KUALA LUMPUR - Satu dokumentasi paling menarik yang pernah dilakukan oleh penulis politik tersohor, SH Alattas adalah merakamkan interbiu ekslusif dengan bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar, Ezam Mohd Nor.
Interbiu itu dicatatkan dalam bab keenam buku terbaru SH Alattas bertajuk "Malaysia Without Malays", JB News Media Network, 2009.
Pendedahan ekslusif yang bertajuk " What Wan Azizah Told Ezam ..?" turut dijadikan fokus buku itu apabila penulisnya membuat sedutan petikan interbiu Ezam itu di muka belakang buku berkenaan.
Al Attas : "ada seseorang beritahu saya yang Wan Azizah pernah telefon anda dari Washington DC untuk pergi 'siasat' Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumahnya, see if Anwar is up to something, adakah itu benar..?'
Ezam : "Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan anda tadi.."
Menurut penulis itu, selepas mendengar jawapan Ezam, satu persoalan yang bermain di fikirannya, kenapa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sentiasa curiga dengan aktiviti luar suaminya (Anwar)itu terutama apabila ketiadaannya dan berusaha untuk melindunginya terutamanya melalui orang-orang terdekat seperti Ezam.
Apa yang dirisaukan oleh Wan Azizah dan apakah isteri Anwar itu sudah mengetahui sesuatu mengenai aktiviti tidak sihat Anwar. Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh penulis buku politik yang lebih dikenali sebagai Pak Habib itu.
Ezam Mohd Nor sebelum ini merupakan salah seorang orang kepercayaan Anwar dan Azizah yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional dan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.
Tetapi dalam wawancara tersebut tidak menyebut secara spesifik siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Wan Azizah.
Blogger Cyber1Trooper pernah mendedahkan perkara ini di blognya pada awal tahun ini. Blogger itu menulis secara terperinci mengenai nama lelaki itu dan kejadian secara terperinci yang menjadi fokus buku Pak Habib itu. Klik di sini
"Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti", tulis blogger itu.
"Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti. Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.", tulis blogger itu lagi.
Blogger itu turut mendedahkan Ezam menerima SMS daripada Wan Azizah yang tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumahnya semasa ketiadaanya.
Blogger itu turut mendedahkan nama lelaki yang dimaksudkan Wan Azizah adalah "Rashid" yang muncul sebagai "pembancuh kopi" semasa Ezam bermesyuarat dengan Anwar.
Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.
Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.
Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.