KUALA LUMPUR : Berdasarkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan petang semalam, ramai yang mula mempertikaikan kewujudan laporan Pusrawi yang pernah digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Saiful menjelaskan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas beliau didakwa diliwat oleh Anwar, beliau telah pergi ke tiga buah hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Bekas pembantu Anwar itu berkata dia pada mulanya pergi ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang, untuk membuat pemeriksaan doktor, tetapi penyambut tetamu telah memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan.
Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, dan ketika itu beliau ditemani oleh bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya.
Mohd Saiful berkata di hospital itu, beliau telah berjumpa Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur.
"Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan," jelas Mohd Saiful.
Mohd Saiful berkata Dr Mohd Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar semula.
Ditanya Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Mohd Saiful berkata doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah nanti.
"Beliau seterusnya telah meminta saya mendapat rawatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Saya ikut nasihatnya dan terus ke HKL. Pada mulanya saya tak tahu hendak ke mana, tapi secara logiknya saya pergi ke wad pesakit luar untuk mendaftar pukul 3 petang," katanya.
Persoalannya jika Dr Mohd Osman dari Hospital Pusrawi tidak melakukan pemeriksaan lanjut ke atas Saiful dan mencadangkan saksi itu ke hospital kerajaan, kenapakah pihak Anwar menggunakan hujah 'wujudnya dokumen hospital Pusrawi' untuk mempertahankan hujah mereka bahawa tiada berlaku penetrasi.
[ringkasan : MY - Dato Mohd Yusof ; Q - Soalan pendakwa; A- Saiful Bukhari Azlan]
ID5A-O – gambar CCTV pada 26 Jun
MY: Kamu telah tinggalkan tempat itu, pada 4.15 petang dan AI ada di dalam bilik?
A: Ya
Q: Lihat laporan kamu (P3 dirujuk), ada rubber stamp “Pondok Polis Hospital”, tulis P3 di sanakah?
A: Tidak, saya tulis di One Stop Crisis Centre (OSCC), Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Q: Mengapa berada di hospital?
A: Untuk menjalankan pemeriksaan
Q: Pemeriksaan apa?
A: Mengenai saya diliwat
Q: Pada 28 Jun, adakah kamu terus pergi ke HKL untuk dapatkan pemeriksaan?
A: Tidak
Q: Sebelum ke HKL?
A: Saya pergi ke dua hospital
Q: Hospital 1?
A: Hospital 1 ke Tawakal Hospital di Jalan Pahang
Q: Adakah tujuan sama dengan HKL?
A: Sama
Q: Adakah kamu dapatkan pemeriksaan di sana?
A: Tidak dapat, kerana dimaklumkan oleh Receptionist pada hari tersebut half day
Q: Dr Tawakkal ke mana?
A: Saya fikirkan hospital terdekat adalah PUSRAWI di Jalan Tun Razak KL
Q: Kamu pergi hospital pergi seorang atau ditemani?
A: Ditemani oleh bapa saudara
Q: Siapa nama?
A: Tuah bin Mat Ali, adik kepada arwah ibu saya
Q: Adakah di PUSRAWI dapat jumpa Dr?
A: Ya, dapat
Q: Ingat nama atau rupa Dr tersebut?
A: Saya tak ingat nama tetapi boleh cam
[Panggil Dr Osman utk pengecaman]
Q: Kenal dia?
A: Ya
Q: Siapa?
A: Dia adalah Dr yang periksa saya di PUSRAWI
[Mohd Osman bin Abdull [dicamkan oleh SP1 sebagai Dr di PUSRAWI]
Q: Bila jumpa Dr osman, bagitau apa pada Dr. Osman?
A: Pada mulanya saya bagitau saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur
Q: Apa yang Dr buat?
A: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap
Q: Sepanjang pengetahuan kamu ada Dr guna apa-apa peralatan?
A: Ada, Dr ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan
Q: Bila bagitahu apa yang telah berlaku, apa Dr buat?
A: Dr terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar
Q: Ada kamu tanya kenapa Dr berhenti pemeriksaan?
A: Ya, saya tanya, Dr nasihati saya dua perkara, pertama hospital (hosp) tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di makamah. Dr nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.
Q: Cadangkan, arahkan atau nasihat?
A: Cadangkan
Q: Adakah lihat alat itu yang digunakan?
A: Tak pasti
Q: Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?
A: Saya ikut nasihat Dr Osman
Q: Terus pergi HKL?
A: Ya
Q: Di HKL ke mana pergi dulu?
A: Mulanya saya tak tahu nak ke mana, saya pergi ke wad pesakit luar dan mendaftarkan diri
Q: Pukul berapa?
A: Lebih kurang jam 3
Q: Dapat jumpa Dr?
A: Ya, sejurus mendaftar, terus jumpa Dr perempuan bangsa India, saya nyatakan saya segan untuk buat pemeriksaan kerana dia perempuan, lalu Dr perempuan India mencadangkan refer ke Dr sebelah bilik, Dr lelaki berbangsa India, ingat nama iaitu Dr Daniel. Saya sudah penat, saya terus berterus-terang untuk dapatakn pemeriksaan kerana diliwat oleh AI. Dr agak terkejut, beliau ada tulis nota untuk pergi ke unit kecemasan iaitu unit OSCC.
Q: Pukul berapa?
A: Saya tiba ½ jam kemudian
Q: Sampai di wad kecemasan?
A: Wad kecemasan tetapi unit OSCC
Q: Adakah kamu dapat jumpa Dr?
A: Saya tunggu Dr tiba, Dr pertama tiba ½ jam kemudian, berbangsa India juga yang datang . Dia bertanya pada saya, beliau hanya boleh buat blood pressure sahaja, kemudian dia keluar. Selepas itu ½ jam di tempat sama, sebelum itu saya nyatakan hasrat saya buat pemeriksaan kerana diliwat. Dr nasihatkan saya buat laporan polis dulu, kerana tanpa laporan polis pemeriksaan tidak dapat dibuat.
Q: Dr nasihatkan buat laporan polis?
A: Ya
Q: Mana dapat borang itu (P3)?
A: Apabila Dr kata demikian, memang berhasrat untuk buat laporan polis selepas saya buat pemeriksaan. Memandangkan boleh buat laporan polis di tempat tersebut saya buat laporan polis. Borang saya dapat daripada dua anggota polis. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Q: Dua-dua datang sekali?
A: Bukan, ada gap sedikit.
Q: Bukan kamu panggil polis?
A: Bukan
Q: Ini dalam pukul berapa?
A: Petang
Q: Ada Dr datang periksa?
A: Tiada
Q: Ada buat pemeriksaan?
A: Ada, pada waktu malam
Q: Pukul berapa?
A: Dalam jam 9 malam
Q: Berapa orang Dr yang datang?
A: Agak ramai, saya ingat ada seorang Dr Cina, dua Dr lelaki Melayu dan satu Dr perempuan Melayu yang mengandung dan jururawat.
Q: Selain itu ada orang lain?
A: Ada polis datang
Q: Siapa polis itu?
A: Masa itu saya tak kenal tetapi lepas itu saya kenal DSP Jude Pereira