Monday, July 12, 2010

Jadual 'Anwar's Apology Tour' dibongkar

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha menutup segala aktivitinya semasa 'Apology Tour' bertemu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Amerika Syarikat baru-baru ini, namun blog The Unspinners telah mendedahkan jadual perjalanan Anwar secara terperinci hari ini. Klik di sini

Jadual 'Anwar's Apology Tour' membabitkan dua negeri terbesar di Amerika Syarikat iaitu New York dan Washington, bermula dari 20 Jun hingga 24 Jun 2010.

Selain itu, blogger kumbang turut menamakan satu lagi negeri yang dilawati Anwar, iaitu Virginia, tempat dianggap pengkalan sebuah badan pemikir Islam, IIIT (Institute of International Islamic Thought) yang diasaskan oleh Anwar bersama Dr Ismail Faruqi, Jamal Barzinji dan lain-lain. Klik di sini

Menurut Blog The Unspinners, Anwar sampai di Lapangan Terbang JFK, New York, pada 20 Jun, dan memulakan pertemuan pertama dengan menemui Malcolm Hoenlein yang mewakili organisasi Yahudi terbesar di Amerika iaitu 'Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations'.

Pertemuan Anwar dengan Malcolm Hoenlein itu diadakan pada 21 Jun, pada pukul 3 petang, di pejabatnya, Third Avenue New York.

Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations merupakan badan terbesar Yahudi di Amerika Syarikat yang menaungi 52 badan-badan Yahudi yang lain. Antara badan-badan yang dinaungi oleh organisasi itu adalah B’nai B’rith International, American Israel Public Affairs Committee, American Jewish Committee, American Jewish Congress, Bnai Zion, eligious Zionists of America, Zionist Organization of America dan lain-lain. Klik di sini

Pendedahan The Unspinners mengenai pertemuan Anwar dan Malcolm Hoenlein yang mewakili Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations merupakan maklumat baru yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana media sebelum ini.

Anwar sendiri dalam twiternya tidak menyebut pertemuan tersebut, kerana jika didedahkan agar mengesahkan lagi bahawa kunjungan Anwar ke Amerika Syarikat baru-baru ini benar-benar untuk 'melutut' kepada Yahudi kerana Malcolm Hoenlein merupakan tokoh yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Yahudi, sama ada di Amerika Syarikat mahu pun di Israel.Klik di sini

Malcolm Hoenlein merupakan Naib Pengerusi Eksekutif The Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations, pengasas/Pengarah The Greater New York Conference on Soviet Jewry dan The Jewish Community Relations Council of New York.Klik di sini

Pada 22 Jun , Anwar bertemu dengan Bret Stephens, seorang Yahudi yang berpengaruh di Wall Steet Journal. Stephens merupakan Timbalan Editorial Wall Steet Journal untuk edisi Eropah dan Asian. Anwar dilaporkan makan tengahhari di pejabat mereka di simpangan antara Avenue of the Americas dan 47/48th Street.

Selain berpengaruh Wall Steet Journal, Stephens turut mempunyai pengaruh di The Jerusalem Post, akhbar terkemuka di Israel kerana beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Israel itu dari tahun 2002-2004.

Pada jam 3 petang, Anwar berkunjung pula ke pejabat CNN di bangunan Time Warner di 58th Street.Beliau menemui sahabat karibnya bernama Farid Zakaria. Anwar dan Farid merupakan anggota CFR (Council on Foreign Relations), sebuah badan pemutus dasar luar Amerika Syarikat yang menyokong Israel.

Seterusnya pada 7 petang, Anwar sepatut menghadiri suatu forum yang berjodol “In Pursuit of a New Economic Paradigm.” di New York. Forum itu turut disertai oleh sahabat Yahudi Anwar iaitu James Wofensohn, namun tidak dapat dipastikan sama ada Anwar berjaya menghadiri forum itu atau tidak.

Keesokan harinya pada 23 Jun, Anwar menuju ke Washington DC. Jadual pertamanya menemui Carl Gershman pada pukul 11 pagi.

Carl Gershman merupakan seorang tokoh Yahudi yang menjadi Presiden National Endowment for Democrasy (NED) sejak tahun 1984. NED merupakan sebuah organisasi yang dibiayai CIA sebagai badan yang kononnya mempromosi demokrasi.

Semasa pentadbiran Presiden Bush, Anwar bersama-sama Gershman menyokong Doktrin Bush untuk membawa demokrasi di Timur Tengah khususnya menerapkan idea reformasi liberal, kebebasan dan membendung kebangkitan Islam yang dianggap berlawanan dengan prinsip demokrasi.

Pada jam 2 petang, Anwar telah menemui Howard Berman di Rayburn House Office Building(RHOB). RHOB merupakan bangunan rasmi untuk ahli-ahli kongres Amerika Syarikat. Klik di sini

Berman amat berpengaruh dalam dasar luar kerana beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Amerika Syarikat.

Secara berterus terang Berman memberitahu media " Saya adalah seorang aktivis Zionis, sebelum saya menyertai parti Demokrat lagi". Ini disahkan lagi apabila Akhbar Yahudi, The Forward melaporkan Berman adalah penyokong kuat Israel.

Pada pukul 3:30 petang, Anwar bertemu pula dengan sahabat lamanya, Sir William Cohen di pejabat Daniel Piper.

Selain berketurunan Yahudi, Cohen kini dianggap 'Penasihat pentadbiran Obama', kerana pengalamannya sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton.

Beliau merupakan salah seorang godfather yang membina karier politik Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Pada jam 4.30 petang, Anwar dijadualkan berjumpa dengan Daniel Mariaschin yang merupakan Naib Presiden Eksekutif, B’nai Birth International, sebuah organisasi Yahudi tertua yang pernah mengecam Anwar sebagai 'anti-semitik' sebelum ini.

Pada jam 6:30 petang, Anwar bertemu dengan Dr Jamal Barzinji dan Yakub Mirza di Sterling Virginia. Mereka ini adalah anggota Institute of International Islamic Thought (IIIT).

Menurut rekod, IIIT merupakan badan pemikir yang ditubuhkan oleh Dr Ismail Faruqi, Anwar Ibrahim, Jamal Barzinji, Abdul Hamid Sulayman dan lain-lain di Virginia pada tahun 1981. Selain Anwar, pengasas IIIT lain adalah warganegara Amerika Syarikat.

Selepas Dr Ismail Faruqi mati dibunuh pada tahun 1986 kerana didakwa terlibat aktiviti homoseksual di kalangan pelajarnya di universiti Temple, jawatan Presiden IIIT disandang oleh salah seorag pengasasnya iaitu Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman.Klik di sini

Pada 24 Jun, Anwar dijadual bertemu Fred Hiatt pada pukul 11 pagi.

Hiatt adalah wartawan berpengaruh akhbar The Washington Post, sebuah akhbar yang dikuasai keluarga Yahudi Katherine Graham. Hiatt adalah seorang Yahudi yang menyokong neo-konservatif dan merupakan kenalan kepada Paul Wolfowitz, seorang lagi godfather zionis Anwar.

Pada jam 2 petang, Anwar berucap di Wilson Center bertajuk "Islam and Democracy in Southeast Asia". Wilson Center, dinamakan sempena nama bekas Presiden Demokrat AS ke-28, Thomas Woodrow Wilson. seorang Presiden Amerika Syarikat dilabel pro-Yahudi kerana semasa pemerintahannya belaiu mengiiktiraf penubuhan Negara Israel melalui Deklarasi Balfour.

Ucapan Anwar dipengerusikan oleh Robert Hathaway, Pengarah Program Asia Woodrow Wilson International Center for Scholars. Beliau mempunyai pengaruh dalam Foreign Affairs Committee dan Perwakilan Ahli Kongres Rumah Putih.

Pada jam 5:30 petang Anwar bertemu dengan Kurt Campbell, yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Hubungan Asia Tenggara, Jabatan Negara Amerika.

Campbell, seorang Yahudi juga adalah ahli Council on Foreign Relations (CFR). Anwar dan Campbell pernah menyokong Annapolis Summit untuk mengiktiraf Negara Israel yang pernah diusahakan oleh Presiden Bush.

Menurut sumber, semua pertemuan itu diatur oleh pegawai khas Anwar di Amerika Syarikat bernama Aasil Kazi Ahmad.Klik di sini

Aasil, yang juga mempunyai warga negara Pakistan itu, turut menyusun jadual agar Anwar bertemu dengan Chuck Allers, seorang pengkaji Phd dan media-media seperti Bloomberg, Fox News, dan Charlie Rose, tetapi tidak dapat dipastikan pertemuan itu berlangsung atau tidak.

Anwar dijadualkan kembali ke Malaysia pada pukul 9 malam menaiki Qatar Airways di Dulles Airport, Washington DC.