Wednesday, July 7, 2010

Berapa kos Anwar untuk jayakan misi mohon maaf kepada Yahudi ?

Pendedahan Joshua Treviño wartawan dari The New Ledger dalam artikelnya bertajuk "CNN, bad journalism, and Anwar’s apology tour"[klik di sini], 4 Julai 2010, membongkar lagi satu ruang misteri yang cuba disembunyikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka misi lawatan memohon maaf kepada Yahudi, di Washington baru-baru ini.



"Wawancara dirakam sebagai sebahagian daripada Misi Lawatan Mohon Maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Semitik yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia dapat disimpulkan bahawa media Barat telah membuat liputan yang salah berkenaan Anwar", dedah wartawan dari The New Ledger itu.

Kenyataan Joshua Treviño itu merujuk kepada wawancara di antara wartawan CNN International Connect To The World dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan Jumaat lepas.

Penulis yang juga Presiden Trevino Strategies and Media, Inc.di Sacramento, California berhujah Anwar telah menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN dan membayar penerbitan wawancara tersebut untuk menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

"Wawancara CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-semitik)", kritiknya.

Joshua Treviño yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan USA di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush turut mengkritik wartawan CNN yang tidak bertanyakan soalan kegagalan Anwar mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dan meminta bukti daripada Anwar yang mendakwa kerajaan Malaysia dibantu pelobi Yahudi di Amerika Syarikat dan beberapa pihak di Israel, sedangkan kedua-dua persoalan ini sudah menjadi pengetahuan umum.

Penulis The New Ledger juga menyifatkan wartawan CNN itu tidak melakukan penyelidikan mendalam dalam pembikinan beritanya. Hanya menghabiskan beberapa minit untuk bertanyakan Anwar dengan soalan-soalan yang mudah tetapi tidak serius kepada persoalan yang menjadi perhatian pihak Barat.

Misalnya ketika bertanyakan Anwar, berkenaan dengan dwi sistem undang-undang iaitu undang-undang Syariah (Islam) dan undang-undang sivil yang diamalkan di Malaysia.

Menurutnya lagi ketika menjawab persoalan tersebut, jawapan Anwar kabur. Anwar dilihat berusaha menampilkan dirinya anti undang-undang syariah seperti yang dikehendaki oleh pihak Barat tetapi dalam masa sama tidak mahu kehilangan sokongan rakan kompenannya dalam Pakatan, PAS yang mempertahankan perundangan syariah itu.

"Wartawan CNN itu jelas tidak berminat melakukan hal-hal kewartawananan, hal ini memudahkan Anwar untuk mencipta lebih banyak kekaburan", tegas penulis itu.

"Inilah yang terjadi di kalangan media utama. Sesiapa sahaja yang telah dibayar oleh Anwar untuk menaikkan imejnya di Amerika Syarikat yang pastinya mempunyai hubungan rapat di kalangan pengamal media, khususnya di CNN", tegas penulis itu lagi.

Menurut penulis, strategi wawancara dan soalan yang dirancang adalah sebahagian daripada kaedah untuk menjayakan misi lawatan Anwar ke Amerika dalam usaha menambat semula sokongan Yahudi.

Dalam AIDCNews sebelum ini[klik di sini], kami melaporkan usaha keras Anwar dengan melutut kepada Yahudi serta membersihkan imejnya sebagai bukan "anti-Yahudi dan anti-Semitik".

Dalam menjayakan misi itu Anwar dilaporkan telah berjumpa Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Keith Maurice Ellison, ahli kongres kerajaan Presiden Obama.

Berita antarabangsa, AFP pula melaporkan Anwar telah berjumpa dengan Kurt Campbell yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Negara Untuk Asia Timur dan Pasifik. Klik di sini

AFP melaporkan Anwar juga turut berucap di Woodrow Wilson International Center(WWIC), sebuah pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. Woodrow Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi'.



Dalam ucapan Anwar di WWIC, pidatonya senada dengan hasrat Israel iaitu untuk mendapatkan 'Sebuah Negara Israel Yang Sah' melalui muslihat yang licik yang dinamakan 'two state solution'. Tonton ucapan Anwar di WWIC dalam video di atas.

Lebih mengemparkan lagi laporan dari Jackson Diehl dari The Washington Post. Selain melaporkan Anwar berjumpa dengan beberapa tokoh Yahudi termasuk Howard Berman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Anwar turut dilaporkan memohon maaf kepada Yahudi berkenaan dengan penggunaan istilah yang pernah diucapkan sebelum ini yang mengguris perasan Yahudi.

"Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati". Lapor Diehl. Klik di sini