meneruskan kes liwat itu berdasarkan hujah-hujah pasukan peguambela yang tidak begitu konkrit, berbanding dengan bukti-bukti pihak pendakwaraya yang berkaitan dengan DNA dan sampel air mani.

Sebelum ini, pihak pendakwaraya gagal membuat sebutan kes, kerana karenah penguambela Anwar yang berusaha untuk menangguh-nangguhkan serta berusaha menggugurkan kes.

Di samping itu, pada hari ini, mahkamah juga turut mendengar satu lagi permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes liwat.

Perbicaraan ini yang sepatutnya dilakukan pada 1 Julai lalu, terpaksa ditangguhkan ke hari ini apabila ketua pasukan peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah memohon kepada mahkamah agar kes ini ditangguhkan kerana beliau kurang sihat dan telah diberi cuti sakit sehingga tujuh hari.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, du Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Pada 10 Jun lalu, Anwar memfailkan permohonan supaya pendakwa raya membekalkan semua dokumen dan barangan berkaitan kes liwat tersebut sebelum perbicaraan penuh bermula.

Antara yang dipohon ialah rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Desa Damansara Condominium, sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari dan kenyataan polis.




Baca selanjutnya..