Friday, January 29, 2010

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan berhubung kes liwatnya.

Antara dokumen penting yang dipohon Anwar ialah rekod keterangan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, nota ahli kimia serta laporan perubatan.

Keputusan tolak rayuan hari ini diumum oleh Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.Dua lagi hakim yang dengar rayuan itu ialah Datuk Md Raus Sharif dan Tan Sri Ariffin Zakaria. Anwar tidak hadir di mahkamah hari ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan Anwar yang bertujuan "memancing maklumat" kepunyaan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula.

Pada 6 November tahun lepas lepas, Hakim Hasan Lah, yang mengetuai panel terdiri daripada Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah mereka supaya membekalkan dokumen penting kepada Anwar.

Hakim Hasan berkata, Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memerintahkan pendakwaan supaya membekalkan Anwar dengan dokumen dan bahan berkenaan memandangkan ia berada di luar skop Seksyen 51 kanun berkenaan.

"Kami berpendapat bahawa tujuan permohonan responden untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa diambil dari pondok pengawal di kondominium berkenaan semata-mata untuk memancing maklumat. Responden oleh itu tidak berhak untuk memperoleh rakaman asal CCTV sebelum perbicaraan bermula," katanya.

Sementara itu peguam Anwar, seolah-olah menghalang pasukan pendakwa mengemukakan bukti Anwar meliwat bekas pembantunya, Selasa ini (2 Jan) dengan mengalihkan perhatian kepada isu-isu lain.

Peguam Karpal Singh pula memberitahu wartawan hari ini bahawa beliau akan kemuka kan permohonan semakan semula keputusan berkenaan di Mahkamah Persekutuan Selasa ini.

Semalam, peguam Sankaran Nair yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, beliau telah memfailkan satu lagi permohonan penangguhan perbicaraan kes liwat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

"Pada pukul 4 petang ini, mahkamah memaklumkan kepada saya permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada Selasa ini,'' katanya.

"Perbicaraan itu (yang sepatutnya dijalankan Selasa ini) perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya", katanya lagi