Thursday, February 25, 2010

NED adalah CIA

Kata Allen Weinstein, penggubal udang-undang penubuhan NED (National Endowment for Democracy)"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", lapor Washington Post, 22 September 1991.

Menurut William Blum (January 2000), "Sebenarnya CIA banyak melaburkan wang kepada NED". NED ditubuhkan pada tahun 1983, di bawah Presiden Ronald Reagan setelah banyak operasi CIA terbongkar dan CIA menerima imej yang sangat buruk" Klik di sini

Presiden Ronald Reagan semasa berucap di Britain's Westminster Palace, 1982, berkata tujuan penubuhan NED adalah untuk meransang pembangunan demokrasi, termasuk kebebasan media, persatuan, parti-parti politik dan universiti yang kemudiannya dikenali sebagai "The Democracy Program".

Peruntukan NED diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang disalurkan melalui USAID (United States Agency for International Development)

NED mula dikenali di seluruh dunia sekarang ini, kerana penglibatan aktif untuk campur tangan dalam sistem politik di sesebuah negara tersebut. NED akan menyokong individu, organisasi atau parti-parti politik yang dianggap proksi Amerika Syarikat.

Selepas itu, NED akan memberi dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar dan sebagainya yang terpilih.

Di Panama, NED menyokong dan menaja Nicolás Ardito Barletta Vallarino memenangi pemilihan Presiden dalam pilihanraya umum Panama pada tahun 1984. Sebenarnya kemenangan Nicolas Ardito Berletta sudah diduga, kerana beliau telah direkrut oleh CIA sejak dari awal lagi. Pada tahun 1970-an, CIA meletakkan tokoh ini menjadi pensyarah di Universiti Chicago, Amerika Syarikat dan pekerja di Bank Dunia.

Sebaik sahaja berjaya memenangi jawatan Presiden Panama, langkah pertama yang dijalankan adalah meminjam dana IMF sebanyak US$603-million yang telah membebankan rakyat.

Di Haiti, NED membelanjakan $36 juta untuk menajaMarc Bazin, bekas pegawai bank dalam pilihanraya 1990. Walaupun beliau pada mulanya beliau tewas di tangan Jean-Bertrand, tetapi setahun lepas itu, beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Haiti, setelah Jean-Bertrand digulingkan melalui rampasan tentera yang dibiayai oleh CIA, NED dan USAID.

Di Nicaragua, NED menaja Arturo Cruz dan pilihanraya 1984. Namun tokoh itu gagal memenangi jawatan Presiden. Akibat kegagalan itu, CIA terus membiayai Arturo Cruz dengan gaji bulanan sebanyak $6000. Seterusnya CIA membawa tokoh itu berhijrah ke Amerika Syarikat dan ditempatkan di SAIS, Johns Hopkins University dan menjadi fellow di Hudson Institute.

Tom Engelhardt berkata hari ini, NED menaja projek demokrasi melalui 'projek warna'. "the Rose Revolution" di Georgia, "the Orange Revolution" di Ukraine, dan "the Tulip Revolution" dan Kyrgyzstan.

Ahli Lembaga Pengarah NED adalah bekas-bekas pentadbir kerajaan Amerika. Antaranya, Henry Kissinger dan Madeline Albright. Kedua-dua bekas Setiausaha Negara; Zbigniew Brzezinski, bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara; Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan dan Pengerusi Bank Dunia. Kesemua mereka ini adalah berbangsa Yahudi.

Secara umumnya, NED mempunyai empat cabang iaitu pertama; IRI(International Republican Institute), kedua NDI (National Democratic Institute for International Affairs), ketiga, CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan keempat AFL-CIO (American Center for International Labor Solidarity)