KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari mengesahkan kali terakhir beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pada 26 Jun 2008, di Kondo Desa Damasara, seperti dalam laporan polis yang dibuatnya di Hospital Kuala Lumpur
Ketika ini Karpal Singh bertanyakan kandungan laporan polis itu di barisan ketiga berbunyi “kejadian kali terakhir pada 26.6.2008” yang membawa maksud Anwar pernah meliwat Saiful lebih dari sekali.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bertanyakan kepada Saiful benarkah lebih daripada sekali Anwar meliwatnya.
Saiful mengesahnya dengan mengatakan kejadian sebelum ini berlaku pada hari sebelum nya, 25 06 2008, di pejabat Anwar Ibrahim, Seksyen 16, Petaling Jaya, jam 10.30 pagi, selepas mesyuarat staff.
Selepas kejadian itu, Anwar mengarahkannya untuk hadir pula ke Kondo Desa Damansara, milik Hassanuddin, kawan baik Anwar pada keesokan harinya, 26 06 2008. Anwar beritahunya di kondo itu, akan bermesyuarat dengan Prof Arif (Profesor Datuk Dr Mohamed Ariff, Executive Director Malaysian Institute of Economic Research -MIER) pada jam 12 tengahari.
Menurut Saiful, Anwar mengarahkannya ke Kondo Desa Damansara pada jam 2.15 petang hari tersebut untuk berbincang berkenaan dengan jadual kerja. Menurutnya lagi ketika menaiki lif menuju Unit 1151, kondo tersebut, beliau berselisih dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.(berkemungkinan Prof Arif?)
Pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang, itulah kali terakhir Anwar meliwat Saiful seperti yang terkandung dalam laporan polisnya itu
Karpal Singh memohon mahkamah memadamkan keterangan laporan polis yang dibuat oleh saksi utama itu pada 28 Jun 2008, di Hospital Kuala Lumpur yang menyebut di barisan ketiga berbunyi “kejadian kali terakhir pada 26.6.2008”
Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjawab jika perkataan “kejadian kali terakhir pada 26.6.2008” dipadamkan bermakna akan hilang bukti tarikh saksi diliwat.
Hakim bersetuju dengan permohonan Karpal dengan membuang perkataan 'kejadian kali terakhir'" tetapi mengekalkan perkataan "26.6.2008".
Ada yang berpendapat, Karpal Singh juga mengakui bukti-bukti pendakwa sangat kukuh dan terpaksa menggunakan kaedah-kaedah teknikal untuk memastikan Anwar terlepas dalam tuduhan liwat yang dikenakan kepadanya.