Tuesday, February 23, 2010

Anwar semakin gelisah , atur strategi baru dengan blogger

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kian resah dengan pembongkaran beberapa laman web dan blog-blog yang membabitkan dirinya di internet. Difahamkan serangan-serangan yang berterusan itu menyebabkan beliau mengarahkan Anwar Ibrahim Club (AIC) agar mengambil tindakan yang lebih agresif dan bertindakbalas menangkis serangan-serangan tersebut.

Pada 20 Februari lalu bertempat di Ibu Pejabat AIC dilaporkan satu pertemuan blogger pro Anwar telah diadakan yang melibatkan 30 orang blogger diketuai oleh Timbalan Presiden AIC CLUB, Hidayat Saifudin.

Antara topik yang dibincangkan di dalam perjumpaan itu merangkumi gerak-kerja untuk melawan kembali serangan yang boleh menjejaskan kedudukkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Selain itu mereka turut berbincang strategi paling berkesan untuk memperkemaskan dan memastikan penguasaan blogger pro Anwar di internet berterusan.

Mesyuarat ini juga diadakan sebagai respon ketidakhadiran ramai penyokong Anwar di Mahkamah membabitkan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan. Turut dibincangkan berkenaan dengan arus gerakan reformasi yang tidak mendapat sambutan.

Mesyuarat juga memutuskan untuk terus mempertingkatkan lagi serangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri agar memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.