Monday, January 25, 2010

Anwar perlekehkan kalimah Allah ajaran Dr Ismail Faruqi ?

Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan dalam kertas kerjanya bertajuk "Gerakan Islam Liberal di Indonesia dan kaitannya dengan ESQ" menyebut ajaran Dr Ismail Faruqi, mempunyai kecenderungan untuk memperlekehkan kalimah Allah.

Dr Ismail Faruqi dalam bukunya " The Cultural Atlas of Islam" menulis kalimah Allah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan hanya satu kalimah untuk merujuk kepada "Dewa Air".

Dalam halaman 65 buku tersebut, Dr Ismail menulis "South Arabian(Main Saba' and Qataban) as well North Arabian(Lihyan, Thamud and Safa) inscription give evidence the a supreme deity called Al llah or Allah worshipped from time immemorial. This deity watered the earth, made the crops grow, the cattle multiply, and the springs and wells yield their life-giving waters"

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan itu, pengaruh ajaran ini turut dipraktikkan oleh Dr Nurcholish Madjid, pengasas Islam Liberal Indonesia.

Dr Nurcholish ketika berdiskusi dengan mahasiswa Indonesia di Madinah ditanya mengapa beliau menterjemahkan kalimah syahadah kepada "Tiada tuhan kecuali Tuhan" dan bukannya "Tiada tuhan kecuali Allah". Dr Nurcholish menjawab " Sebab 'Allah' itu adalah Dewa Air".


Ketika diwawancara oleh Akhbar Pelita, wartawan bertanyakan apakah asas pegangannya mengatakan 'Allah itu Dewa Air', Dr Nurcholish menjawab pegangannya berasaskan ajaran Dr Ismail Faruqi dalam bukunya " The Cultural Atlas of Islam".

Dr Ismail Faruqi merupakan bekas Profesor Agama di Universiti Temple, Amerika Syarikat. Pada tahun 1981, beliau bersama-sama dengan Anwar Ibrahim, Jamal Barzinji, Ahmad Totonji, Taha Jabir Alalwani, Abu Hamid Sulaiman, dan Yaqub Mirza menubuhkan IIIT (International Institute of Islamic Thought), sebuah badan pemikir Islam Antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat.

Untuk membaca keseluruhan kertas kerja Datuk Wan Zahidi Wan Teh itu, sila klik di sini