Tuesday, June 8, 2010

Gershon Baskin : Anwar Ibrahim tokoh dikagumi Presiden Israel



Seorang aktivis 'neo-Zionist', Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestin di Jerusalem (IPCRI) merumuskan hanya Anwar Ibrahim sahaja calon yang paling layak berunding dengan Ariel Sharon (Presiden Israel) untuk menyelesaikan konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.

Gershon Baskin dalam tulisannya di Israel Insider, pada 6 Januari 2006 mengakui telah berjumpa dengan Anwar sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang kedudukan Hamas yang bersenjata menyertai pilihanraya.

"Anwar dengan tegas dan berterus-terang menjawab bahawa prasyarat untuk mana – mana parti menyertai pilihan raya mestilah melucutkan senjata. Parti dan kumpulan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai proses pilihanraya kerana mencemar demokrasi dan konsep kebebasan”, Kata Baskin.

Menurut Baskin lagi, "Ariel Sharon (bekas Presiden Israel) sudah tentu akan gembira dan bersetuju seratus peratus dengan jawapan Anwar Ibrahim itu, sekiranya beliau (Anwar) merupakan rakyat Palestin, beliau mungkin menjadi rakan seperbincangan dengan Sharon".

Sekali lagi Gershon Baskin bersemuka dengan Anwar di New York pada 1 Disember 2005. Baskin mengemukakan soalan yang sama semasa sesi soal jawab ucap utama Anwar bertajuk “Masa Depan Demokrasi Muslim" anjuran NED (National Endowment for Democracy)

Rujuk soalan Baskin dan jawapan Anwar dalam video di atas :

Soalan Baskin ”apa pandangan anda (Anwar) mengenai proses kematangan demokrasi di Palestin apabila Hamas/Hezbollah yang kononnya berusaha ke arah demokrasi tetapi pada masa yang sama mengekalkan perjuangan mengangkat senjata dan ketenteraan"

Walaupun soalan Baskin ini berbentuk prejudis kerana telah memberi perspektif negatif kepada Hamas/Hezbollah yang dilabel tidak layak menyertai demokrasi kerana mempunyai senjata, tetapi Anwar tidak menyanggah sikap persjudis tokoh neo-zionis itu.

Sebaliknya, Anwar turut bersetuju dan berkongsi sentimen apa yang dirasai oleh aktivis IPCRI itu.

"Sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib (Gershon Baskin) dari Israel..” …”Saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama….” Kata Anwar.

"Apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi atau mengambil bahagian di dalam proses demokrasi, mereka (Hezbollah dan Hamas) harus membuang semua cara .. pilihan-pilihan lain dari segi keganasan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan"

"Jadi saya, amat pasti jika Hamas dan Hezbollah pada ketika mereka menerima dan mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan”, kata Anwar lagi.

Dalam keseluruhan jawapan di atas, Anwar mendakwa Hamas/Hezbollah tidak demokrasi kerana memiliki senjata, walaupun hakikat sebenar mereka bersenjata kerana membela diri daripada serangan Israel yang mempunyai senjata dan ketenteraan yang jauh lebih ganas.

Jawapan Anwar ini menyebabkan sekali lagi Gershon Baskin memuji kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai 'paling terbaik di dunia' dalam tulisannya di The Jerusalem Times, 27 Januari 2006.