Monday, February 22, 2010

Kes liwat, Anwar sendiri yakin akan kalah

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membayangkan beliau bakal kembali ke penjara Sungai Buloh selepas pembicaraan dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keraguan Anwar itu disuarakannya semasa bercakap dengan hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, semalam.

Malaysiakini melaporkan, Anwar memberitahu rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Penggunaan ayat 'sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak' membayangkan ketidakyakinan Anwar memenangi kes liwat yang sedang dihadapi di mahkamah sekarang ini.

Kenyataan ini berbeza dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang lebih nampak yakin memperolehi kemenangan dengan mendakwa beliau mempunyai alibi dan bukti kukuh. Tetapi di dalam hujah untuk menggugurkan kes, Anwar gagal mengemukakan hujah alibi dan bukti kukuh menyebabkan pemohonan mengugurkan kes ditolak.

Laman Malaysia-Instinct.com turut bersetuju dengan perkara ini.Klik di sini

"Perkataan sama ada beliau MERENGKOK ATAU TIDAK di penjara itu bagaikan memberikan kita 'signal' seolah-olah Anwar sudah boleh merasakan atau dapat bau akan kekalahannya dalam kes liwat tersebut", tulis laman itu.

"Sebab itu para peguam belanya akan cari apa saja lubang atau sebab musabab asalkan mereka dapat melewat-lewatkan kes ini daripada terus didengar", tulisnya lagi.