Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pernah menjadi lelaki istimewa dalam kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berasal dari Indonesia dan berhijrah ke Malaysia ketika berusia 16 tahun.
Pernah menuntut di Yayasan Anda(sekolah swasta kepunyaan Anwar) pada tahun 1977 dan berhenti persekolahannya pada tahun 1980-1983, walau bagaimanapun berjaya mendapat Sijil Tinggi Persekolahan (ketika itu dikenali sebagai Higher School of Certificate) pada tahun 1990, ketika Anwar menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.
Sukma menjadi adik angkat Anwar sejak tahun 1977 ketika menuntut di Yayasan Anda dan menetap sebilik dengan Anwar di rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman (ayah Anwar) di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya.Pada ketika itu, Anwar masih belum berkahwin, aktif sebagai Pengetua Yayasan Anda Akademik dan Presiden ABIM.
Persoalan yang sering berlegar, apakah benar Sukma menjadi anak angkat Pak Ibrahim kerana Sukma tidak terus menetap bersama bapa Anwar, sebaliknya sentiasa mengikuti jejak langkah Anwar, walaupun abang angkatnya itu telah berkahwin.
Menurut pengakuan bersumpah Sukma yang dibuat pada 17 September 1998, di hadapan Abdul Karim Abd. Jalil, Majistret, Jalan Raja, Kuala Lumpur, dia mengakui mengikuti Anwar sejak Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya ke rumah peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Sukma hanya memiliki rumah sendiri sekitar tahun 1992, dengan membeli kondo peribadi di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000.
Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan dan Tivoli Villa itu juga berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Sukma mengakui Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai kondo kediaman peribadinya itu.
Projek pembinaan Tivoli Villa itu pula diusahakan oleh kawan rapat Anwar, iaitu Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Pengarah Eksekutifnya.
Dato Nalla dikenali amat rapat dengan Anwar dan pelantikan Nalla sebagai Pengarah Eksekutif Magnum sebagai jambatan penghubung di antara Datuk TK Lim dengan Menteri Kewangan. Sebab itu, Datuk T.K.Lim turut memberi dua unit Tivoli Villa percuma kepada Dato Nalla untuk kegunaan melayan tetamu VVIP. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa.
Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur telah diberitahu bahawa di Tivola Vila ini lah juga, merupakan tempat Anwar dan Shamsida Taharin sering dilihat berdua-duaan. Klik di sini
Unit kondo Tivoli Villa kepunyaan Sukma berbeza dengan kondo VVP milik Nalla kerana Sukma berada di 10-7-2, manakala milik Nalla di 2-5-13 dan 2-5-14, tetapi ketiga-tiga unit kondo itu berada dalam satu tempat sama di Tivoli Villa di bawah penguasaan Datuk TK Lim, kroni Anwar.
Sekitar tahun 1993, Sukma mengakui pernah menjemput Anwar dari rumah kediaman rasminya ke rumah peribadinya di Tivoli Villa. Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah juga turut dijemput hadir ke rumah Sukma.
"Saya janji dengan Azizan agar datang ke Tivoli Villa pada pukul 7.30 petang. Pada pukul 7.00 petang saya menjemput Anwar dari rumah rasmi beliau. Setelah kami bertiga bersama, Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua. Selepas Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya", kata Sukma.
Azizan memulakan kariernya sebagai pemandu peribadi Wan Azizah (isteri Anwar) sekitar pertengahan tahun 80-an. Azizan memberitahu mahkamah kerana tidak tahan diliwat lebih daripada 10 kali sekitar tahun 1992. Klik di sini Kerana Azizan merupakan 'salah seorang ahli keluarga Anwar', sebagai pemandu peribadi Wan Azizah, maka tidak hairan Sukma mengenali Azizan dan mula berkenalan rapat.
Sekitar pertengahan tahun 1990-an, Azizan berpindah kerja menjadi pemandu peribadi Shamshida Taharin (isteri Azmin Ali) pula. Azizan Abu Bakar merupakan kunci kotak pandora kepada skandal seks Anwar-Shamshida dan kegiatan seks luar tabiee(homoseksual) Anwar.
Menurut Azizan, sekitar tahun 1997, dia sendiri menjadi saksi yang memandu dan menurunkan Shamshida di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, akan menjemput Shamshida. Kereta Daimler WBV 37 itu adalah kepunyaan Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation) akan membawa Shamshida ke kondominium mewah di Tivoli Villa, Bangsar untuk bertemu dengan Anwar.
Di sinilah bermula pecah tembelang Anwar apabila pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Azizan telah menelefon Ummi Hafilda memberitahu skandal curang antara Anwar dan kakak iparnya. Ummi bersama keluarganya (termasuk abangnya, Mohd Azman Ali) telah mengikuti kereta Shamshida dari Bangsar Shopping Complex hingga ke Tivoli Villa.
Beberapa keping foto diambil oleh Ummi berkenaan pertemuan Shamshida-Anwar itu dan bukti-bukti foto itu telah diserahkan kepada pihak polis.
Ummi hanya mahu menjejaki bukti kecurangan kakak iparnya (Shamshida) dengan Anwar, tetapi dari penjejakan itu terbongkar pula skandal lain iaitu hubungan homoseks Anwar dengan Azizan dan Sukma Darmawan.
Persoalannya, untuk apa Datuk Ibrahim mengambil Sukma sebagai anak angkat sedangkan beliau sendiri mempunyai sembilan anak dari dua orang isteri. Isteri pertamanya, 8 orang anak termasuk Anwar. Manakala isteri kedua, seorang anak perempuan
Mohamad Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi untuk majalah Tamadun pada 14 Jun 1998 (dua bulan sebelum pemecatan Anwar daripada UMNO), mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh adik beradik Anwar ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
Kata Mohamad Sabu : "Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?". Klik di sini
Begitu juga dengan Farizon Ibrahim (adik tiri Anwar) antara tokoh yang paling kaya di kalangan adik beradik Anwar. Klik di sini
Tetapi tidak semua anak-anak Dato Ibrahim kaya raya. Terdapat juga anak-anaknya yang hidup susah seperti Idrus dan Raihan. Anaknya Mokhtar meninggal dunia akibat ketagihan dadah.
Jadi atas alasan apa Dato Ibrahim mengambil seorang lagi anak angkat bernama Sukma dari Indonesia ? Sukma tidak berminat tinggal di rumah Dato Ibrahim atau mana-mana anak-anaknya kecuali bersama dengan Anwar Ibrahim, kenapa ?
Dan lebih pelik lagi, Sukma lebih kaya raya berbanding dengan adik beradik kandung Anwar sendiri. Memiliki lebih daripada 10 syarikat sendiri, pada tahun 1991, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Antara syarikatnya; Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Technology Sdn Bhd,Megareka Construction Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Holdings Sdn Bhd, Megareka Furniture Sdn Bhd, Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Food & Beverage Sdn Bhd, Mega Carpet Industries Sdn Bhd, Kumpulan Mega Markas Sdn Bhd dan Mega Carpet Sdn Bhd. Klik di sini
Selepas Anwar dan Sukma dibebaskan dari penjara kerana bersubahat meliwat Azizan Abu Bakar, Sukma mengambil keputusan kembali semula ke Indonesia dan membuka perniagaan karpet bersama adik beradik kandungnya di Jakarta.
Artikel lain berkaitan :
1. Misteri lelaki bernama Sukma Darmawan
2. Precedent Case : Anwar pernah dihukum bersalah bersubahat dengan Sukma meliwat Azizan Abu Bakar
3. Sebalik tabir Azizan Abu Bakar, mangsa liwat Anwar Ibrahim