KUALA LUMPUR - Cubaan Karpal Singh memohon tangguh prosiding perbicaraan kes liwat hari ini gagal, setelah hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan agar kes tersebut diteruskan.
Karpal membangkitkan bantahan terhadap tindakan pihak pendakwaan gagal membekalkan senarai saksi kepada mereka dan mengaitkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada konspirasi politik.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusuf Zainal Abiden menafikan perkara tersebut dan mengatakan pemberian senarai saksi adalah satu kebiasaaan dan bukannya keperluan untuk melaksanakannya.
Setelah mahkamah menolak permohonan Karpal untuk penanguhan itu, saksi utama perbicaraan kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipanggil untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memulakan sesi soal balas.
Karpal membangkitkan persoalan Saiful berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun 2008, ketika itu Najib adalah Timbalan Perdana Menteri. Saiful menjawab, dia berjumpa Najib untuk memberitahu tentang masalahnya. Saiful menegaskan hanya sekali sahaja perjumpaan pada tarikh tersebut dan tiada lagi perjumpaan lain.
Saiful memberitahu dia juga berjumpa dengan ACP Norman di Hotel Melia, setelah dihubungi oleh ACP itu. Kata Saiful, dalam perjumpaannya itu, dia menceritakan Anwar pernah meliwatnya beberapa kali di pelbagai destinasi.
Karpal meminta Saiful membacakan laporan polis yang telah dibuat olehnya. Saiful membacakan laporan yang antara lainnya berbunyi, "Saya ingin melaporkan diliwat oleh majikan saya. kali terakhir berlaku ialah pada Jun 2008.
Kata Saiful lagi "Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai."
Karpal mempersendakan taraf keislaman Saiful dengan bertubi-tubi bertanyakan berkenaan solat dan mandi junud pada 26 Jun (ketika hari kejadian liwat). Hakim mencelah soalan terbuka yang sama perlu ditanyakan kepada Anwar Ibrahim.
Karpal turut bertanya berkenaan pemeriksaan doktor di hospital Pusrawi yang dibuat oleh pengadu. Saiful memberitahu mahkamah, ketika mendapatkan pemeriksaan doktor, beliau mengadu sakit perut. Ketika diperiksa barulah beliau berterus terang memberitahu doktor bahawa dia sakit di bahagian dubur.
Karpal bertanya, sebelum itu adakah Saiful mengenali doktor itu? Siapa yang menghantarnya berjumpa doktor?
Saiful berkata dia tidak mengenali doktor itu. Pakciknya yang bernama Tuah yang menghantar ke hospital itu.
Karpal berkata berdasarkan laporan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, doktor melaporkan tiada luka atau kesan kemasukan ke bahagian dubur Saiful dan Karpal meminta Saiful untuk memberi ulasan berkenaan laporan tersebut.
Saiful berkata minyak pelincir KY Jelly digunakan sewaktu persetubuhan itu berlaku.
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh seketika buat kali kedua selepas peguam belanya, Karpal Singh ingin membuat permohonan untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang diberikan kepada polis pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), atas alasan saksi utama itu tidak bercakap benar.
Karpal dan Dato Yusof dipanggil oleh hakim ke kamar untuk membincang permohonan Karpal tersebut