KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur sekitar jam 9.25 pagi tadi tanpa ditemani oleh ahli keluarganya.
Sebelum ini, Anwar sentiasa ditemani oleh isteri dan anak-anaknya.
Perbicaraan pada hari ini dijalankan secara tertutup dan tidak boleh didedahkan umum kerana permintaan daripada peguam Anwar, Karpal Singh.
Perbicaraan tertutup ini hanya boleh dihadiri oleh tertuduh, pengadu atau mangsa, pihak pendakwa, barisan penguam bela dan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia. Orang awam dan wartawan tidak dibenarkan memasuki kamar perbicaraan.
Pada hari ini, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan mendedahkan secara terperinci bagaimanakah beliau diliwat oleh majikannya, Anwar Ibrahim. Saiful juga dijangka akan menerangkan bagimanakah proses kemasukan zakar Anwar ke dalam lubang duburnya.
Berdasarkan survey rambang, rata-rata rakyat Malaysia kecewa kerana tidak dapat mengikuti perbicaraan paling penting hari ini. Ada yang mempersoalkan tentang ketelusan dan kebebasan yang diperjuangkan Anwar sebelum ini, sedangkan tindakan peguam Anwar memohon kepada mahkamah sebanyak dua kali untuk mengadakan perbicaraan tertutup adalah usaha untuk menyekat maklumat sebenar kepada rakyat.
Ada juga yang berpendapat, sepatutnya saksi utama yang patut dilindungi, bukannya orang yang kena tuduh dilindungi. Saksi utama bersedia dihakimi secara terbuka oleh rakyat, tetapi pihak yang kena tuduh pula mendapat perlindungan mahkamah untuk menyembunyikan fakta.
"Ke mana menghilangnya slogan 'Rakyat hakim mahkamah' yang dilaungkan Anwar sebelum ini, kalau bukti pun mahu disorok", kata salah seorang yang disurvey.
Sejak pukul 10.30 pagi tadi tidak ramai penyokong Anwar yang hadir ke mahkamah. Dianggarkan hanya sekitar 20 orang sahaja.