Anwar's Apology Tour yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New York dan Washington DC pada 20-24 Jun 2010 untuk misi memohon maaf kepada Yahudi telah berjaya mencapai matlamatnya, kata Joshua Trevino dari wartawan dari New Ledger.
Penulis yang juga Presiden Trevino Strategies and Media, Inc.di Sacramento, California membuat kenyataan tersebut dalam artikelnya bertajuk "Anwar Ibrahim in bad decline", 1 Julai 2010. Klik di sini
"Ekoran daripada deklarasi B'nai B'rith International yang mengecam Anwar kerana membuat ucapan anti-semitik di Malaysia, diikuti pula dengan misi lawatan Anwar memohon maaf, telah diterima positif oleh Jay Nordlinger, dari National Review Online", kata Joshua
"Nordlinger adalah salah seorang pemikir dasar utama Amerika Syarikat yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal Malaysia. Tetapi jika itu, konsensus hasil 'misi lawatan Anwar, keadaan sudah menjadi tidak terkawal lagi", katanya lagi.
Joshua Treviño merumuskan pandangan Nordlinger itu sebagai "Konsesus Washington" yang mencerminkan kejayaan misi lawatan Anwar.
Jay Nordlinger menulis di National Review Online, 28 Jun 2010, Anwar sepatutnya dimaafkan kerana beliau telah menunjukkan kekesalan dan memohon maaf kepada rakyat Amerika Syarikat sendiri.Klik di sini
Nordlinger mengaku pernah menemui Anwar dalam forum Kebebasan di Oslo, awal tahun ini. Beliau juga turut bersetuju dengan kenyataan Paul Wolfowitz kepada The Washington Post agar perbuatan Anwar dimaafkan.
"Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tetapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira beliau boleh dimaafkan" kata Wolfowitz kepada Jackson Diehl, wartawan The Washington Post.
Menurut Joshua Treviño yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan USA di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush pandangan Wolfowitz itu mempunyai sentimen peribadi kerana Anwar pernah dikaitkan dengan skandal Wolfowitz dan Shaha Ali Riza dalam Foundation For The Future yang Anwar sebagai Pengerusinya.
Pandangan Joshua turut dipersetujui oleh Elaine Meinel Supkis, Editor dan artis Culture of Life News, New York.
"Soalan yang harus dijawab oleh rakyat Malaysia, mengapa Anwar berkawan dengan Wolfowitz ? Saya bukan rakan Wolfowitz. Saya tidak mungkin dalam apa cara sekalipun akan menjadi rakannya. Saya benci tokoh itu dan mahukan dia dibicarakan atas serangan tanpa asas ke Iraq", kata Elaine.
"Jika saya akan membuang undi di Malaysia dengan bertanyakan soalan ini, 'adakah anda bersetuju seseorang menjadi kawan Wolfowitz', saya yakin 99.9 peratus menyokong saya", katanya lagi.
Tegas Elaine soalan mudah untuk dijawab: Adakah Anwar ‘boneka Israel dan adakah lawatannya itu ke Washington DC serta tulisan Jackson Diehl, dari The Washington Post mengesahkan lagi Anwar ‘boneka Israel'?
"Wolfowitz adalah CIA tulen, mana-mana ‘ketua pembangkang' dari mana-mana negara yang memanggil samseng itu sebagai ‘kawan saya' bermakna dia merupakan sebahagian daripada mekinisme CIA. Mekanisme itu berlaku melalui persahabatan dan mesyuarat-mesyuarat sulit serta akan merahsiakan identiti mereka walaupun dengan kaum keluarga sendiri" kata Elaine.
Pandangan Elaine Meinel Supkis itu ditulis dalam blognya bertajuk " Anwar Ibrahim Made His Own Bad Choices During DC Visit". Klik di sini
Jackson Diehl dari Washington Post menyimpulkan tujuan utama misi lawatan Anwar ke Washington DC adalah untuk menuntut maaf:
"Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama,(kebanyakan Yahudi) termasuk Howard Berman(Yahudi), Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan beberapa orang pemimpin Yahudi. Beliau berkata beliau menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati".
Joshua Treviño dari New Ledger mengesahkan Anwar sememangnya membuat banyak permohonan kemaafan di atas ucapan anti semitiknya kepada pihak kerajaan Amerika Syarikat dan tokoh-tokoh Yahudi dari kedua-dua belah pihak sama ada parti Demokrat atau Republikan.
Selain itu, CSIS (Center for Strategic and International Studies) sebuah badan pemikir Amerika Syarikat turut memuatkan permohonan maaf Anwar dalam csis.org, 6 Julai 2010. Klik di sini
Permohonan maaf Anwar itu turut disahkan lagi oleh Jay Nordlinger dari National Review Online.
"Ia menunjukkan Anwar Ibrahim telah menyesal, sekurang-kurangnya ketika bercakap dengan rakyat Amerika. Dan, di Malaysia, beliau mendapat apa yang dikehendakinya. Kita tidak sepatutnya mengharapkan sesiapa yang lebih baik." kata Nordlinger.
Dalam jadual Anwar's Apology Tour, beliau telah menemui : Malcolm Hoenlein yang menaungi 52 organisasi Yahudi di Amerika Syarikat iaitu 'Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations'; Bret Stephens, seorang Yahudi yang berpengaruh di Wall Steet Journal dan The Jerusalem Post, akhbar terkemuka di Israel; Fareed Zakaria, seorang muslim pro-Israel yang berpengaruh di Newsweek's International dan CNN; Howard Berman, seorang zionis yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Amerika Syarikat; Sir William Cohen, seorang zionis yang menjadi sahabat lamanya sejak menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton; Fred Hiatt, seorang Yahudi yang berpengaruh di akhbar The Washington Post dan Kurt Campbell, seorang anggota Council on Foreign Relations (CFR) yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Hubungan Asia Tenggara, Jabatan Negara Amerika Syarikat.Klik di sini
Selain itu Anwar turut berucap di Wilson Center sebuah badan pemikir di Washington yang dinamakan dinamakan sempena nama bekas Presiden Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson yang dilabel sebagai pro-Israel kerana sumbangannya mengiktiraf penubuhan Negara Israel melalui Deklarasi Balfour.
Dalam ucapannya bertajuk "Islam and Democracy in Southeast Asia" yang dipengerusikan oleh Robert Hathaway, Pengarah Program Asia Woodrow Wilson International Center for Scholars, Anwar mengaku beliau mengaku pernah mengesyorkan resolusi 'two states solution"(Konsep Dua Negara) iaitu mengiktiraf Negara Israel dan Palestin sebagai dua buah negara yang sah sebagai penyelesaian terbaik konflik di Arab/Israel.