Wednesday, March 31, 2010

Dr Zambry dedah ditawar jadi MB jika sertai PKR

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini mendedahkan bahawa beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

PKR ketika itu tiada calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar, sebab itu mereka berusaha memujuk Dr Zambry dari UMNO yang mempunyai pengalaman dan kelayakan.

Namun hasrat PKR itu tidak kesampaian, apabila Dr Zambry menolak pelawaan tersebut. Tetapi Dr Zambry kemudiannya dipilih menjadi Menteri Besar Perak yang baru mewakili Barisan Nasional setelah kerajaan Pakatan pimpinan Datuk Seri Nizar telah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Dr Zambry mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.