KUALA LUMPUR - Meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah menolak fail saman Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan tuduhan GAY, namun Anwar masih membuat proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata kes rayuan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 14 April ini.
Anwar memfailkan saman RM100 juta kepada Dr Mahathir kerana menyebut perkataan 'gay tidak sesuai jadi PM' pada Persidangan Hak Asasi Manusia pada 9 September 2005.
Pada 5 Januari 2007, peguam Dr Mahathir, VK Lingam & Co menghantar petisen balas menjustitifikasikan kebenaran kata-kata Dr Mahathir (bahawa Anwar adalah homoseks) dengan menyertakan afidavit-afidavit yang menyokong hujah-hujahnya.
Hujah Dr Mahathir, Anwar memang seorang homoseksual berdasarkan;
Pertama : Pengakuan dan hukuman mahkamah yang telah dikenakan ke atas Munawar Ahmad Anes dan Sukma Darmawan Saasmitaat Madja yang telah merelakan diri mereka diliwat oleh Anwar. Keputusan ke atas kedua-dua kes ini telah menjadi rekod mahkamah dan kedua-dua telah dipenjarakan atas kes berkenaan.
1. Seorang rakyat Pakistan, Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.Munawar, yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat, mengaku bersalah terhadap tuduhan berikut:
''Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.'' Klik di sini
2. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membuat pengakuan bersalah melakukan perbuatan meliwat dengan abang angkatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyedari kesilapan yang dia lakukan pada masa lepas. 'Bahawa kamu, pada bulan April 1998 pada sebelah malam di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No. 47, Jalan Damansara di sini telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam dubur kamu.'Sukma Darmawan mengaku bersalah dan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Klik di sini dan di sini
Kedua : Anwar didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar yang diputuskan oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.
Ketiga : Walaupun Anwar berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat serta dibebaskan pada 2 September 2004, namun ketiga-tiga hakim yang mendengar rayuan bersepakat menyetujui berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan Sukma.
Mahkamah Persekutuan menyebut seperti berikut ;
"... we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
Berdasarkan hujah-hujah konkrit yang dinyatakan di atas, Dr Mahathir mengemukakan tuntutan agar saman fitnah Anwar tersebut dibatalkan oleh pihak mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Tengku Maimun Tuan Mat pada 4 Julai 2007, membuat keputusan mengenepikan saman fitnah tersebut kerana mendapati alasan dari peguam Anwar tidak kukuh.
Kemudian pada 20 Oktober 2009, Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan bersidang yang diketuai oleh Hakim Abdul Malik bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu serta memerintahkan agar Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.