KUALA LUMPUR -Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi meninggalkan sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang untuk memenuhi agenda peribadi, sebagai penceramah dalam program "Religion and Pluralism in a Divided World" (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom.
Anwar dijangka memberikan ucapan dalam program pluralisme itu esok (18 Mac 2010) yang dipengerusikan oleh Professor John Sidel, seorang penyelidik yang banyak menumpukan kajiannya ke atas isu-isu politik Asia Tengara.
John Sidel juga merupakan aktivis East-West Center, satu organisasi yang dipercayai sering melatih tokoh-tokoh pembangkang Malaysia, khususnya dari PKR.
Semasa di United Kingdom nanti, Anwar dijangka akan mengadakan pertemuan berasingan dengan beberapa organisasi dan individu untuk menyokong kes liwatnya itu. Mereka yang bakal ditemui Anwar adalah AIC UK, Raja Petra Raja Kamaruddin dan beberapa tokoh aktivis Kristian dan politik dari UK dan Amerika Syarikat.
Pada 2009 lalu Anwar tidak menghadiri pembukaan sidang parlimen oleh Yang Dipertua Agong semata-mata untuk menghadiri Forum U.S.-Islamic World di Doha, Qatar.
Dalam forum itu Anwar mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Madeline Albright, Martin Indyk dan beberapa tokoh barat lain untuk meminta simpati kepada mereka. Sebagai balasannya, dalam ucapan di forum itu, Anwar memuji Presiden Obama dan menyokong Israel.