Thursday, February 4, 2010

Penyokong Anwar caci Saiful

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencaci Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tengahari tadi bersama rombongan perbicaraan kes liwat tadi.

Mereka yang kebanyakan adalah wanita, menjerit dengan perkataan "Jantan Sial" dan "Mangkuk Hanyun" serta beberapa perkataan kesat lain kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.

Rombongan perbicaraan berada di sana untuk melawat tempat kejadian di mana perbuatan liwat itu dilakukan selepas Saiful menyambung keterangan secara tertutup di mahkamah pagi tadi.