Sunday, February 7, 2010

Anwar guna 'laporan' palsu untuk pertahankan diri ?

KUALA LUMPUR - Persoalan berkenaan status 'laporan' yang didakwa dari Hospital Pusrawi masih lagi menjadi salah satu topik hangat di internet. Kesahihan 'laporan' itu mula dipertikaikan sejak saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan di mahkamah, 4 Februari lalu.

Mohd Saiful berkata beliau pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak ditemani oleh bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya.

Beliau telah berjumpa Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur. Doktor itu telah menyuruhnya supaya membuka seluar dan apabila Saiful berterus terang mengatakan beliau diliwat, doktor itu memberhentikan pemeriksaannya serta menasihatinya agar mendapat pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

Pendakwa: Bila jumpa Dr Osman (Pusrawi), apa yang kamu kepadanya ?

Saiful: Pada mulanya saya beritahu saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur

Pendakwa: Apa yang doktor buat?

Saiful: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap

Pendakwa: Sepanjang pengetahuan kamu ada doktor itu guna apa-apa peralatan?

Saiful: Ada, doktor ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan

Pendakwa: Bila bagitahu apa yang telah berlaku apa yang doktor buat?

Saiful : Doktor terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar

Pendakwa: Ada kamu tanya kenapa doktor berhenti pemeriksaan?

Saiful: Ya, saya tanya, doktor nasihati saya dua perkara, pertama hospital ini (Pusrawi) tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. Doktor nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

Pendakwa: Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?

Saiful: Saya ikut nasihat Dr Osman

Pendakwa: Terus pergi HKL?

Saiful: Ya

Keterangan Saiful ini membuktikan bahawa beliau tidak diperiksa untuk rawatan liwat kerana hospital itu tidak mempunyai kelengkapn forensik dan mencadangkan agar beliau ke hospital kerajaan kerana laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

Bermakna, jika Dr Mohd Osman tidak menjalani pemeriksaan kes liwat ke atas Saiful, bagaimanakah boleh wujud satu 'laporan' yang kononnya didakwa dari hospital Pusrawi ?

Seandainya benar sekali pun wujud 'satu laporan' dari Hospital Pusrawi, bagaimanakah dokumen itu boleh sampai ke tangan Raja Petra Raja Kamaruddin dan disiarkan di lamannya, Malaysia-today pada Julai 2008, sedangkan semua doktor dan hospital tertakluk dengan Akta Perubatan 1971.

Dalam akta tersebut jelas mewartakan bahawa setiap doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit, dan tiada sesiapa pun boleh membawa dokumen pesakit keluar dari hospital kecuali dokumen itu diminta oleh pihak mahkamah untuk kes jenayah.

Persoalannya di sini kenapakah pihak Anwar menggunakan 'satu dokumen' yang tidak dapat dipastikan kesahihannya untuk mempertahankan dirinya, sedangkan doktor Mohd Osman sendiri mengakui 'laporan' hospital swasta tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.

Laman mykmu.net tidak menolak kemungkinan Raja Petra telah menerima 'dokumen palsu' serta tanpa memeriksa dengan teliti telah menyiarkan 'dokumen palsu' itu sebagai dokumen yang benar. Laman itu juga tidak menolak kemungkinan pemalsuan dokumen itu dilakukan sendiri oleh Raja Petra. Klik di sini

Blog Another Brick in the Wall pula mempersoalkan bagaimanakah Anwar dan barisan peguamnya berhujah menggunakan dokumen yang tidak dapat dipastikan keasliannya di dalam mahkamah sedangkan mahkamah hanya menerima bukti-bukti yang sahih. Klik di sini

Isu status dokumen Pusrawi menjadi topik hangat pada tahun 2008, apabila didedahkan oleh Raja Petra melalui Malaysia-today. Namun begitu 'laporan' itu disanggah oleh doktor Novandri Hassan Basri,seorang doktor dari Pulau Pinang dalam blognya novandri.blogspot.com. Klik di sini

Isu ini kembali diperkatakan pada 4 Februari lalu, apabila blog the unspinners mempersoalkan kewujudan 'laporan' itu berdasarkan keterangan saksi utama, Saiful di mahkamah. Klik di sini