Wednesday, January 27, 2010

Anwar minta bantuan asing campur tangan isu ALLAH

KUALA LUMPUR - Ramai pemerhati politik melihat terdapat agenda tersembunyi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis berkaitan dengan isu Kalimah Allah ke peringkat antarabangsa, di dalam The Wall Street Journal, sebuah akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di Asia dan Eropah.

Artikel yang ditulis oleh Anwar itu bertajuk "Muslim Have No Monopoly over Allah" (Orang Islam Tidak Mempunyai Monopoli terhadap Allah) telah disiarkan oleh The Wall Street Jounal pada 25 Januari 2010 dan turut disiarkan diblognya (anwaribrahimblog) pada keesokan harinya.Klik di sini

Tindakan ini sudah tentu bertentangan dengan saranan yang dikemukakan oleh Anwar sendiri supaya tidak menjadikan isu Kalimah Allah sebagai fokus utama berbanding dengan isu-isu lain ketika berdialog secara tertutup dengan cendikiawan dan tokoh politik muslim di rumahnya baru-baru ini.

Walaupun Anwar sendiri bertegas mengatakan isu ini tidak penting ketika bertemu dengan cendikiawan muslim, tetapi Anwar sendiri menjadi isu ini sebagai fokus utama dengan memanjangkan lagi polemik ini ke peringkat antarabangsa.

Dalam rencananya itu Anwar bertegas bahawa beliau lah pejuang sebenar yang mahukan kalimah Allah diberikan kepada penganut Kristian, tetapi hasrat itu dihalang oleh pihak kerajaan Malaysia.

"Hanya segelintir umat Islam di seluruh dunia menyokong dakwaan bahawa mereka berhak memonopoli penggunaan kalimah Allah, malah kerana kalimah berkenaan telah diperakui wujud dalam kamus bahasa Arab kuno sebelum ketibaan Islam lagi", katanya.

Katanya lagi beberapa bahasa semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani.

“Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Utusan Malaysia melaporkan Anwar juga telah membuat membuat dakwaan bahawa kelemahan kerajaan Malaysia merupakan punca krisis agama dan kaum di negara ini.

Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat.

“Kita telah melihat bagaimana orang Islam di seluruh dunia membantah undang-undang mendiskriminasi mereka yang diluluskan di negara Barat yang sepatutnya lebih liberal dan progresif.

“Sebagaimana Perancis serta Jerman dalam isu pemakaian burqa dan Switzerland dengan isu menara masjid, begitulah juga Malaysia yang seringkali gagal menyediakan suasana selamat dan terjamin terhadap masyarakat minoriti,” katanya.

Sebelum ini, Anwar juga pernah mengecam dunia Islam apabila menuduh dunia Islam menindas kaum minoriti penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi ketika menghadiri satu persidangan di Australia, Disember lalu.