Tuesday, June 29, 2010

'Wolfowitz arahkan Anwar tugas penting', kata Gus Dur

Abdurrahman Wahid(Gus Dur) mengesahkan Paul Wolfowitz, seorang zionis yang digelar arkitek perang di Iraq telah memberi arahan penting kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan sulit di Munich pada tahun 2004.

"Wolfowitz tugaskan Anwar jadi “juru penengah” untuk membendung keinginan golongan muda muslimin, yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan Islam sebagai moto kehidupan untuk mencapai cita-cita Negara Islam", kata Gus Dur dalam tulisan di lamannya, www.gusdur.net.

Gus Dur berpendapat tugas Anwar menghalang kebangkitan golongan muda muslim yang bercita-cita itu amat penting kerana sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam.

"Tugas Anwar sama seperti tugas Saad Ed-Din Ibrahim, tokoh Muslim Moderat Mesir", kata Gus Dur lagi.

Saad Ed Din merupakan aktivis hak asasi dan demokrasi di Mesir. Dilantik Profesor sosiologi di Univesiti Amerika di Cairo. Terlibat aktif dalam organisasi hak asasi Arab dan dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat The Project on Middle East Democracy(POMED), satu NGO demokrasi tajaan Amerika Syarikat.

Di Mesir, Saad Ed Din dikenali sebagai pejuang hak asasi, demokrasi dan kebebasan beragama kumpulan minoriti.

Pernah dipenjara kerana tuduhan menerima wang asing dan terlibat membekalkan maklumat negara kepada pihak luar.Beliau didakwa menerima dana-dana antarabangsa (NED, IRI, USAID) yang berkaitan dengan demokrasi terutamanya dari Amerika Syarikat.

Saad Ed Din dianugerahkan "Tokoh Mulim Moderat" oleh CSID (Center for the Study of Islam & Democracy), sebuah NGO yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada tahun 2004, manakala Anwar mendapat anugerah yang sama pada tahun 2005.

"Tiada tokoh lain yang sesuai memikul tanggungjawab tersebut, sebab itu Paul Wolfowitz sanggup datang khusus ke Munich, semata-mata untuk berbincang dengan Anwar Ibrahim", kata Gus Dur.

Dalam tulisan bertajuk "Susu Kerbau Dibilang Susu Sapi", 8 Oktober 2004 itu [klik di sini] mengesahkan Gus Dur terlibat sama dalam pertemuan Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Munich pada 2004.

Ketika itu Paul Wolfowitz merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Beliau pernah dianugerahkan "Tokoh Israel Zionis Paling Berjaya" pada tahun 2002 Oleh JINSA (THE JEWISH INSTITUTE for NATIONAL SECURITY AFFAIRS) kerana kecemerlangannya sebagai arkitek perang mengukuhkan kedaulatan Israel.

Dalam tulisan sama Gus Dur turut menyentuh berkenaan pluralisme agama (persamaan agama).

"Agama Islam dan agama Yahudi (Judaisme), harus mencari perdamaian dan bukannya pertentangan yang terus menerus”, tegas Gus Dur