Friday, June 25, 2010

Al Gore Terlibat Skandal Seks



Polis wilayah Portland,Oregon Amerika Syarikat hari ini (23 Jun 2010) mengeluarkan laporan mereka berkenaan gangguan seksual pada tahun 2006 yang melibatkan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore terhadap ahli terapi dan tukang urut di sebuah hotel mewah di pusat bandar Portland.

Perkara ini turut dilaporkan oleh National Enquirer dan akhbar tempatan Portland Tribune, yang memohon kepada pihak polis wilayah berkenaan untuk mendapatkan dokumen tersebut yang dikeluarkan pada Rabu.

Identiti ahli terapi dan tukang urut itu belum dikenalpasti. Kisah gangguan seksual Al Gore ini ada asasnya apabila beliau tiba-tiba berpisah dengan isteri beliau pada musim bunga lepas yang dikahwininya berpuluh-puluh tahun, sedangkan ramai beranggapan beliau lebih setia dengan isterinya berbanding Bill Clinton yang pernah curang dengan isteri beliau.


Laporan itu juga menunjukkan Gore disiasat oleh pihak Polis Portland tentang serangan seksual berkenaan, tetapi mangsa berkemungkinan menolak untuk membantu siasatan hingga Januari tahun lalu.

Baca laporan Polis Portland tentang gangguan seksual berkenaan perkara ini di sini dan sini.



Untuk rekod beberapa rakan Al Gore turut mempunyai skandal seks masing-masing. Antaranya yang paling terkenal ialah Skandal Bill Clinton-Monica Lewinsky dan skandal Seks yang melibatkan rakan beliau di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Hubungan Al Gore dan Anwar Ibrahim rapat apabila Anwar Ibrahim menganggotai organisasi yang ditubuhkan Al Gore iaitu Generation Investment Management Group dan Accountability.