Tuesday, February 23, 2010

Anwar guna kuasa veto lantik penguam IFC ketuai Jawatankuasa Disiplin PR

KUALA LUMPUR - Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR, Seksyen 16, Petaling Jaya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam, beliau mengumumkan satu Jawatankuasa Disiplin untuk mengatasi masalah disiplin di kalangan kepimpinan PAS, PKR dan DAP.

Anwar juga turut menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PR dan Ketua Pembangkang melantik Sivarasa Rasiah sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa tersebut, menurut Anwar, akan dianggotai oleh wakil dari ketiga-tiga parti, PAS, PKR dan DAP untuk membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu-isu berkaitan tatatertib yang melibatkan kepemimpinan ketiga-tiga parti tersebut.

Difahamkan tiada perbincangan mengenai siapakah calon yang paling layak untuk mengetuai Pengerusi Jawatan Disiplin PR itu dan pelantikan Sivaeasa Rasiah itu dibuat sendiri oleh Anwar sebagai Pengerusi PR.

Cadangan pembentukan jawatankuasa itu dibuat oleh Anwar, mesyuarat diadakan di pejabat PKR atas undangan Anwar, maka beliau berhak mencadangkan Naib Presiden PKR itu untuk mengetuai jawatankuasa tersebut.

"Anwar Ibrahim terlalu berprasangka terhadap orang Islam/Melayu di dalam Pakatan Rakyat. Berapa ramai pemimpin PAS yang disegani dan dihormati di dalam Pakatan Rakyat yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai ketua Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat. Bahkan kalau dinilai dari sudut disiplin, ahli-ahli PAS jauh lebih berdisiplin daripada ahli-ahli di dalam PKR mahupun DAP", tulis depa kata di blognya. Klik di sini

Blog itu juga mepertikaikan kelayakan Sivarasa Rasiah yang dikaitkan sebagai peguam dan pendokong Interfaith Council (IFC) yang berusaha menyamaratakan agama di Malaysia.

"Umum mengetahui, IFC sangat menyokong hak orang Islam yang ingin murtad, manakala orang yang ingin memeluk agama Islam pula perlu disaring dan perlu juga mendapat keizinan daripada ibu bapa. Antara perjuangan Interfaith Council termasuklah memansuhkan azan dan hanya membenarkan azan dikumandangkan di dalam bangunan masjid", tulis blog itu lagi.

Sivarasa Rasiah adalah Naib Presiden PKR yang pernah disenaraikan sebagai salah seorang barisan peguam bela kes liwat Anwar.

Pada tahun 2008, Sivarasa Rasiah dan isterinya Anne James terkenal sebagai pendokong IFC apabila mereka menjadi tokoh utama yang menyokong Forum Peluk Islam anjuran Bar Council.

Sebelum itu isterinya, Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy, M Moorthy dan R Subashini. Menurut Anne, keputusan Mahkamah Syariah itu tidak adil dan berat sebelah dan tidak sepatutnya mereka yang murtad itu dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Sivarasa Rasiah yang bersetuju dengan pendapat isterinya telah melobi Bar Council untuk menilai semula kes-kes murtad di Malaysia yang dikenali sebagai Forum Peluk Islam. Usaha Sivarasa ini telah ditentang oleh salah seorang aktivis PKR yang beragama Islam iaitu Zulkifli Nordin.

Pertentangan pendapat di antara Sivarasa Rasiah dan Zulkifli Nordin berlarutan hingga ke hari ini. Anehnya pendapat Zulkifli Nordin tidak diraikan dalam PKR, beliau diberi amaran dan dikenakan tindakan disiplin, manakala Sivarasa Rasiah menjadi hero dan dinaikkan pangkat lagi dengan dilantik pula menjadi Pengerusi Disiplin PR.

Menurut blog depa kata, andaian yang mengatakan Anwar Ibrahim terlibat dan menjadi tangan ghaib di sebalik IFC di Malaysia nampaknya semakin jelas kebenarannya setelah terlantiknya Sivarasa Rasiah sebagai 'ketua polis moral' untuk mengawal PAS dan DAP.