Wednesday, May 12, 2010

Saiful mengaku berjumpa Ezam

KUALA LUMPUR - Ketika disoal balas oleh Karpal Singh pagi ini, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa dengan Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menceritakan masalahnya.

Saiful memberitahu mahkamah, dia bersama Rahimi dan bapa saudaranya, Tuah, berjumpa Ezam di Rawang pada 27 Jun 2008, sekitar tengah malam.

Dalam pertemuan itu Saiful turut menceritakan kesn liwatnya itu. Karpal bertanya, adakah Ezam merupakan orang pertama yang ditemui selepas diliwat oleh Anwar. Saiful menjawab tidak. Orang pertama yang diceritakan adalah bapa saudaranya sendiri iaitu Tuah.

Karpal bertanya adalah Saiful kenal rapat dengan Ezam. Saiful menjawab kenal,kerana Ezam merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar tetapi dia tidak pernah berkawan dengan Ezam.

Karpal juga bertanyakan Saiful berkenaan dengan pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Saiful memberitahu mahkamah, kali pertama beliau pergi ke pejabat Najib sekitar Januari 2008 untuk mendapatkan surat sokongan pinjaman pelajaran Mara bagi mengikuti kursus Kadet Pilot di Kota Bharu.

"Ketika itu saya tidak jumpa TPM dan hanya berjumpa dengan pegawai khas beliau," jelas Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu kepada Anwar.

Karpal menemplak Saiful sebagai bukan seorang pelajar baik hingga gagal di universiti. Saiful mengakui kenyataan Karpal itu, sebab itu dia memohon kursus kadet pilot kerana kelulusan untuk kemasukan kursus tersebut adalah SPM.

Karpal juga turut bertanyakan pertemuan Saiful dengan Najib pada 24 Jun 2008. Saiful mengakui pertemuan itu diatur oleh Khairil Anas, pembantu Khas Najib, di kediamannya selepas Magrib. Kata Saiful pertemuan itu sekitar 10 minit.

Karpal bertanyakan adakah dalam pertemuan itu, Saiful memberitahu dirinya diliwat. Saiful menjawab ya. Kata Saiful pada mulanya beliau (Najib) skeptikal seperti tidak percaya.

Karpal bertanya adakah Najib menasihatkan dia untuk membuat laporan polis. Saiful menjawab tidak. Saiful memberitahu, dia hanya menceritakan masalahnya kepada Najib secara verbal.


Cubaan Karpal tangguhkan kes gagal, prosiding diteruskan

KUALA LUMPUR - Sebaik sahaja, prosiding mahkamah dimulakan selepas berhenti rehat satu jam sekejap tadi, Karpal sekali lagi memohon agar prosiding ini ditangguhkan kerana beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah rayuan.

Beliau berkata, bukan masanya untuk bermain dengan masa. Jika keputusan tidak memihak kepadanya, usul perlu disokong dengan afidavit.

Datuk Mohamed Yusof berdiri memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan kes ini diteruskan.Dengan mengambil kira keadaan dan memahami permohonan mengambil masa, Mohamed Yusof terus memohon agar mahkamah meneruskan juga perbicaraan ini.

Karpal mencelah, katanya, sekarang beliau telah bersedia tetapi itu bukan persoalannya. Tetapi mengapa perlu tergesa-gesa?

Petikaman lidah di antara Karpal dan Mohamed Yusof menyebabkan mahkamah berhenti rehat sekali lagi. Setelah mahkamah bersambung semula, hakim memutuskan agar prosiding hari ini diteruskan. Mohd. Saiful Bukhari dipanggil semula untuk mengangat sumpah dari kandang saksi.

Sekarang Karpal sedang menyoal balas saksi utama tersebut.