KUALA LUMPUR -Seperti yang dijangkakan, Karpal Singh, ketua pasukan penguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berhasrat untuk menangguhkan prosiding kes liwat ini.
Percubaan semalam dengan membangkitkan isu senarai saksi tidak berjaya menangguhkan kes, hinggakan Karpal terpaksa menyoal saksi dalam keadaan 'tidak rela'. Soalan-soalan Karpal semalam tidak mengambarkan Karpal sebagai peguam yang tersohor seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Bahkan, banyak soalan-soalannya boleh mengheret anak guamnya ke arah melakukan aktiviti homoseksual tersebut.
Ramai penganalisis undang-undang kecewa dengan soalan-soalan daripada Karpal semalam. Sepatutnya inilah masa terbaik untuk pasukan peguam bela Anwar mendiskredit kredibiliti saksi, tetapi usaha tersebut menemui kebuntuan.
Pagi ini, sepatutnya sesi soal jawab diteruskan, sekali lagi terpaksa ditangguhkan. Puncanya hanya satu, iaitu ' kerelaan' dan ' tanpa kerelaan'. Katanya Anwar didakwa dibawah Seksyen 377b Kanun Keseksaan yakni liwat dengan kerelaan sedangkan Saiful dakwa tanpa kerelaan. Menurutnya jika liwat tanpa kerelaan ia sepatutnya dibawah Seksyen 377c Kanun Keseksaan.
Pasukan pendakwa yang mengenakan tuduhan tentunya lebih arif maksud 377b atau 377v itu, kerana mereka telah melihat dari sudut perundangan secara terperinci sebelum mengenakan pertuduhan tersebut.
Semalam Karpal bertindak seolah-olah mahu menyoal lanjut mengenai 'pembohongan' saksi utama dan seolah-olah bukti penting akan dikemukakan oleh Karpal, tetapi yang berlaku pagi ini hanya perbicaraan yang memakan masa kira-kira satu jam sahaja.
Dari awal penghujahan Karpal mempertikaikan terma 'rela' dan 'tidak rela' hinggakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah terpaksa menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pagi esok (Rabu)
Ini bukan kali pertama langkah Karpal mempertikai tentang istilah. Pada 8 Februari lalu Karpal mempertikaikan istilah 'Lagi' yang diterbitkan oleh akhbar Utusan Malaysia hingga mendorong Karpal memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri kerana tidak mahu megambil tindakan ke atas media tersebut.
Permohonan Karpal itu menyebabkan kes ini tertangguh berkali-kali dan dalam jangka waktu yang sama.