Tuesday, July 27, 2010

Agenda Anwar memuji Sinar Harian & Karangkraf




Kuala Lumpur - Datuk seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan telah mengadakan sesi pertemuan dengan editor wartawan akhbar Sinar Harian.

Menurut maklumat twiter dan Facebook Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu, selepas pertemuan tersebut, beliau merasa kagum dengan usaha akhbar kumpulan terbabit bermula dari akhbar tabloid Watan, Eksklusif dan kini akhbar Sinar Harian yang memberi nafas baru kepada corak pemberitaan.

Akhbar Watan ditamatkan penerbitannya pada tahun 1987 yang sewaktu itu diketuai Fikry Yacob bersama 3 akhbar lain dalam operasi lalang , yang ketika itu untuk membendung isu perkauman.


Manakala Akhbar Eksklusif pula yang diketuai oleh Abdul Jalil Ali juga dibawah Karangkraf dan Fikry Haji Yacob, ditamatkan penerbitkan pada tahun 2000. Editor Eksklusif sewaktu itu ialah Rusmini Fadhil yang dulunya pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Watan.


Dengan mengunakan slogan ADIL, DINAMIK dan BERWIBAWA akhbar tersebut dikatakan cuba menjadi akhbar yang neutral dalam laporan berita politik, namun akhirnya digunakan untuk memburukan imej pihak kerajaan dengan laporan memihak kepada Anwar.


Difahamkan pertemuan Anwar dengan kumpulan Karangkraf ini mempunyai perkaitan dengan kelulusan bajet RM15 juta oleh kerajaan Selangor baru-baru ini.

Pada 26 Julai lalu sewaktu dialog belanjawan 2010, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan pihak kerajaan negeri Selangor telah memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumat.


Menurut Khalid lagi antara media yang akan diberi dana dan peruntukan untuk kerja-kerja sebaran Am bagi Kerajaan Selangor yang diterajui PKR tersebut untuk menyebarluaskan maklumat kepada rakyat negeri Selangor.