Friday, May 8, 2009

Nik Abduh dicabar Abdul Latif bertanding Ketua Pemuda PAS Kelantan

Anak YAB Nik Abd.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh dicabar oleh Abdul Latif bin Abdul Rahman bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pada 9 Mei (Sabtu) ini.

Tindakan Abdul Latif mencabar Nik Abduh itu disifat seperti melangkah bendul dan tidak menghormati kepimpinan parti, tulis penulis Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam artikel terbaru di blognya bertajuk, “Surat Merah Kepada Nik Abduh dan Abdul Latiff.

Hujah ini bersandarkan factor usia dan jawatan dalam parti yang disandang oleh Nik Abduh lebih berkaliber berbanding dengan Abdul Latif.

Nik Abduh berusia, 39 tahun dan berjawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, berbanding dengan Abdul Latif yang lebih muda dan berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan..

Menurut penulis blog itu lagi selepas Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan meninggalkan jawatan itu sepatutnya diisi secara tertib oleh Timbalan Ketua (Nik Abduh) tanpa perlu dicabar oleh pihak-pihak lain.

Menurut penulis itu lagi, cabaran Abdul Latif merebut jawatan Ketua Pemuda akan mengukuhkan lagi spekulasi bahawa Husam Musa sedang menyusun grand design untuk merebut jawatan, termasuk Ketua Pemuda yang sepatutnya disandang oleh anak YAB Nik Abdul Aziz.

Abdul Latif dikatakan proksi kumpulan Erdogan yang sering disebut-sebut berketuakan Husam Musa.