Thursday, June 3, 2010

Gertakan Karpal Tentang Unit 1152 Tidak Berjaya

KUALA LUMPUR - Walaupun rundingan di antara peguam utama Anwar, Karpal Singh dengan peguam pemilik kondominium berjaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat unit 1152 pagi ini, tetapi Karpal gagal menggunakan hujah alibi di mahkamah hari ini.

Semasa Karpal meminta saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil semula dalam pemeriksaan balas, peguam utama Anwar itu berusaha untuk memesongkan minda Saiful bahawa Anwar tidak berada di unit 1151 seperti mana yang didakwa dalam pertuduhan sebelum ini.

Karpal memprovoke kepada saksi utama dengan mengatakan sepanjang masa pertuduhan tersebut, Anwar hanya berada di Unit 1152. Namun disangkal dengan tegas oleh Saiful.

Karpal: Kau menipu.

Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal tidak meneruskan provokasi itu sebaliknya, beliau berkata akan mengemukakan notis alibi yang menunjukkan Anwar tidak berada di unit berkenaan. Namun begitu, Karpal tidak menyebut sebarang nama 'alibi' yang boleh mengugat kebenaran dakwaan saksi utama tersebut.

Sebelum ini, Anwar dan barisan peguamnya tidak pernah menggunakan hujah notis alibi, dalam mana-mana ceramah penerangan PKR di pentas politik. Anwar dan barisan penceramahnya hanya menggunakan 'hujah laporan tiga doktor' yang menunjukkan tiada berlakunya penetrasi(penembusan).

Namun begitu, setelah ketiga-tiga doktor dipanggil sebagai saksi pagi ini, Karpal mula menggunakan hujah baru iaitu 'alibi' tanpa menyebut penamanya.

Pagi tadi, pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau Unit 1152 kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Setelah saksi para doktor memberi keterangan pagi ini, Karpal sekali lagi memohon kepada mahkamah agar perbicaraan diadakan secara tertutup.Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.