Saturday, January 23, 2010

Kalimah Allah : Paderi Philip Lok tuntut janji Anwar dalam perjumpaan tertutup di gereja Petaling Jaya

PETALING JAYA : Bertempat di Gereja Luther, Petaling Jaya, Datuk Seri Anwar telah mengadakan perjumpaan dengan 100 orang paderi dan aktivis Kristian dari pelbagai aliran. Perjumpaan tertutup bersama Anwar itu dianjurkan oleh Bishop Philip Lok dari Persatuan Gereja Lutheran Malaysia dan Singapura, pada 10 Januari lalu.

Dalam ucapan alu-aluan Bishop Philip Lok, beliau meminta Anwar mempertahankan hak penggunaan nama Allah kepada Kristian, kerana beliau tahu Anwar mampu melakukannya berdasarkan pengaruhnya yang kuat dalam parti Islam.

"Kita tahu Anwar pemimpin yang komited kepada kebebasan beragama di Malaysia khususnya kepada Kristian", kata
Bishop Philip Lok seperti yang dilaporkan oleh Laman Asia Lutheran.

Menurut laman itu lagi, Anwar perlu memperteguhkan sikapnya untuk menyokong penggunaan nama Allah dikalangan penganut kristian sebagai memenuhi janji yang telah dilakukan oleh Anwar semasa dialog Kristian-Muslim di University Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu.

Dalam dialog di Amerika Syarikat itu, Anwar telah berbincang dengan Bishop Lutheran dari Baitulmuqaddis, Biskop Munib Younan, dari
Evangelical Lutheran Church di Jordan.

Menurut Bishop Philip Lok, ekoran janji Anwar itu, Bishop Younan telah menghantar surat kepada seluruh gereja Lutheran Malaysia dan Singapura untuk mendesak Anwar menunaikan janjinya untuk memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Malaysia.

Sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya itu, Anwar telah mengemukakan kenyataan media dalam bahasa Inggeris di
Luther Centre (Dataran Gereja Luther) yang antara lain mendesak pihak kerajaan memperteguhkan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Artikel 11, Perlembagaan Negara.

"Kita harus ingat Tuhan yang kita sembah adalah adalah Tuhan yang sama yang menciptakan alam ini", kata Anwar.

"Kita harus hormati hak Kristian untuk mendapatkan kalimah Allah kerana Islam, Kristian dan Yahudi telah berkongsi kalimah Allah sejak abad ke-14 lagi", katanya lagi.