Thursday, June 24, 2010

Minta sokongan semula zionis : Anwar Ibrahim kini berada di Washington

Tanpa disedari oleh rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat untuk membetulkan semula salah tangapan bahawa beliau 'anti semitik' dan 'anti Yahudi' sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar telah membuat kenyataan di Malaysiakini bahawa tuduhan yang dilakukan oleh APCO dan Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International adalah tidak benar.

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". Klik di sini

Kenyataan Anwar itu kemudian disusuli dengan lawatan kerja Anwar ke Amerika Syarikat bermula hari ini menemui rangkaian zionis untuk membetulkan salah tanggapan tersebut.

Laporan twitter Anwar sendiri menyebut, beliau telah menemui Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politiknya di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Dalam laporan twiter itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Dipercayai, rangka kerja proses lobi Anwar ke Amerika Syarikat tersebut diatur oleh IIIT(International Institute of Islamic Thought), satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Anwar di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Dr Jamal Berzinji, juga salah seorang pengasas IIIT merupakan pelobi utama Anwar di Amerika Syarikat. Beliau telah membekalkan salah seorang ahli IIIT, Aazil Kazi Ahmad, menjadi pegawai khas Anwar untuk mempermudahkan proses lobi Anwar di Amerika Syarikat.