Saturday, July 24, 2010

Ucapan di Woodrow Wilson Center Bukti Anwar Konsisten Pro-Israel

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Woodrow Wilson International Center, Washington DC pada 24 Jun 2010 lalu merupakan bukti paling kukuh bahawa dakwaan beliau sebagai seorang tokoh anti-semitik yang pernah dilemparkan sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.

Anwar menafikan beliau merupakan tokoh anti-semitik (anti-Yahudi) ketika menjawab soalan peserta Stanley Kober, dari Institut Cato.

Semasa sesi soal jawab, Kober bertanyakan soalan kepada Anwar, benarkah anda (Anwar), seorang anti-semitik kerana menyokong usul di Parlimen Malaysia yang mengkritik Israel berkaitan dengan insiden di flotila.

Anwar menjawab beliau terpaksa menyokong usul tersebut, walaupun hakikat sebenar beliau sendiri sangsi dengan usul berkenaan. Anwar mendakwa beliau tidak anti semitik kerana sikap seperti itu sama dengan sikap perkauman.

Dengan tegas Anwar berkata pendiriannya tentang isu konflik Arab/Israel telah dinyatakan berkali-kali sebelum ini, iaitu menyokong resolusi "Two State Solution" (Solusi Dua Negara).

"Two State Solution" atau "Konsep Dua Negara Berdaulat: Israel & Palestin" merupakan resolusi yang diputuskan oleh sebuah badan antarabangsa yang dinamakan International Crisis Group (ICG) yang Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggotanya.

Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, telah menandatangani persetujuan resolusi "Two State Solution" dalam mesyuarat ICG di Vancouver, pada Mac 2007.

Rentetan sokongan resolusi "Two State Solution" itu, ICG menggesa agar semua dunia Islam membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.

Sekali lagi, pada November 2007, Anwar turut menandatangani surat sokongan menyokong "Annapolis Summit" yang merealisasikan konsep "Two State Solution". Annapolis Summit merupakan satu usaha menyelesaikan konflik Arab/Israel yang diusahakan oleh Condoleezza Rice dan Presiden Bush. Bukti klik di sini dan di sini

Ucapan Anwar di Woodrow Wilson International Center, dipengerusikan oleh Robert Hathaway, Pengarah Program Asia Woodrow Wilson International Center for Scholars.

Woodrow Wilson International Center dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana nama pusat tersebut diambil sempena dengan nama bekas Presiden Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson yang mengesahkan penubuhan 'Negara Israel' melalui Deklarasi Balfour.

Selain "Two State Solution", Anwar turut menyatakan pendiriannya tentang konsep Negara Islam, Isu Kalimah Allah dan Hukuman Rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Anwar secara tegas menolak konsep Negara Islam kerana takrif Negara Islam mempunyai konotasi yang negatif yang berkaitan dengan kebebasan beragama dan kedaulatan undang-undang.

Beliau juga mengkritik turut kerajaan Malaysia yang didakwa sebagai penghalang kebebasan beragama dipraktikkan misalnya dalam kes kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain. Beliau turut mendakwa Parti Islam yang menjadi rakan sekutunya turut menyokongnya dalam isu kalimah Allah tersebut.

Manakala dalam isu hukuman rotan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor ,yang didapati bersalah meminum arak, Anwar secara lantang menolak hukuman tersebut.

"Saya tahu mereka yang kaya dan terkenal, dimaaf minum arak di hotel mewah. Tetapi dalam kes gadis miskin tersebut, mereka merotannya. Adakah ini yang mahu dipertahankan oleh agama? Di manakah ulama? Di manakah cendekiawan Islam?" kata Anwar.