Friday, January 15, 2010

IIIT derma wang haram kepada anak Anwar ?

Anwar dan Nurul Izzah mempunyai kaitan rapat dengan Universiti John Hopkins. Anwar pernah menjadi pensyarah pelawat, manakala Nurul Izzah pernah melanjutkan pelajaran di universiti itu.



Laman FrontPageMagazine.com mendedahkan bahawa sebuah badan pemikir di Virginia, Amerika Syarikat bernama International Institute of Islamic Thought (IIIT), pernah menderma sebanyak $92,200 kepada anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melalui penipuan cukai (‘tax fraud’).

"IIIT melanggar undang-undang Amerika Syarikat apabila menulis "tiada" di dalam kolum "Sumbangan" sedangkan badan itu melakukan sumbangan kepada anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah", tulis laman itu.

"Wang yang disalurkan kepada keluarga Anwar Ibrahim itu adalah wang penipuan cukai. Anwar sendiri tidak menafikan pernah menerima wang tersebut untuk pembiayaan pendidikan enam orang anaknya", tulis laman itu lagi.

Artikel pendedahan itu ditulis oleh Ilan Weinglass bertarikh 12 Januari 2006. Dia adalah seorang konsultan berkaitan dengan Isu Kewangan Teroris dan juga merupakan editor Blog Kewangan Teroris yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.

Namun penulis itu tidak menjelaskan secara terperinci bila dan bagaimana wang itu disalurkan kepada anak perempuan Anwar itu.

Dalam artikelnya bertajuk "Johns Hopkins' School of Advanced Terror", penulis mendedahkan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat telah menerima seorang yang disuspek mempunyai kaitan dengan rangkaian 'teroris', iaitu Anwar Ibrahim sebagai pensyarah pelawat di SAIS (School of Advanced International Studies), John Hopkins.

Penulis mendakwa Anwar Ibrahim sebagai 'orang yang mempunyai perkaitan dengan terorisme' apabila beliau pernah menjadi pengasas dan pengarah IIIT serta Ahli Pemegang Amanah dalam WAMY (World Assembly of Muslim Youth), sebuah organisasi yang berpengkalan di Arab Saudi.

Walaupun penulis berusaha mendedahkan Anwar Ibrahim adalah termasuk dalam 'rangkaian pengganas', tetapi tiada tindakan dikenakan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu, sebaliknya beliau diterima menjadi pensyarah pelawat di universiti itu berkuatkuasa pada 30 Mac 2005.

Menurut Mike Billington dalam artikelnya yang ditulis pada 29 April 2005, bertajuk " Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", Anwar Ibrahim dilantik sebagai pensyarah pelawat di SAIS oleh Paul Wolfowitz, bekas pengarah SAIS pada tahun 1990-an, sebelum beliau menyertai pentadbiran Presiden George W. Bush, sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, Amerika Syarikat.

Manakala menurut pendedahan Robert Baer, bekas Pengarah Operasi CIA mendedahkan bahawa WAMY adalah operasi sulit CIA yang bekerjasama dengan Arab Saudi. Menurutnya WAMY dihasilkan selepas Persidangan Muslim Antarabangsa anjuran Muslim World Leage (WML) di Jeddah pada tahun 1962. Penaja utama WML adalah CIA yang bersembunyi di sebalik syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO yang berpengkalan di Arab Saudi.

Aktivis-aktivis WAMY inilah yang kemudiannya menubuhkan IIIT di Amerika Syarikat.