Friday, July 9, 2010

PAS adakan pemukiman bincang isu Anwar & Yahudi?

KUALA LUMPUR - Menurut Sallahudin Ayub, Naib Presiden PAS, parti itu akan mengadakan pemukiman parti selama 3 hari bertempat di sebuah Hotel di Port Dickson, bermula hari ini .

"Ia lebih untuk melihat semula keberkesanan kita selama setahun dan menyusun langkah ke depan” kata Sallahudin.

Selain itu, Naib Presiden PAS tersebut turut menyatakan program di Port Dickson itu dilaksanakan bagi membincangkan permasalahan dalaman di dalam parti.

Menurut sumber, isu Memohon Maaf Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kelompok Yahudi Zionis di Washington baru-baru ini turut mencetuskan polemik di kalangan ahli-ahli parti.

Harakah edisi 5-8 Julai 2010 telah menjadikan berita Anwar dan Yahudi sebagai tajuk muka depan dan kupasannya di muka surat 2 dan 3. Dalam keluaran tersebut juga Harakah turut menterjemahkan artikel The Washington Post yang ditulis oleh Jackson Diehl yang membongkar permohonan maaf Anwar kepada Yahudi itu.

Kebiasaanya PAS akan mengadakan pemukiman sekiranya wujud isu-isu sensitif dalam politik negara hingga boleh memberi kesan negatif kepada parti tersebut.

Pada tahun 2008, PAS telah mengadakan pemukiman diadakan di Langkawi untuk membincangkan isu kerajaan Perpaduan, manakala pada tahun 2009, PAS mengadakan pemukiman di Alor Star untuk menyelesaikan isu keahlian bukan Islam.

Sebelum ini, isu Anwar memohon maaf kepada Yahudi di Washington menyebabkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menggesa Anwar tampil memberikan penjelasan.

Timbalan Musyidul Am PAS, Dato Prof Dr. Harun Din pula dalam satu kenyataan yang dirakamkan oleh seorang blogger mahaguru58 memberi nada yang berbeza dengan Anwar ketika ditanya mengenai ucapan Anwar di Woodrow Wilson Centre yang menolak konsep Negara Islam dan memperlekehkan undang-undang syariah yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.