Saturday, June 26, 2010

Misi Anwar ke Washington berjaya betulkan salah faham isu 'anti Yahudi'

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat telah menemui beberapa tokoh politik Demokrat yang diharap dapat membetulkan isu salah faham tentang isu 'anti semitik' yang telah dilemparkan kepadanya berkaitan kritikannya terhadap APCO di parlimen Malaysia baru-baru ini.

Antara tokoh-tokoh Demokrat yang telah ditemui beliau adalah Sir William Cohen, bekas Setiausaha Pertahanan, Keith Maurice Ellison, Ahli Kongres dan Kurt Campbell, Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik.

Sir Wiliam Cohen merupakan merupakan seorang zionis yang dianggap sebagai 'penasihat kerajaan Presiden Obama dan beliau merupakan salah seorang godfather Anwar dalam membina karier politiknya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini

Keith Ellison merupakan salah seorang ahli Kongres kerajaan Presiden Obama. Beliau berasal dari penganut Kristian yang memeluk Islam versi Nation of Islam ajaran Malcolm X dan Elijah Muhamad. Isteriya Kim Ellison masih mengekalkan beragama Kristian meskipun telah berkahwin dengan Keith. Begitu juga dengan lima orang anaknya dibenarkan mengikuti agama yang diminati mereka.

Walaupun beragama Islam, tetapi pemikiran politiknya sama seperti ahli Kongres Kristian. Beliau juga pro-Israel dan pernah melawat Israel untuk menemui Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin. Lawatan itu ditaja oleh American Israel Education Federation.

Anwar juga turut memberi laporan terperinci kepada Kurt Campbell, Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, pentadbir kerajaan Amerika yang menjaga khusus hal ehwal politik Asia Tenggara.

Sekitar Mac lalu, Anwar pernah meminta pertolongan Kurt Campbell supaya kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwatnya. Campbell seperti dilaporkan The Economist pernah berkata "Di sini saya juga ingin katakan bahawa Anwar sangat dikenali, beliau juga mempunyai ramai kawan bertaraf tinggi di AS yang sangat mengambil berat tentangnya dan kami mahu proses kehakiman yang adil selain terus memerhatikan perkara ini." Klik di sini

Namun dalam pertemuan terbaru dengan Campbell semalam, Anwar turut menyatakan kekecewaan dengan kerajaan Presiden Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya.

"Kami kecewa. Kami menjangkakan kerajaan Presiden Obama melakukan lebih baik daripada Presiden Bush dalam memberi sokongan kepada kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang(sekular)", kata Anwar kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Semasa di Washington, Anwar turut diberi peluang berucap di Woodrow Wilson International Center anjuran Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam ICG (International Crisis Group).

Woodrow Wilson International Center merupakan Pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. Woodrow Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana semasa pemerintahannya, beliau mengesahkan Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menubuhkan 'negara'di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi. Klik di sini

Dalam ucapan Anwar bertajuk "Islam and Democracy in Southeast Asia", beliau bertegas pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah kepada Kristian dan mengkritik kerajaan Malaysia yang tidak bertolenrasi terhadap penggunaan kalimah Allah itu.

"Ia benar-benar gila tidak munasabah untuk proposal cadangan yang dikenakan atas orang lain, bukan Islam, satu undang-undang yang menafikan hak mereka untuk menggunakan nama Allah", kata Anwar.

"Peraturan begini hanya datang dari kerajaan pemerintah yang bersifat perkauman, tidak toleransi dan tidak demokratik", katanya lagi.