KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi menyaksikan kebuntuan Ketua Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Soalan-soalan Karpal masih berlegar tentang soalan sama yang pernah disoal sebelum ini. Karpal begitu kecewa kerana cubaan mengaitkan kes liwat ini dengan 'teori konspirasi' yang didakwa membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razab yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri juga gagal. Akhirnya Karpal membuat kenyataan bodoh dengan menyalahkan Datuk Najib kerana tidak membuat laporan polis walaupun mengetahui Saiful diliwat
Karpal: Pada 24 Jun 2008, ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri?
Saiful: Ada
Karpal: Ada buat aduan pada dia?
Saiful: Ya
Karpal: A very serious complaint?
Saiful: Ya
Karpal: Iaitu kamu diliwat dengan tidak kerelaan awak?
Saiful: Ya
Karpal: Adakah PM memberikan apa-apa nasihat?
Saiful: Beliau agak sceptical tetapi lepas dicerita dengan detail, PM kata tidak boleh buat apa-apa sebab ini masalah peribadi dengan Anwar dan ianya melibatkan masa hadapan saya.
Karpal: Aduan yang sama dibuat kepada Radwan?
Saiful: Ya
Karpal: Aduan yang sama kepada Ezam?
Saiful: Ya
Karpal: Diliwat tanpa kerelaan?
Saiful: Ya
Karpal: Dato’ Mumtaz?
Saiful: Ya
Karpal: Ada orang lain?
Saiful: Tuah
Karpal: Lain?
Saiful: Rahimi dan seorang guru agama
Karpal: Siapa Ustaz ini?
Saiful: Saya tak tahu nama dia, dia guru agama pakcik Tuah saya.
Karpal: Ada beri nama semasa siasatan?
Saiful: Saya panggil Atuk
Karpal: Orang ini wujud?
Saiful: Kalau tidak silap, dua tiga bulan lepas dia dah meninggal
[Galeri awam ketawa]
Karpal: Ada buat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan PM dan orang-orang lain tadi?
Saiful: Ada
Karpal: Insiden yang diceritakan kepada Timbalan PM, Radwan, Ezam dan Mumtaz?
Saiful: Kejadian kali terakhir buat laporan polis merangkumi semua kejadian.
Karpal: Did you lodged a police report?
Saiful: Ada
Karpal: Tiada sesiapa nasihat untuk buat report?
Saiful: Tidak
Karpal: Jika apa yang diceritakan tadi, iaitu membuat aduan serius, diliwat tanpa rela kepada Timbalan PM, mengikut undang-undang seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah, Timbalan PM diwajibkan buat laporan polis, do you know that?
Saiful: Saya tidak tahu
Karpal: Jika Timbalan PM tidak buat laporan itu, dia melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 202 Kanun Keseksaan? Timbalan PM boleh dipenjarakan?
Saiful: Saya tidak tahu
Karpal: Jika tidak tahu saya beri ajaran sekarang, apa yang dinyatakan oleh kamu adalah sesuatu yang serius, Timbalan PM tidak buat laporan polis, kamu diliwat dengan tidak kerelaan
Mohd Yusof: Ini soalan atau kenyataan?
Hakim: Tanya soalan
Karpal: This is soalan, this is not a comment
Hakim : Teruskan
Selepas Karpal selesai menyoal balas saksi utama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai barisan pendakwaan, memohon kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi seterusnya iaitu para doktor yang terlibat memeriksa saksi tersebut.
Karpal mempersoal tindakan pihak pendakwa yang akan membawa saksi para doktor tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada pihak peguam bela.
Karpal juga memohon kepada mahkamah agar keterangan para doktor ditangguhkan dahulu kerana pihaknya ingin melawat sekali lagi kondomiunium yang didakwa berlakunya tempat liwat tersebut.
Mahkamh ditangguhkan jam 10.24 pagi bagi membolehkan pasukan penguam bela Anwar sekali lagi melawat lokasi dan disambung semula jam 2.30 petang.
Namun semasa sesi petang, prosiding yang sepatutnya disambung semula, ditangguhkan semula tidak sampai 15 minit semasa prosiding dijalankan.
Mahkamah memutuskan menangguhkan perbicaraan hari ini kepada esok bagi membolehkan pihakpenguam bela berkunjung semula ke lokasi kejadian, setelah didakwa kunjungan pada sebelah tengahari gagal.
Esok mahkamah dijangka akan bersidang pada sebelah petang, kira-kira pukul 3.30 petang, kerana pada jam 2.30 petang pihak penguam bela masih lagi berada di lokasi kejadian.
Difahamkan acara melawat lokasi esok hanya disertai oleh pasukan peguam bela Anwar, tanpa disertai oleh hakim dan pasukan pendakwa.