Monday, January 18, 2010

Pengasas IIIT didakwa homoseksual

Ismail al Faruqi, salah seorang pengasas IIIT (International Institute of Islamic Thought), sebuah badan pemikir Islam berpusat di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat, telah ditikam mati kerana dakwaan menggalakkan kegiatan homoseksual di kalangan pelajar-pelajarnya.

Seorang lelaki kulit hitam bernama Joseph Louis Young, telah menikam hingga mati Ismail Faruqi dan isterinya Lois Lamya dengan pisau 15 inci di rumah pengasas badan pemikir Islam itu, di Wyncote, Pennsylvania pada 27 Mei 1986.

Kenyataan tersebut dibacakan oleh Polis Philadelphia, Detektif Carol Keenan di Mahkamah Montgomery County pada 20 Februari 1987. Dalam perbicaraan hari pertama itu, Polis Philadelphia telah membacakan pengakuan bertulis, lapan halaman yang ditandatangani oleh Young.

Menurut pengakuannya, Young yang juga seorang muslim, dikenali sebagai Yusof Ali, membunuh keluarga Faruqi kerana dia "tidak boleh menerima perbuatan Dr Faruqi dan isterinya yang melakukan kegiatan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia"

Peguam pembela, Stephen G Heckman, menyatakan Young seperti seorang kanak-kanak, yang telah diserang secara seksual oleh seorang lelaki dewasa. Homoseksual adalah "satu tindakan yang sangat memalukan dalam Muslim," kata Young dalam pengakuannya.

Kenyataan Young menyebut dia digalakkan untuk melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai, pemangku Presiden the Muslim Student Association (MSA).

Menurut kenyataan Young itu, dia dan Nabi Fai adalah "kawan-kawan rapat yang sebenar... saya tahu dia (Nabi Fai) berharap Dr Faruqi dan isterinya dibunuh kerana cara dia bercerita dan menggelarkan Al Faruqi sebagai 'Big Bubba'."

'Big Bubba' bermaksud 'abang besar', tetapi dalam masyarakat kulit hitam bermaksud 'seorang lelaki gemuk yang jahat yang akan menjadikan anda sebagai anjing pemuas nafsu menemaninya di penjara.

Ghulam Nabi Fai merupakan rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple.

Menurut kajian Steve Merley, dari Hudson Institute, tiga individu yang memainkan peranan penting menubuhkan MSA pada tahun 1963 adalah Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji, dan Dr. Hisham Yahya al-Talib.

Selain itu, Ismail Faruqi juga turut terlibat aktif yang dilantik sebagai Presiden AMSS (Association of Muslim Social Scientists) salah satu daripada cabang MSA.

Aktivis-aktivis MSA ini kemudiannya menubuhkan IIFSO (The International
Islamic Federation of Student Organizations) pada tahun 1969, WAMY (World Assembly of Muslim Youth), 1972, dan IIIT (International Institute of Islamic Thought),1981.

Ismail Faruqi merupakan salah seorang pengasas IIIT bersama-sama dengan Jamal Barzinji, Ahmad Totonji, Taha Jabir Alalwani, Abu Hamid Sulaiman, Yaqub Mirza dan Anwar Ibrahim.

Menurut Nicole Kligerman yang menulis dalam Macalester Islam Journal; "Pembunuhan profesor Ismail Al Faruqi dan isterinya menimbulkan salah faham Barat terhadap kegiatan homoseksual dalam Islam. Al Faruqi yang mengajar di Philadelphia itu telah dibunuh oleh salah seorang pelajarnya—seorang lelaki yang baru memeluk Islam (Joseph Louis Young) dengan mendakwa bahawa Al Faruqi memaksa pelajar Islam melakukan kegiatan homoseks sebagai balasan untuk mendapat biasiswa di Universiti Temple"

Nicole Kligerman menulis dalam rencananya bertajuk "HOMOSEXUALITY IN ISLAM - A Difficult Paradox", diterbitkan oleh The Berkeley Electronic Press, 2007.

Kes pembunuhan dan perbicaraan Al Faruqi ini turut mendapat liputan meluas dalam media Philadelphia Inquirer,pada tahun 1987.