KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu sebelum saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia telah meminta nasihat daripada beberapa orang.
Karpal bertanya lanjut, siapakah 'beberapa orang itu'. Saiful memberitahu beberapa orang itu adalah Mumtaz, Pakcik Tuah(bapa saudaranya), Ezam Mohd Nor dan seorang guru agama.
Saiful menjelaskan, dia mengambil masa dua hari sebelum dia membuat laporan yang dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia satu keputusan yang besar dan melibatkan maruah serta masa depan dirinya.
Pendedahan Saiful itu dibuat ekoran soalan Karpal yang bertanyakan kenapa Saiful memilih tarikh 28 Jun untuk membuat laporan polis, sedangkan dia diliwat oleh majikannya(Anwar) pada 26 Jun.
Kemudian Karpal memohon sesi soal jawab seterusnya dijalankan secara tertutup (in camera) kerana ia menjurus kepada kejadian liwat tersebut.
Mahkamah memutuskan prosiding disambung jam 2.15 petang ini secara tertutup (in camera).
Karpal mula menyerang peribadi Saiful
KUALA LUMPUR - Prosiding yang bersambung pagi ini menyaksikan 'kemarahan' peguam bela Anwar, Karpal Singh dengan menyerang peribadi saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal menggunakan bahasa gertak, provokasi dan penghinaan untuk menimbulkan kemarahan saksi utama itu yang sebelum ini dilihat tenang dan tidak gugup semasa berhadapan dengan Karpal.
Karpal: adakah benar anda penyokong kuat Barisan Nasional especially UMNO.
Mohamed Yusof bangun membantah: Apa ni penyokong kuat?
Peguam Cara Negara II merujuk seksyen untuk membantah soalan Karpal ke atas Saiful yang boleh menjejaskan, mencadangkan kepada mahkamah. Sama ada penyokong UMNO atau tidak, itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh tertuduh.
Saiful mengakui sokong BN tapi mengundi Sivarasa dan Elizabeth Wong dari PKR.
Karpal : Sokong BN tapi undi PKR. Pengkhianat bukan?
Saiful : It's a free country.
Karpal berkata: Jelas Saiful tidak boleh dipercayai.
Karpal ulang sekali lagi: Sokong BN, undi PKR. Pengkihanat. Itu awak tak boleh nafikan.
Karpal mendakwa Saiful pembohong, pembohong besar.
Saiful menjawab: Tidak bersetuju.
Karpal juga bertanyakan Saiful benarkah dia lahir dari keluarga rosak (a broken family).
Mohamed Yusof mempersoalkan apakah relevan dan pentingnya soalan Karpal kepada Saiful dengan bertanya soalan Saiful datang dari sebuah keluarga yang pecah belah (broken famili), ibu bapa bercerai.
Mahkamah tolak permohonan Karpal tunggu keputusan rayuan
KUALA LUMPUR 13 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bela, Karpal Singh, untuk menangguh prosiding sementara menunggu keputusan rayuan ditolak, atas alasan tiada keperluan istimewa dan keputusan yang dibuat semalam dibuat sewaktu prosiding, tidak boleh dirayu.
Sebelum itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden membantah penangguhan prosiding perbicaraan kes liwat yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.
Karpal berhujah mereka memohon untuk dibekalkan dengan sesalinan bukti-bukti dan senarai saksi saksi yang sebelum ini pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam permohonan dokumen tersebut.
Semalam, perbicaraan yang sepatutnya disambung jam 2.30 petang ini tertangguh hingga ke 3.40 petang kerana kelewatan tertuduh dan pihak peguam bela dengan alasan mereka terlambat kerana membuat rayuan membantah keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk mendapatkan keterangan beramaran, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam permohonan ke Mahkamah Rayuan itu, Anwar memohon agar prosiding kes di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu pelupusan rayuannya itu.
Sepanjang prosiding pagi ini, mahkamah terpaksa berhenti rehat sebentar sebanyak tiga kali, kerana sikap Karpal Singh yang nampak jelas mahu menangguhkan kes tersebut.