Thursday, July 15, 2010

Aktiviti underground Anwar di luar negara dibongkar - The Government Accountability Project

Sebuah yayasan, The Government Accountability Project(GAP) yang berpengkalan di Washington DC telah mengeluar satu laporan terperinci mengenai penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertubuhan yang pernah menimbulkan kontroversi iaitu Foundation For The Future (FFF).

Laporan bertajuk " The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal" telah diterbitkan Julai 2010 yang juga telah diupload dalam bentuk PDF yang boleh diakses di sini

Sebaran laporan bentuk PDF itu disebarkan melalui laman rasmi GAP, whistleblower.org yang boleh diakses di sini

Laporan GAP menyebut Anwar Ibrahim merupakan Pengerusi FFF yang bertanggungjawab memindahkan Shaha Ali Riza, yang dikatakan 'teman wanita Paul Wolfowitz' dari Bank Dunia ke yayasan swasta itu (FFF).

Menurut wartawan David Corn; "Anwar adalah kawan lama Wolfowitz, mula bersahabat sejak pertengahan tahun 1980-an, ketika itu, Wolfowitz adalah Duta Amerika Syarikat ke Indonesia"

"Ketika Anwar ditahan kerana tuduhan penyalahgunaan kuasa dan liwat pada tahun 1998, merupakan tokoh yang paling lantang mempertahankan Anwar dan apabila Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Wolfowitz telah datang melawat Anwar di Munich, Jerman".

David Corn yang memetik sumber dari Aasil Kazi Ahmad, pembantu Anwar berkata pada tahun 2005, Anwar telah berkempen agar Wolfowitz dilantik sebagai Presiden Bank Dunia, sebaik sahaja tamat jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.


Pada 19 Jun 2006, Wolfowitz telah menjemput Anwar untuk memberi syarahan 'Presidential Fellows' di Bank Dunia. Dalam kata-kata aluan Wolfowitz berkata:

“Anwar merupakan rakan sejawat, seorang yang rapat dengan Bank Dunia dan
komuniti pembangunan, yang akan diberi kerja di sini sebagai perunding kepada Institut Bank Dunia untuk usaha-usaha anti rasuah dan kebertanggungjawaban"

Lebih kurang sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Pengerusi FFF, walaupun beliau tidak termasuk dalam tokoh rantau itu.

FFF ditubuhkan bertujuan untuk menyuntik demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara,sepatutnya memilih pengerusi yayasan tersebut dari mana-mana tokoh dari rantau itu, sebaliknya memilih Anwar yang tidak berkaitan dengan rantau berkenaan.

Menurut David Corn, "Ketika Shaha Riza membentuk FFF di Jabatan Negara, Amerika Syarikat, beliau telah merekrut Anwar sebagai penasihat awal untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah yayasan swasta itu".

Laporan GAP itu juga turut memetik sumber daripada blog WorldBankPresident.org yang menyebut Anwar Ibrahim menerima gaji sebanyak $21,000 daripada Bank Dunia yang mendapat kontrak kerja dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006, walaupun pihak bank tidak menerima sebarang laporan yang dilakukannya.

Kemudian, setahun Anwar memberi syarahan bertajuk “Accountability and the Future of Freedom" dan dilantik perunding Institut Bank Dunia serta Pengerusi FFF itu, Paul Wolfowitz telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia kerana didakwa melakukan perbuatan nepotisme membabitkan teman wanitanya, Shaha Ali Riza.

Anwar pula pada 13 Jun 2007, telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FFF dengan alasan untuk menumpukan sepenuh masa sebagai ahli politik sepenuh masa di Malaysia.