KUALA LUMPUR - Usaha peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengugat kredibiliti saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan gagal kerana hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada percanggahan keterangan saksi itu kepada pihak polis dan mahkamah.
Hakim menjelaskan perkara ini menjadi budibicara Peguam Negara untuk menetapkan dakwaan yang lebih ringan sekalipun terdapat bukti untuk dakwaan yang lebih berat dalam kes ini.
Dengan keputusan hakim itu bermakna hujah Karpal yang mempertikaikan persoalan meliwat secara 'rela' atau 'tidak rela' tidak menjadi persoalan lagi.
Sekaligus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Karpal untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah asal saksi utama tersebut.
Karpal yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu akan membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi dan beliau memohon agar prosiding ini ditangguhkan sehingga selesai permohonan rayuan tersebut.